VELORINA! LARIII!!!! Bagaikan rusa yang tegar menyelamatkan diri dari sang pemburu, Velorina tangkas berlari. Dia tidak peduli apapun halangan yang merintangi jalannya. Kabus tebal, onak duri semuanya dirempuh..hinggalah tiba-tiba dia jatuh tersungkur."Arrgghh!"Jerit kesakitan terbersit dari bibirku. Segera jemariku mengusap bahagian dahi yang terkena bucu laci. Mataku yang tadi masih terpejam spontan terbuka saat merasa kesakitan.
Dahi dan telapak tanganku berpeluh. 'Hehhh..mimpi rupanya..'Aku menggumam sendirian. Keadaan di luar masih gelap dan sunyi. Namun kerana bangun tanpa sengaja, aku sudah terpacak di dapur awal dari biasa. Jam loceng berdenting sebanyak 4 kali memecah sebentar kesunyian. Aku memulai rutin harianku yang sudah sebati denganku sejak 10 tahun yang lepas. Ya, aku bekerja sebagai pembantu dapur di Teratak Si Manis seawal usia 8 tahun. Masih belum naik pangkat lagi tapi gajinya lumayan.
"Vel..awalnya kau hari ni,"tegur Jue seraya menguap. Aku sekadar tersenyum kecil mendengar kata-kata Jue yang juga pembantu dapur. Kalaulah dia tahu asbab aku berada di situ awal pagi, pasti jenuh aku diwawancara.
Saat usai makan tengah hari, pemilik Teratak Si Manis, Nona Dazzle menemuiku. Sambil tersenyum manis, Nona Dazzle berkata,"Vel..minggu depan hari ulang tahun kamu yang ke-18." "Juga tahun ke-20 kewujudan Teratak Si Manis. Kita akan berikan kejutan untuk kamu..bersedialah,"
sambung Nona Dazzle seraya berlalu pergi sebelum sempat aku berkata apa-apa.Haishhh! Kenapalah Nona Dazzle sampaikan hal berunsur suspen begitu saat aku masih dibelenggu mimpi misterius semalam. Sudahlah aku bukannya ada teman pendengar, semuanya kena simpan dan hadap sendiri. Nak harapkan Jue, dia ni ada bakat jadi paparazzi pulak.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Hai kepada pembaca-pembaca yang budiman, terima kasih sudi singgah baca ya. Stay tune untuk part seterusnya. Harap korang masih berminat dengan sambungan kisah fantasi sulung dari saya❤️
YOU ARE READING
AKU VELORINA SKYE
FantasySesekali berfantasi tak salahkan... Fantasi tidak ada yang benar atau salah mahupun betul, so don't be too serious or get offended by my stories😊😄 Nantikan part seterusnya, harap bersabar❤️