Perbicaraan II

8 1 0
                                    

".... " Satu ruang mahkamah terdiam dan para penonton juga terdiam.

"Nampaknya kita telah menemukan salah seorang pewaris keluarga Al-Fihri dan Al-Warami." Arfan kata.

"Nampaknya disini, tuduhan baharu boleh dibuat kerana hak penjagaan anak yang tidak sah boleh dikenakan kepada Encik Darfham." Syauqi berkata.

"Bila tarikh kemalangannya tu adik Adam ?" Soefyyah bertanya

"10/3/2005."

".... Dimana tempat kemalangan itu ?" 

"Didepan bangunan pejabat guaman Hadarah Ilmiah."

"Adik tahu atau ada syak ke sesiapa yang jadi punca dalam kemalangan ni ?" 

"Encik Darfham dan Raja  Amran, Encik Hadarah Ilmiah dan Raja Arqam."

"Baiklah, kes ini akan dibicarakan pada bulan hadapan, jadi diminta kepada pihak siasatan untuk bersedia menyediakan kertas kerja kes ini. Kita akan kembali kepada isu utama kita." Syauqi menukar keadaan.

"Saya akan ringkaskan tuduhan yang telah disepakati pada saat ini. Encik Darfham Al-Anfaq, anda telah disabitkan

Tuduhan seleweng harta negara,

Melakukan rasuah,

Penipuan dalam kebajikan rakyat

Kes penderaan anak

Tidak menjaga kebajikan tanggungan

Cubaan membunuh

dan, penyalahgunaa kuasa.

Dengan ini, mahkamah akan berehat selama 5 minit dan akan kembali semula dengan keputusan hakim. Sila duduk di tempat anda dan jangan kemana-mana." Seofyyah memandang ke arah kamera.

Selepas 5 minit.

"Kita kembali lagi, saya sebagai ketua hakim akan menyampaikan keputusan orang awam dan hakim. Keputusan orang awam menunjukkan bahawa, Encik Darfham perlu dihukum." Arfan berdiri di atas pentas

"Tak- mana boleh ! Aku yang sentiasa berada di atas ! Kau tak layak untuk menghukum aku. Hanya tuhan yang mampu menghukum aku!" Encik Darfham mula bersuara.

"Sebabtu tayar bulat. Kalau tayar tu segi tiga, kau rasa kelakar tak ? Kelakar kan, macam kau." Syauqi berkata.

"Cukup syauqi, jangan lebih lebih. Nanti dia nangis susah." Soefyyah balas.

"Melihat kepada jenayah yang dilakukan, jenayah ini adalah jenayah berulang dan harus diambil tindakan bagi tidak melakukanna sekali lagi. Maka dari itu, anda akan dikenakan hukuman penjara selama 84 tahun."

"HAHA itu jeke ? Alah mudah, dengan duit easy lah." Encik Darfham tersengih.

"Wah, semangatnya kamu ! Yakinnya kamu ! Beraninya kamu !" Arfan tergelak.

"Dengan duit, semua benda tu aku boleh lari lah." Ini menyebabkan para penonton merasa bahawa hukuman ini tidak adil tetapi mereka tahu akan ada lagi kerana Hakim tidak mengatakan keputusan muktamad, mahkamah ditutup.

"Namun."

"Ha-"

"Kamu akan dikenakan tindakan qisas dimana segala kecederaan dan jenayah yang dilakukan kepada penuduh akan dikenakan kembali kepada tertuduh. Kamu akan mendapat balasan yang sama seperti apa yang Adam Al-Anfaq terima. Berikut adalah senarai hukuman. Penjenayah Darfham Al-Anfaq, kamu akan dijatuhkan hukuman

Sebatan 15 kali

Pukulan yang sama diterima oleh Adam Al-Anfaq di bahagian badan kepala dan kaki serta tangan.

Law Of EvidenceWhere stories live. Discover now