The Obsessive Husband: 5

164K 6.9K 1.1K
                                    

Aisya terus meletakkan pinggan yang berisi dengan ayam goreng ke atas meja kopi yang berada di ruang tamu.

"Aisya masuk bilik dulu ma, abah. Ada kerja sikit." Aisya meminta diri. Kepala ditundukkan sedikit. Belum sempat mama dan abahnya memberikan keizinan, dia segera bergerak ke ruang biliknya.

Dalam perjalanan dia ingin berlalu ke arah biliknya, dia berselisih bahu dengan Ammar. Dia hanya menundukkan wajah ke bawah. Dirinya masih terkesan dengan perkara yang terjadi beberapa minit lalu.

Nasib baik Ammar pun hanya diam. Lelaki itu hanya menggariskan senyuman tenang bagaikan tiada apa yang telah terjadi. Baiklah begitu. Aisya tidak mahu mengingati kejadian yang penuh dengan dosa sebentar tadi.

Pintu bilik dirapatkan. Aisya menyandarkan tubuhnya pada pintu sebelum dengan perlahan, badannya melorot jatuh. Kakinya bagaikan jeli. Lembik.

Tangan naik meraup wajah. Takut, gerun, malu, marah. Semuanya beradun menjadi satu sehingga dia tidak tahu apa yang harus dia rasakan.

Dia bangun lalu berjalan lemah menuju ke katil. Duduk dihempaskan ke katil. Tangannya bergerak ke arah dada skrin. Dia usap wajah Fathi yang berada di situ. Fathi masih tidak perasan akan kehadirannya. Teman lelakinya sangat tekun memeriksa buku-buku latihan pelajar.

"Sayang." Aisya memanggil lembut. Kepala Fathi terus terangkat memandang ke arah punca suara itu. Senyum terus mekar pada bibir apabila melihat wajah cantik Aisya di hadapan mata.

"Baby! Tetamu you dah balik ke?" Aisya nampak Fathi yang sedang menutup buku latihan lalu diletakkan ke tepi.

Aisya tersenyum tawar sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Belum. Tengah borak dengan mama, abah dan abang Zain." Balas Aisya perlahan. Dia teringat akan kejadian memalukan tadi. Sentuhan dan gerakan lembut Ammar pada pinggangnya masih terasa sehingga kini. Dia rasa bahawa dia sudah mengkhianati Fathi walaupun semua yang berlaku bukan atas relanya.

"Hmm. Kenapa I nampak baby I ni muram je? Anything happened baby? Mind to share with me? Hmm?"

"Tak ada apa, sayang."

"Sejak bila sayang I ni pandai berbohong?"

Gulp.

Aisya meneguk air liurnya apabila dia memandang wajah serius milik Fathi. Nampak sangat ke dia berbohong?

"Tell me. Kenapa? Apa yang jadi?"

"Tu tetamu abah."

"Kenapa dengan dia?" Fathi menyoal penuh serius. Tempang wajahnya jelas menyatakan bahawa situasi sekarang ini bagaikan situasi genting.

"Dia cakap yang dalam adik beradik Isya, Isya je paling biasa. Abang-abang dengan kakak-kakak Isya semuanya hebat-hebat belaka." Aisya main hentam sahaja. Menipu sunatlah barangkali. Kau gila ke apa nak bagitahu perkara sebenar? Ini kan ada yang terbang datang sini nanti.

Fathi masih kekal serius.

"Is it an old lady?" Fathi meneka. Selalunya, mak cik mak ciklah yang suka compare macam ni.

Laju Aisya mengangguk.

Aisya mendengar keluhan daripada Fathi.

"Trust me. You lah yang paling hebat berbanding yang lain. Jangan dengar cakap orang tua tu. Ini kalau I jumpa dia depan-depan, I tazkirahkan dia. How dare she said to my baby like that." Fathi mendengus usai menghabiskan ayat.

Senyuman Aisya terlakar pada bibir apabila melihat reaksi Fathi itu. Nasib baik Fathi percaya! Kalau tak, entah apa yang perlu dia kelentong.

"Tak apalah. Isya tak kisah sangat pun."

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now