Seawal 7 pagi aku sudah terpacak didepan pagar sekolah . Mungkin diri sudah lali untuk dicatat nama . Dengan langkah yang lemah gemalai aku masuk ke dalam pagar sekolah dan terus memecut ke dalam kelas .apahal hiperbola sangat ni .
'Kelas yang gelap itu aku pandang sepi . Takkan tak ada orang ? dah 7:10 . pagar tutup pukul 7.25 .' monolog aku dalam hati .
Aku membuka suis lampu dan aircond . Sesaat sahaja kelas 5 cristal merangkap kelas sains tulen menjadi terang benderang disuluh cahaya yang menusuk ke kalbu .
Hai classmate saya yang baca cerita ni , jangan lupa bagitahu Cikgu Nurul Huda yang saya dah improve bahasa melayu saya . HAHAHA .
dahla Rose , mengarut je kerja kau .
"Awal kau datang harini" soal seseorang . Aku yang berangan sebentar tadi melatah sebentar .
takdela melatah sangat , macam ni je "oh mak kau jatuh bot"
ha sikit je kan?
Oh Adib Nazim, ketua kelas yang disayangi semua orang disebabkan sikap dia yang friendly dan sentiasa
hambar .
Sorry Adib , sebab kau memang hambar .
"Dah aku bangun awal . Nak buat macam mana , Adib ?" aku cuba menceriakan suasana kerana kami hanya berdua dalam kelas . taknak aku kahwin free . Aku nak kahwin dengan duda , kalau boleh . Mafia pun boleh . Cikgu praktikal pun boleh . eh?
Adib menjeling aku.
Ops someone is moody right now .
"Kau moody ke Adib ? pagi pagi ni kalau senyum kan , rezeki masyukss " kalau cubaan untuk menceriakan suasana ni tak menjadi , aku baling Adib dari rooftop ke bawah karang .
Aku mengambil kerusi yang ada didepan meja Adib dan terus melabuhkan punggung aku di kerusi itu .
"Takdelah . Aku tak cukup tidur sebab study semalam hehe." Adib menggaru kepalanya yang tak gatal tapi tulah aku nampak kelemumur jatuh .
HAHAHAHA aku gurau jelah .
Adib Nazim , ketua kelas 5 Cristal yang sentiasa ceria dan tidak tegas langsung . Ketua kelas sepatutnya jaga anak buah dia , dia buat apa ? dia join memekak sekali .
Biasalah dah masuk sekolah menengah ni , dah matang sikit . acewah .
" laa aku ingat ape-"
"ASSALAMUALAIKUM YA AHLI MAKSIAT . " percakapan aku dipotong oleh manusia yang langsung tiada adab kerana memberi salam tapi masih mengutuk orang .
Siapa lagi kalau bukan Syasya Qistina ?
Manusia yang tak pernah mempunyai tauladan ."Maksiat kepala kau" aku dengar Adib bergaduh dengan Syasya . Aku terus memekak kan telinga lalu ke tempat aku memandangkan ramai manusia sudah masuk ke kelas .
Tempat disebelah aku memang kosong gais . Dan aku tak berapa kisah pun oho .
Cikgu Idlan masuk ke dalam kelas diikuti seorang budak lelaki . Hm aku masih rasa bersalah walaupun benda tu jadi semalam .
Takpe waktu rehat aku jumpa cikgu huhu .
"Okay class, saya akan ganti Cikgu Jamilah sebagai guru kelas awak sementara kerana dia cuti bersalin . Dan saya Cikgu Idlan" akh dengar budak perempuan dalam kelas aku dah jadi cacing kepanasan sebab Cikgu Idlan .
"comelnya cikgu weh shshs aku takbolehla macam ni"
"Bakal suami aku tu ."
"Pale otak kau . Tu bakal suami aku tu aku dah cop dari semalam lagi"
YOU ARE READING
Cinta Hati Cikgu Praktikal
Teen FictionDia , Cikgu Praktikal yang mampu menawan hati gadis gadis disekolah Taman Mutiara , namun dengan senyuman manis itu terdapat seribu luka yang tidak mampu di luah oleh hati . Kepergian sang kekasih telah membuatnya mati rasa terhadap perempuan . Dib...