Bab 2

5 0 0
                                        

Aina berdiri di depan pintu rumahnya. Hari ni dia pulang lebih awal kerana ibu bapanya kata ada benda nak beritahu.

Dia mula menarik nafas, kemudian menghembuskannya. Muka dipaksa mengukir senyuman. Personaliti diubah 180°, bertentangan dengan sifat aslinya.

Dia mula memulas tombol pintu. Kehadirannya disambut dengan pemandangan yang tidak dijangka.

"Aina, balik pun kamu." Ibunya muncul dari arah dapur lalu memeluknya. Aina membalas pelukan ibunya sambil menjeling sedikit ke arah tetamu yang tidak diundang.

Sepasang suami isteri, sebaya dengan ibu bapa dia mungkin, sedang duduk di atas sofa sambil berbual dengan ayahnya. Perbualan mereka terhenti apabila Aina muncul.

"Ini ke Aina, anak sulung kau? Besar dah nampaknya," kata pakcik itu.

Ayahnya hanya tersengih sambil mengangguk. Kemudian pandangan dialihkan kepada Aina.

"Mari sini, sayang. Salam pakcik makcik kamu."

Mahu atau tidak, Aina berjalan ke arah mereka. Dipaksa juga untuk bersalaman dengan mereka berdua walau hati melawan kuat. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah ayahnya. Ibunya kembali ke dapur semula.

"Ingat lagi tak ni, Aina? Ini pakcik makcik Aina, Pakcik Iskandar dengan Acik Melisa. Mereka menetap di Itali, kali terakhir kamu jumpa mereka masa kamu umur 10, kan?"

Aina perlahan-lahan menganggukkan kepala, hakikatnya dia langsung tak ingat. Kedua-dua kelibat di hadapannya diperhatikan. Pakciknya itu hanya memakai pakaian kemeja biasa, dengan kopiah. Manakala makciknya pula memakai baju kurung biasa dengan tudung labuh. Tiada benda yang menarik pada pasangan tersebut.

"Aina, lama sangat dah tak jumpa. Mesti dah tak ingat pakcik, kan?" Sapa Pak Iskandar dengan ramah.

Aina tersengih.

"Maaflah, pakcik. Mungkin sebab kita dah lama tak jumpa, saya pun ingat-ingat lupa je," kata Aina sambil mengerling sebelah pakciknya.

Baru dia sedar satu lagi kelibat di tepi pakciknya, sedang menekur lantai sejak dari tadi. Baju yang dipakainya macam pernah nampak.

"Itulah, kan. Nampaknya lepas ni kena melawat selalulah kan. Baru boleh ingat balik." Pakciknya ketawa.

Aina merasakan seperti kata-kata pakciknya ada sesuatu yang tersembunyi. Ayat itu kedengaran agak pelik.

"Sebenarnya Aina, pakcik dengan acik ada sesuatu nak beritahu." Makciknya yang sejak tadi senyum, mula bersuara.

"Apa dia?"

"Kami sebenarnya nak pinang kamu sebagai isteri anak kami, Hafiz."

Mata Aina membuntang. Kelibat di sebelahnya, mula mengangkat kepalanya. Barulah Aina dapat melihat mukanya. Riak wajah lelaki tersebut juga nampak terkejut.

"Disebabkan kamu berdua masih belajar, kami cuma nak kamu berdua bertunang je dulu sementara ni. Bila masing-masing dah bersedia, bolehlah bawa ikatan ni ke peringkat yang lebih serius." Tambah makciknya lagi.

Aina terdiam mendengar hajat makciknya. Dia perlahan-lahan memandang Hafiz, tetapi lelaki itu cepat-cepat menundukkan kepala semula.

"Cuma itulah, kami patut beritahu dulu. Anak kami ada masalah percakapan. Kotak suaranya yang dah rosak, membuatkan dia tidak mempu mengeluarkan suara apabila bercakap." Pakciknya memberitahu fakta tentang anaknya dengan gaya bahasa yang sopan. Kata pendeknya, Hafiz seorang yang bisu.

Aina masih mendiamkan diri. Otaknya ligat bergeliga di sebelum dia mendapat idea. Dia tersenyum, tetapi untuk sesaat sahaja sebelum merubah riak wajah kepada wajah pasrah. Dia pura-pura mengeluh.

Love For PsychoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang