❤ Bab 1 ❤

332 18 3
                                    

"JOESONGHABNIDA!"
Tercungap-cungap aku meminta maaf dalam bahasa Korea apabila terlanggar tangan kiri lelaki di hadapan aku ini. Sempat aku menjeling ke arah jam ditangan dan setelah itu, kelam kabut aku mengutip tiketnya yang melayang di atas lantai. Ah, nasib baik sempat! Macam mana lah aku boleh bangun lewat hari ni?

Aku menghulurkan tiket tersebut kepadanya sambil membongkokkan badan. "Joengmal joeseonghabnida. (Saya betul betul minta maaf)."
Dengan kasar lelaki itu merampas tiket yang berada dalam gengamanku. Aku tergamam seketika. Kemudian, dia menepis lengan bajunya yang ku langgar sebentar tadi. Gaya seperti buang habuk dari badan pulak. Ini sudah lebih!

Tajam matanya menikam anak mataku membuatkan aku terus saja berpaling ke hadapan. Ya Allah, geramnya! Kalau aku tahu mamat ni kerek, tak ingin aku nak minta maaf, bongkokkan badan macam nenek kebayan tadi.

Sepanjang aku dekat Korea, belum pernah lagi aku jumpa lelaki Korea sekerek mamat ni. Semuanya baik baik belaka dengan aku. Ah, tapi... salah aku jugak rempuh dia tadi. Itulah jadinya bila memecut sampai tak nampak orang!
Baru saja ingin melangkah, lelaki belakangku ini bersuara.
"Jang-nim!"
Dia cakap aku buta? Sabar Asya, sabar!
Aku mengetap bibir. Lelaki tinggi lampai yang tadinya berada dibelakangku kini berada betul-betul di sebelahku. Terus saja aku mendongak untuk memandang ke arahnya. Tajam sekali anak matanya menikam anak mataku. Gaya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak!
"Kalau aku buta, kau tu apa samseng?!"
Selamba aje aku berkata bergitu bersama senyuman sinis di bibir. Berani, kan aku? Memanglah berani sebab dia bukannya faham bahasa Melayu!

Namun, tak sampai beberapa saat bertentang mata, anak mata terus kularikan ke arah lantai. Gerun pulak aku. Manakan tidak, matanya tidak berkelip. Masih tajam menikam wajahku. Gulp! Lebih bail aku blah dari sini.

Tanpa memandang ke arahnya, aku terus mengheret laju bagasi Samsonite dengan tangan kanan. Tangan kiri pula, dengan kalut kuangkat sedikit untuk melihat jam. Sempat ni. Sempat! Aku cuba untuk positif. Anak mata kularikan ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini. "Kaunter E!"

Ada segaris senyuman menghiasi bibir apabila tempat yang hendak dituju kini berada hanya beberapa tapak sahaja lagi dihadapan. Namun, senyuman dibibir terus mati apabila bahu kananku dirempuh dari belakang. Terhuyung-hayang aku dibuatnya! Nasib baik tak jatuh.

Terus saja aku mengangkat wajah untuk memerhati siapa yang melanggar aku tadi dan kini aku hanya mampu menahan geram apabila 'lelaki samseng' itu dengan selamba menyambung langkahnya tanpa mempedulikan aku disini. Dia kulihat hanya memandang ke hadapan. Wajah masih serius cuma ada siulan yang berlagu dibibirnya. Macam tidak ada apa yang berlaku.

" Memang dasar samseng! "

Ikutkan hati, mahu saja aku baling kepalanya itu dengan telefon bimbit. Biar berkecai Samsung Note 3 milikku, asalkan aku puas hati. Eleh, aku bukan takut sangat pun dengan dia! Boleh aje kalau nak fight! Cuma kalau bergaduh karang, takut tertinggal flight la pulak! Tak berbaloi. Dia ingat ini negara dia, aku takut? Jangan nak perangai macam abang kawasan sangatlah!

Tudung dikepala aku betulkan sambil menarik bagasi disisi kananku. Nampaknya, sepanjang perjalanan balik ke Malaysia aku bakal sumpah seranah mamat ni dalam hati! Bersama wajah yang sebal , aku terus menyambung langkah yang terhenti tadi.

Kimchi Untuk Si DiaWhere stories live. Discover now