Part 2 -Dapat Bonus ?!!! Seriously?!-

713 36 2
                                    

A/N : Annyeong ! hehe tiba2 jari jemari saya ni rajin pulak nak menaip . So, saya continue chapter seterusnya . Selamat Membaca ! dan jangan lupa vote T.T support my fanfic ~ kalau boleh promote sekali dekat member2 tuh ^^

===============================

Di rumah keluarga cho, kelihatan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun sedang menggeledah sebuah laci di satu bilik . . .

"Annyeong, Min Ae dah balik .. " Kata Cho Min Ae selepas membuka pintu rumah nya . Min Ae lantas pergi ke bilik kerana keletihan selepas seharian bekerja keras demi menampung appa dan adik lelaki nya

"Yah! Cho Kyu Hyun !! kenapa geledah barang-barang noona ni?!" tempik Min Ae selepas melihat adik lelaki nya menggeledah laci dan barang-barang nya . Nampak nya, adik lelaki tunggal nya itu seperti mencari sesuatu . Kalau tak bukan mestilah DUIT !  Ye, budak bertuah tu memang kerja nya menghabiskan duit je tau . Kerja taknak tapi duit orang nak .

Kyuhyun hanya terdiam mendengar soalan noona nya, dia masih lagi fokus menggali harta karun di dalam laci noona nya . Min Ae cuba memberhentikan penggaliannya tetapi usaha nya gagal . Kyuhyun semakin rakus menggali

"Yah! Kyuhyun !! ni yang kau nak kan ?!" kata Min Ae sambil melemparkan beberapa keping wang kertas . Kyuhyun terus kutip wang tersebut dan terus keluar dari bilik noona nya tanpa mengucapkan sepatah perkataan . Bisu agaknya? Beberapa minit kemudian, Min Ae terdengar bunyi deruan enjin motor . Sah! si kyuhyun ni mesti berjoli . Sejak kematian omma mereka, perangai Kyuhyun berubah secara mendadak . Sudah banyak nasihat dan pedoman yang diberikan kepadanya . Tapi hasilnya sama saja ! Dia degil ! Pentingkan diri ! Tak reti respect orang tua ! Pernah sekali dia tolak appa apabila kehendaknya tidak dituruti . Entah perangai siapa dia ikut ?! Nak kata perangai mendiang omma bukan . Omma adalah manusia yang sebaik-baik manusia . Semasa hayat nya, omma tidak pernah memukul anak-anak nya jika melakukan kesalahan . Tapi omma nasihatkan anak2 nya . Omma tak pernah tengking or marah2 .

Namun begitu, Min Ae sudah lali untuk memberi nasihat kpd adik nya itu . Min Ae mandi untuk mengembalikan kesegaran badannya setelah satu hari bekerja . Selepas mandi , Min Ae ke dapur . Tiba-tiba tekak nya berasa haus yang teramat .

Macam biasa lah, Mulut Min Ae mana boleh senyap camtu je . Dia pun menyanyi laa .  

Call me baby I georineun wanjeon nanriya Call me baby saramdeul saineun namiya Call me baby hamkkehaneun mae sungani Like boom boom boom boom boom

What up hey girl Yeongwon gatdeon chalna unmyeong gateun sungan Nareul han sungan tdulhgoga beongaecheoreom I segyereul Neon nae ireum bulleojumyeo naegero dagawa

Nollawo seomgwangcheoreom gadeuk cha Neoreul majuhan sungan oh my Pyeonhage yeogi anja Ije nae yaegireul deureobwa

Oh I don’t care Na meollimeolli doragandaedo Ireohge neoui gyeote Dan han namjaga doeeojul teni

Memareun nae ipsure Neo seumyeodeureowa nareul kkaewo The time’s wasting girl So don’t wait don’t wait too long

Biccnaneun geosdeureun manha Geu ane jinjjareul bwabwa Call me baby call me baby Call me baby call me baby You know my name girl

Neol hyanghae keojyeogan maeuma Neo malgon geu muneul dada You know I’m here girl Call me baby call me baby Call me baby call me baby Myeot beonirado call me girl

Nyanyian nya terhenti disitu kerana dia mula meneguk air di dalam gelas . . .  Tiba-tiba

"Bila balik ?" Satu suara tiba-tiba menyoal Min Ae . Min Ae yang terkejut terus tersembur air yang diminumnya tepat ke muka 'MANUSIA' yang membuat dia terkejut  (A/N : tiru Exo Next Door ep 2 sikit . Huahuahua xD )

'MANUSIA' tersebut terdiam seribu bahasa selepas disembur ~

"omo!  se..se..jak..bila appa ada kat sini ? Omo! Mianhae.. Min Ae tak sengaja .. Appa!! Mianhaeyo" Jelas Min Ae sambil mengelap muka appa nya menggunakan tisu yang berada di atas peti sejuk .

"Gwenchana.. Dah pergi lah masuk tidur .." kata Mr.Cho . Tapi Min Ae masih lagi mengelap muka appa nya . Rasa bersalah yang teramat menyelubungi dirinya

"Takpe, nanti appa basuh muka. Adik kamu mana?" soal Mr.Cho

"Appa, mian sekali lagi.. Min Ae betul2 tak sengaja . Alah, appa macam tak kenal je anak lelaki appa tu" perli Min Ae

"Haish! Apa lah nak jadi dekat Cho Kyuhyun ni.. Kalau mendiang omma ada, mesti omma kamu sedih tengok anak lelaki harapan dia macam tu" ujar Mr.Cho . Dia pun sedih tengok anak lelaki bongsu tunggal yang menjadi harapan dalam keluarga nya macam tu . Suka keluar malam, balik pukul 3, 4 pagi . Kadang-kadang tak balik langsung .

"Hurm, entah lah appa . Min Ae dah penat nasihatkan dia . Tapi dia macam tu lah . Masuk telinga kanan keluar telinga kiri" rungut Min Ae

"Nasib baik  kamu tak macam tu . Eh, dah larut malam ni . Min Ae pergi lah tido, esok kan kerja" arah Mr.Cho

"Okay appa, Min Ae masuk tidur dulu . Selamat malam" kata Min Ae sebelum meluru masuk ke bilik nya

"Selamat malam" balas Mr. Cho

'uhukk uhukk.. Uhukk' Mr.Cho batuk dengan kuat sekali . 'uhukk! Uhukk..uhukk' kali ini Mr.Cho menekup mulutnya . Apabila berasa sudah lega sedikit, Mr.Cho melepaskan tekupan tangannya dari mulut nya dan melihat ada beberapa tompok darah hasil dari batuk nya . . .

'Dah teruk ni . . .' Mr.Cho bermonolog sendirian

--------------

"Wey..wey..wey ! Aku ada citer paling gempak !!" kata Kang Jun yang merupakan rakan sekerja Min Ae dan Hye Kyung

"Kau ni tak abis-abis dengan gosip murahan kau tu" getus Min Ae yang dah fed up dengan gosip-gosip Kang Jun yang sememangnya tak boleh dipercayai itu . Sejak dari mula mereka kenal dengan Kang Jun ni, baru diorang tahu yang si Kang Jun ni kaki gosip . Tak sangka lelaki pun bergosip jugak ?

"Ish, kau ni makan gaji buta ke ? Gi buat kerja cepat . Nanti bos besar nampak habis kau kene pecat .. Gosip tu nanti2 laa . Hesy kau ni, kalah cik kiah propa ." Marah Hye Kyung

"Apa-apa jelah.. Tapi cerita ni memang kalau aku cakap korang memang takkan percaya .. Tadi, masa aku lalu kat depan bilik manager . . ."

"bilik manager tutup ?" sampuk Hye Kyung yang cuba buat lawak bodoh yang dah lapuk ~

"Mana ade tutup .. Bukak jelah" kata Kang Jun yang tak paham si Hye Kyung tu cuba buat lawak . Kaki gosip, tapi lurus jugak orang nya xD

"aigooo-,- palli sambung" arah Min Ae

"Aku lalu kat depan bilik manager, pastu aku terdengar Encik Jo Se-Ho kata dia nak bagi semua pekerja bonus . Sebab keuntungan kat pasaraya ni dah semakin meningkat!"  kata Kang Jun bersemangat . Yelah, sape yang tak bersemangat nak dapat bonus ? Duit tu ....

"Seriously??!" Kata Min Ae dan Hye Kyung serentak . Memang susah untuk diorang percai kata-kata si Kang Jun ni ..

_ToBeContinue_

IDOLKU SUAMIKU [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now