Part 8 -Pertunangan-

544 27 4
                                    

===
HOSPITAL  XXXX

Cho Min Ae berjalan kehulur kehilir di depan bilik kecemasan. Dia bagaikan cacing kepanasan yang tak senang duduk. Air matanya tak berhenti-henti dari mengalir sambil mulutnya terkumat kamit berdoa agar appa nya tiada apa-apa. Hye Kyung pula tak dari tadi memujuk sahabatnya itu agar bersabar. Dia pun berharap agar appa kepada sahabatnya itu tiada kecederaan yang serius. Tak lama kemudian itu, seorang doktor lelaki yang merawat appa nya keluar dari bilik kecemasan. Dengan rakusnya, Min Ae terus meluru ke arah doktor tersebut diikuti dengan Hye Kyung.

"Doktor. Macam mana dengan appa saya? Appa saya dah sedar ke?" soal Min Ae. Matanya membengkak kerana asyik mencurahkan air mata keluar. Dia betul-betul takut kalau-kalau appa nya pergi meninggalkan nya.

"Buat sementara ini, appa cik belum lagi sedar. Tapi keadaan nya kini makin stabil. Cik tau tak ubat apa yang appa cik ambil?" soal Doktor lelaki itu pula. Min Ae menggeleng.

"Tak. Setahu saya appa saya tak ambil apa-apa ubat kesihatan." balas Min Ae

"Yeke? Tadi saya check, appa cik menghidap leukimia tahap 2. Bukan itu sahaja, tekanan darahnya juga amat tinggi. Saya syorkan appa cik tinggal di hospital selama seminggu sampai tekanan darahnya stabil semula" -Doktor

"Leu..leukimia? omo! adakah penyakit ni akan pulih sepenuhnya?" -Min Ae

"Boleh sembuh sepenuhnya, tapi ianya akan mengambil masa yang agak lama. Appa cik perlu menjalani terapi. Kos nya lebih kurang 2000000₩ " -Doktor

"2000000₩  ?? mahal nya?" -Min Ae

"Ya. Memang mahal kerana alat terapi nya kami import dari Amerika Syarikat." -Doktor

Min Ae hanya terdiam. Tak mungkin dia akan dapat wang sebanyak itu. Dimana dia mahu mencari wang sebanyak itu?

"Baiklah, kalau takde apa-apa lagi. Saya minta diri dulu. Cik boleh lah lawat appa cik di wad." ujar Doktor lelaki itu sebelum beredar

"Terima kasih doktor" -Min Ae & Hye Kyung

"Hye kyung-ah.. Mana aku nak cari wang banyak tuh? Gaji untuk setahun aku pun tak sampai 2000000₩" rintih Min Ae.

"Takpe.. Nanti aku bagi pinjam duit aku dengan duit abang aku. Aku harap ianya cukup" jelas Hye Kyung . Dia betul-betul nak tolong sahabatnya itu.

"Gwenchana. Aku taknak susahkan kau. Selama ni pun kau dah banyak tolong aku" ujar Min Ae. Memang selama ni lah Hye Kyung yang banyak tolong Min Ae dari segi kewangan. Jadi, wajarlah dia menolak pelawaan Hye Kyung.

"Min Ae.. Appa kau betul-betul perlukan duit untuk kos terapi tu.. Kau guna je.. Aku tak kisah. Bayar jelah bila-bila kau nak" pujuk Hye Kyung lagi.

"Terima kasih Hye Kyung.. Terima kasih. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat" Kata Min Ae seraya memeluk tubuh sahabatnya. Min Ae beruntung dapat sahabat macam Hye Kyung. Bila Min Ae sedih, Hye Kyung pun turut sedih. Hye Kyung ni ibarat cermin bagi Min Ae.

------

[LUHAN P.O.V]

Mama dan Aunty Zhang suruh aku bawak Zhi Xin keluar untuk berbincang. Whatdaaaa --' Aku tak tau mana tempat nak pergi, last-last aku bawak Zhi Xin ni kat Tasik Noryangjin. Dalam perjalanan kesana, kami senyap seribu bahasa. Masing-masing krik krik. Aku betul-betul tak tau nak cakap apa. Tengok dia pun senyap je. So, aku pun senyap lah.

Beberapa minit selepas itu, kami tiba di Tasik Noryangjin. Aku membuka kan pintu untuk nya. Dia tersenyum dan berkata terima kasih kepada ku. Aku membalas senyuman nya.

Dan kini, kami berdua melabuhkan punggung di bangku yang ada di bawah pohon yang rendang. Kami berdua diterangi lampu jalan yang malap. Kira okey lah tu ada lampu daripada takda langsung. Angin sejuk pada malam ini sungguh dingin. Aku melihat ke arah Zhi Xin yang sedang memeluk tubuh nya untuk menghasilkan sedikit kehangatan. Dengan manly nya, aku membuka blazer lalu aku sarungkan ke tubuh Zhi Xin. Tulah, lain kali pakai lah baju yang tutup aurat sikit. Ni pakai pun macam orang tak cukup kain je. Macam mana lah tak sejuk. Hehe terkutuk dia pulak :p

"Terima kasih.. Luhan..?" Dia teragak-agak ketika ingin menyebut nama aku. Aku tersenyum

"Sama-sama." Balas aku. Kemudian kami menyepi lagi. Krik krik krik.

"Awak.. awak setuju ke kalau ditunangkan dengan saya?" Disebabkan aku tak suka suasana yang sangat senyap. So, aku pun tanya lah sesuatu. Tak sangka soalan ni yang terkeluar.

"Urm.. saya.  Saya sebenarnya.."

"Sebenarnya aku?" Soal aku tak sabar. Aku harap sangat yang dia memang taknak bertunang dengan aku.

"Sebenarnya, saya dah ada teman lelaki.." ujar nya. Yes! Inilah yang aku harap-harapkan. Mestilah dia taknak tunang dengan aku kan :D

"Tapi kenapa mama awak nak tunangkan awak dengan saya? Mama awak tak restu hubungan awak dengan teman lelaki awak?" Soal aku.

Aku lihat Zhi Xin mengangguk. Ha! Kan betul tekaan aku. Mama dia tak restu dengan lelaki pilihannya.

"Okay macam ni jelah. Kita teruskan je pertunangan ni" kata ku lagi. Aku lihat muka dia agak terkejut. Hey girls, dengar dulu okay. Aku pun bukannya nak sangat tunang dengan kau.

"Teruskan? No! Saya taknak tunang dengan awak" getus nya.

"Dengar lah apa yang saya nak cakapkan ni. Kita teruskan je pertunangan ini, tapi dalam masa yang sama kita gagalkan pertunangan ni" ujar aku. Muka nya kelihatan agak blurr sedikit.

"Teruskan? Gagalkan ?" Soal nya. Ya ampun, masa kecik dia ni minum susu ape sampai sel-sel otak dia ni tak berhubung? Tulah, lain kali minum susu anmum macam aku.

"Yelah, dahtu awak pikir kalau kita cakap dekat mama-mama kita agar pertunangan ni dibatalkan, mereka akan setuju ke? Saya rasa memang tak mama saya setuju. Lagipun saya tengok mama awak pun dah sekepala dengan mama saya" terang aku.

"Oh, jadi apa yang harus kita buat?" Soal nya lagi.

"Kalau pasal tu, saya dah ada plan.."

"Apa plan nya?"

"Plannya ialah... blablabla asjgklsallfdvhhvhbhbbjjbghkndfhn ffbkjlasdhyhllaaakkbxaskmnkjdkm xaaakmnnlkaajywwoAnbb adbnkknDvc acbjkkinllmndsssjmnvsd"

[END OF LUHAN P.O.V]

------------

Kini mereka berdua dengan yakin nya masuk ke dalam restoran dan pergi ke arah mama-mama mereka.

"Baik lah mama, kami berdua setuju" kata Luhan seraya tangannya memegang tangan kanan Zhi Xin

"Kamu setuju ? Betul ke?" Soal Mrs Zhang tidak percaya

"Ya mama. Kami berdua dah fikir masak-masak" balas Zhang Zhi Xin

"Haa tengok. Betul kan apa yang saya cakap kan? Mereka berdua mesti setuju punya" gumam Mama Luhan

"Jadi, bila lah tarikh pertunangan kami?" Soal Luhan konon nya tidak sabar. Tangan kirinya masih lagi memegang tangan kanan Zhi Xin

"Semua nya mama dah rancang kan. Tapi kalau soal tarikh belum lagi. Kamu kan idol, so jadual pun kekadang tidak menentu." Ujar Mama Luhan. Mrs Zhang hanya mengangguk tanda paham

"Takpa mama, buat lah majlis pertunangan tu sebelum bulan 4. Bulan 3 nanti luhan ada fanmeeting. Luhan boleh minta cuti. " Balas Luhan

"Betul ni? Okay. Kalau macam tu selesai. Tinggal tetapkan tarikh je" ujar Mama Luhan

Luhan dan Zhi Xin saling memandang dan menguntumkan sebuah senyuman yang penuh makna~

_ToBeContinue_

Ini merupakan kali ke-2 saya type untuk chapter ni. Haritu saya type, tapi semua nya hilang. Oh tuhan! Sakit nya hati. Kay byee ^^

1140 words. . . 

IDOLKU SUAMIKU [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now