| BAB 1 |

2 0 0
                                    

HARI yang dinanti-nantikan oleh seorang gadis yang bernama 'Ain Aisha' telah pun tiba. Si gadis duduk disebelah sahabatnya sambil tersenyum.

" Kau kenapa senyum? Dah kena sampuk iblis ek? " Cubitan kuat daripada Hanis membuatkan senyuman Ain mati.

" Sakitlah! " Lengan yang dicubit sebentar tadi dipegang.

" Berangan tentang mafia lagi ke? "

" Kalau ya kenapa? " Jelingan maut diberikan kepada Hanis.

" Tak habis-habis mafia "

" Biarlah bukan diorang wujud pun " Nafas dihela kasar.

" Fokus ke majlis! Jangan asyik berangan tentang mafia je "

" Kenapa kau suka sangat ek halang aku if aku nak berangan pasal mafia sekalipun?" Heran dibuatnya. Setiap kali dia ingin bercakap tentang mafia, pasti Hanis akan mengubah topik.

" Aku rimas tau kau asyik cakap pasal mafia je .. Kenapa kau suka sangat dengan mafia ni? Apa yang best sangat mafia ni? " Tanpa sedar dia sudah meninggikan suara kepada sahabatnya sendiri.

" Hormat majlis please " Seorang pelajar mula menghentikan pergaduhan yang akan berlaku di antara Ain Aisha dan Hanis Izzah. Air mata mula bertakung di tubir mata apabila Hanis meninggikan suara. Si gadis memandang sahabatnya dan seorang pelajar lelaki bersilih ganti. Dia memilih keputusan untuk pergi meninggalkan majlis itu dan mengabaikan Hanis Izzah.

" Dia terasa ke dengan kata-kata aku? " Getus hati kecil Hanis.

" Kalau tak sudi nak dengar tu terus terang jelah. Jangan buat aku macam ni " Air mata mengalir di pipi. 'Ain Aisha' amat terasa dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya sebentar tadi.

Seorang badut menghampiri Ain dan mengambil tempat disebelah.

" Kenapa menangis? Who hurt you? " Ain memandang badut itu dengan senyuman nipis.

" Jangan lah menangis lagi. Erm nah " Badut disebelah Ain memberikan belon berbentuk love berserta senyuman yang manis.

" Suka tak? " Soal badut. Ain mengukirkan senyuman tawar dihadiahkan kepada si badut.

" Kuatkan diri tu ye, saya kan ada " Dia tidak dapat menahan sebak dan akhirnya dia menangis lagi dihadapan seorang badut. Ain memeluk badut itu semahu-mahunya. Dia melepaskan tangisan dan segala rasa sakit yang dia pendam selama ini. Tangan badut itu teragak-agak ingin menggosok belakang badan Ain bagi menenangkan si gadis.

" Menangis lah sepuas-puasnya kerana awak masih ada pelbagai cabaran untuk dihadapi selepas ini "

" Kenapa saya yang kena lalui cabaran ni? Kenapa perlu saya? " Soalnya dalam keadaan menangis.

" Sebab Allah tahu awak je yang mampu hadap ujian-Nya. Kalau awak tak kuat, Allah takkan uji awak macam ni " Badut itu memeluk 'Ain Aisha'.

" Awak orang yang kuat.. You need to strong cuz Allah said :

لا تحزن ان الله معنا

La tahzan innallah ha ma'ana
Don't be sad, Allah is with us "

" Thank you " Ain baru merasakan tenang apabila si badut berkata demikian kepadanya. Ain melepaskan pelukan. Mata memandang badut itu dengan senyuman.

" Jangan sedih lagi tau. Saya pergi dulu ye. Awak jaga diri baik-baik " Badut terus bangun dan ingin pergi meninggalkan 'Ain Aisha'.

" Siapa nama awak? " Langkah terhenti. Dia memusingkan badan menghadap Ain.

" Panggil je 'Ryn' " Dia meneruskan langkah meninggalkan Ain berseorangan. Kepala ditundukkan memandang bawah.

" Kau baik sangat " Kata Ain perlahan. Hatinya terasa tenang sekali apabila dia dipertemukan dengan seorang badut. Iphone 11 diambil didalam beg.

" Deera, ambik aku boleh? "

" Kau dekat mana? Bagi aku location " Panggilan terus dimatikan oleh Deera. Location segera diberikan.

♡♡♡

MALAM yang diterangi oleh bulan sangat menenangkan hati. Bibir mengukirkan senyuman nipis apabila di dalam fikiran terlakar sebuah kenangan bahagia bersama seorang lelaki yang pernah menabur janji kepada Ain.

" Kakak! " Senyuman mati apabila Eryna yang baru mencecah 6 tahun memanggil dirinya.

" Mende kau nak? "

" Papa dengan mama ajak makan "

" Jom kakak " Tangan dipegang serta-merta. Ain merentap tangannya daripada dipegang terus oleh Eryna.

" Kau nak makan kau makan jelah sorang-sorang. Tak payah nak ajak aku bagai " Gigi diketap kuat.

" Kakak kenapa? Kakak okay ke? " Gadis kecil itu agak terasa dengan kata-kata yang diberikan oleh Ain.

" Kau ni semak lah, kau kan anak kesayangan papa dengan mama. Pergi jelah makan sana " Tubuh badan yang kecil itu ditolak kuat dan Ain berlalu pergi meninggalkan Eryna yang mula menangis kesakitan akibat ditolak kuat.

Tanpa sedar seseorang telah memerhatikan Ain dalam diam. Gadis kecil itu dihampiri.

" Adik okay? " Air mata yang mengalir dilap. Rambut milik gadis kecil dibetulkan.

" S-sakit "

" Tunggu sini, abang ambikkan first aid " Kereta hitam yang terletak jauh sedikit dari rumah Ain dituju. Pintu kereta belakang dibuka. First aid yang terletak elok didalam keretanya diambil dan kembali semula ke arah gadis kecil.

" Sakit cakap sakit tau, abang rawat perlahan-lahan " Setelah selesai merawat first aid ditutup. Poket seluar diseluk, lolipop yang ada di dalam poket dikeluarkan dan diberikan kepada Eryna.

" Terima kasih abang " Kata Eryna berserta senyuman.

" Boleh bangun tak? " Gadis kecil mengangguk. Lelaki itu membantu Eryna untuk bangun. Dipimpin sampai ke pintu rumah.

Terbit rasa cemburu apabila Ain melihat seorang lelaki menolong Eryna yang telah jatuh. Lelaki itu sedar bahawa Ain telah memerhatikan dirinya namun dia hanya mengendahkan sahaja.

Kantoi arh cemburu, sian tak dapat macam ni.

Swear Before Death ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now