Wahai manusia bernama pembaca sekalian,
tahukah anda bahawasanya saya hanya seorang penulis biasa yang punya banyak tugasan yang terpaksa didahulukan sebelum jari-jemari ini dapat menyentuh papan kekunci dan menulis secebis cerita buat kalian. Tetapi adakah kalian faham bahawa saya tidak mampu menulis mengikut kehendak kalian? Tugas penulis bukan semudah ABC walaupun ABC itu mudah dibaca. Bersabarlah wahai sayangku...sesungguhnya saya cuba buat yang terbaik walaupun kadang-kala mahuku hentak saja laptop ini dan campak ke dalam gaung. Malang sekali harga laptop bukan rm2.50, kalau tidak dah lama jadi mangsa amarahku. Jadi, saya mohon kalian teruskan menyokong walaupun saya sedar sokongan anda masih tak mampu mempercepat kerja saya(nangis). Apapun terima kasih kerana memilih untuk membaca cerita ni. SAYANG KALIAN. MUAH!!
YOU ARE READING
APA BENDANYA?
RandomDIMANA PENULIS DENGAN RASA TAK TAHU MALU DAN SEGAN UNTUK MELUAHKAN PERASAANNYA YANG TAK ADA SESIAPA NAK DENGAR. TOLONG DENGAR WAHAI PEMBACA SEKALIAN. BOLEH JADI KERANA PENULIS ADALAH SINGLE DAN TIDAK BERTEMAN JADI, DIA TIADA TEMPAT UNTUK BERCERITA...