❤ Bab 2 ❤

224 11 3
                                    

Tercungap-cungap aku memasuki ruang pesawat A330 ini. Ya Allah, apalah nasibku hari ini? Hampir pensan aku berlari tadi.

Salah sendiri, ye Asya! Salah sendiri sebab terlupa kunci jam semalam. Salah sendiri sebab pecut dan rempuh ' gengster Korea ' tu tadi. Salah sendiri sebab tidur lewat gara-gara menghadap Running Man. Semalam ketawa berdekah-dekah, hari ini kau rasa penangannya. Kata mama, hidup ini jangan suka salahkan orang. Audit dulu kesilapan diri.

Dress Chiffon longgar berwarna pastel dibadan ku betulkan sedikit. Backpack Cath Kidston bercorak floral yang tadinya kugalas kini kujinjing dengan sebelah tangan. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung langkah.

Segaris senyuman kuberikan kepada pramugari pesawat Malaysian Airlines yang berdiri di sebelah kiriku. Selepas melihat tiket yang berada ditangan, dengan ramahnya dia mengarahkan aku untuk mengikut jejak langkahnya. Maklumlah penumpang business class. Layanan pun mestilah A plus!

Yang nyata, dalam rasa penat yang amat ini terselit jutaan rasa syukur. Syukur kerana aku sempat juga kejar penerbangan ini. Kalau tak sempat tadi, memang rugi besarlah aku. Mana tidaknya, kali ini aku terbang dengan pakej business class kut. Pertama kali pulak tu!

Memang luas betul ruangan disini jika dibandingkan dengan ruangan kelas ekonomi. Tempat duduknya juga berkembar dua, untuk memberikan lebih keselesaan dan privasi. Ada tiga set tempat duduk berkembar dua dalam satu baris dan ada enam baris kesemuanya.

Terima kasih kak long! Jeritku dalam hati. Kak long yang belanja tiket ni sebagai upah. Upah untuk apa? Tidak pula aku tanya , tetapi rasanya untuk gosok baju kak long sepanjang aku di Malaysia kut. Wajahku berkerut sedikit saat ini. Tak pun upah kemas rumah. Erk... macam tak logik aje. Macam terlalu pemurah pulak kak long ni. Kak long dah naik pangkat ke? Ah, janji kak long ikhlas memberi. Aku pula ikhlas menerima. Lebar senyuman di bibirku saat ini.

" This is your seat,miss "

"Thankyou so much!" Aku membalas senyuman manis pramugari itu. Terus aku melabuhkan punggung.

"No problem. Would you like to drink anything?" Soalnya dengan ramah.

Wah... Selalu aku tertunggu tunggu mereka menghidangkan air. Kali ini air yang menunggu aku.

"Errr... plain water. Just a cup of plain water will do," balasku sambil tersenyum senang.

"Alright. I'll be right back," balasnya.

Aku terus menggangukkan kepala. Tanganku terus sahaja membuka zip beg kesayanganku di atas riba.

"Excuse me," tegur penumpang yang duduk beraebelahan denganku.

Kalut sangat aku ni sampai tidak sedar ada orang di sebelah. Mata kukecilkan sedikit sambil meneroka ruang dalam beg berbunga-bunga , bercorak Inggeris ini.

"Yes, sir? Is there anything I can do for you?"

Dapat kudengar suara mesra pramugari membalas panggilan lelaki di sebelahku ini.

"Is this flight is full? I would like to change my seat," tegas penumpang di sebelahku ini.

Tangan yang sedang sibuk menggeledah ruangan di dalam beg kini terhenti seketika. Macam pernah ku dengar suara serius bercampur poyo ini. Tapi,di mana ye? Ah, kau ni... terlalu memikirkan sangat 'lelaki gengster' tu. Adakah kerana wajah nya ada iras salah seorang oppa kesayanganku ? Oppa? Boleh muntah! Rupa ada, tapi budi bahasa zero! Ini bukan oppa, tapi opah kau. Dia ni kkangpae atau dalam bahasa Melayunya samseng! Aku menjeling sekilas ke arah pramugari yang sedang meliarkan pandangannya ke kawasan sekitar.

"Erm.. Let me check first and I will let you know in a short while," balas pramugari itu kemudiannya bersama senyuman yang masih  tidak lekang dibibir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kimchi Untuk Si DiaWhere stories live. Discover now