"Semua dah ambil ke?" tanya Ammar. Dia melihat troli sudah dipenuhi bahan-bahan masakan.
"Dah." jawab Aisya.
"Biar saya tolakkan troli."
Belum sempat Aisya menahan, troli sudah bertukar tangan.
"Aisy ada nak beli apa-apa lagi tak?" soal Ammar untuk kesekian kalinya.
"Aisy nak ambil aiskrim sekejap, boleh?" Matanya dikerdipkan beberapa kali.
Ammar berdeham. Semua yang dilakukan oleh Aisya mampu menjentik tangkal hatinya.
"Pergilah. Saya pun nak pergi bahagian veggies kejap. Nanti cari saya kat sana ya?"
Aisya mengangguk sebelum kakinya melangkah ke arah bahagian yang menempatkan aiskrim. Mata Aisya rambang memerhati ke dalam peti ais itu.
Magnum, Cornetto, Paddle Pop...
Akhirnya, pandangan Aisya menangkap pada kotak yang berwarna hijau.
Solero Split!
Ah, aiskrim itu bagaikan nyawanya. Yumm! Yumm!! Terus sahaja dia menarik sekotak aiskrim bervariasi itu. Sejak kecil, dia memang menggemari aiskrim Solero.
Tidak disangka pula minatnya terhadap aiskrim Solero ini membawa ke dewasa. Kalau perempuan lain, perlu diberi Kinder Bueno. Kalau dia, beri saja Solero. Daripada merajuk akan terus hilang rajuknya.
Setelah itu, dia berjalan ke bahagian veggies untuk mencari Ammar. Dari belakang pun sudah nampak handsome. Tegap dan tinggi. Ammar sedang membelek- belek sayuran.
"Uncle!" sapa Aisya kedengaran mesra.
Ammar menoleh ke sisi. Tak perasan pula dia Aisya sudah berada di situ. Terus sahaja senyuman lebar terukir di bibir.
Mata Ammar berjaya menangkap satu kotak berwarna hijau yang sedang dipegang oleh Aisya.
Solero?
"Solero?"
"Haah! Aisy suka aiskrim ni. Manis, manis!" Laju sahaja Aisya menjawab.
Ammar tergelak melihat reaksi comel Aisya itu.
"Tapi bagi saya, Aisya lagi manis," tutur Ammar sebelum dia kembali membelek lettuce yang sudah siap dipacking di dalam bekas polistirena lut sinar.
Aisya tergamam. Erkk!
Suasana sepi. Aisya memerhatikan tangan berurat Ammar yang sedang mencapai tomato ceri sebelum diletakkannya di dalam troli.
"Kalau lapar waktu malam, saya suka makan salad sebab kandungan lemak dalam salad tak tinggi berbanding ambil makanan berat yang lain," beritahu Ammar walaupun Aisya tidak bertanya. Kepalanya sudah teralih memandang Aisya.
"Oh, patutlah uncle nampak muda. Rupa-rupanya, uncle sangat jaga pemakanan. Kalau Aisy, Aisy tak suka sangat salad. Pahit dan tawar," balas Aisya.
Ammar tersenyum kepada Aisya sebelum troli ditolak. Mereka berdua kemudian berjalan pula ke arah bahagian yang menempatkan sos.
Sekali lagi, mata Aisya mengerling pada tangan Ammar yang sedang mencapai sos thousand island daripada jenama terkenal, Kewpie.
"You should make it with some sauce, solero. Contohnya, sos thousand island ni," ujar Ammar.
Aisya sudah tidak mendengar perkataan di hadapannya. Yang dia dengar, cuma perkataan belakangnya.
"Solero?"
"Yeap, solero! Since you love solero's ice cream so much, I'll start calling you with that name. Okay, solero?" Ammar mengenyitkan matanya.
Wajah Aisya tiba-tiba sahaja rasa membahang. Banyak-banyak panggilan, solero juga yang dipanggilnya. Tapi nampak macam kena pula. Huh, gatal!
YOU ARE READING
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)
RomanceTERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos 2022 Finish: 04 Januari 2023 All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2022