Assalamualaikum, hai. Apa khabar? :)
Hmmm...Dua tiga hari ni kecoh pasal family yang kena langgar dgn kereta myvi. Fb saya pun penuh dgn pos berita-berita terkini pasal kes langgar. Mula-mula tu saya terkesan jugak sbb accident tu melibatkan suami isteri dan bayi. Lagi-lagi dapat tau family tu tinggalkan dua anak yang masih hidup.
Sedih tengok dua beradik tu hilang ibu bapa dan adik dalam satu malam. Saya terbayangkan mama dan abah saya dirumah. Setiap solat saya, doa saya untuk kesejahteraan mereka. Dan janganlah mulakan dengan persoalan "Kalau aku ditempat mereka..." kerana jawapannya tak mungkin saya dapat bayangkan. Saya benci soalan macam tu.
Ajal kita sudah ditetapkan. Allah takkan cepatkan atau lambatkan walau sesaat. Malam itu memang masanya untuk mereka pergi. Cuma cara kita berhadapan dengan kematian itu yang membezakan tahap kesabaran.
Mungkin ada orang marah, ada yang sedih ada yang tak peduli. Tak mengapalah, perasaan orang manalah kita boleh kawal. Bagi saya, tak perlulah kita melebih-lebih dalam perasaan. Kalau kita marah sekalipun pada si penyebab kematian. Penyebab sebenar yang jadikan hal itu adalah Allah S.W.T. hanya Dia yang tahu. Dia yang aturkan. Dia yang jalankan. Bersabarlah. Itu ujian untuk mereka. Ujian kita bagaimana?
Wassalam.
YOU ARE READING
APA BENDANYA?
RandomDIMANA PENULIS DENGAN RASA TAK TAHU MALU DAN SEGAN UNTUK MELUAHKAN PERASAANNYA YANG TAK ADA SESIAPA NAK DENGAR. TOLONG DENGAR WAHAI PEMBACA SEKALIAN. BOLEH JADI KERANA PENULIS ADALAH SINGLE DAN TIDAK BERTEMAN JADI, DIA TIADA TEMPAT UNTUK BERCERITA...