"Nita, tolong cikgu hantar buku ni dekat atas meja cikgu lepas rehat nanti, okay?" Cikgu Natalie memberi arahan kepada Anita selaku ketua kelas di 4 Dedikasi.
"Baiklah cikgu." jawab Anita sambil menganguk kepalanya.
Anita sering disenangi oleh rakan sekelasnya kerana dia seorang yang peramah. Dia juga seorang yang lembut hati. Dia tidak mudah marah dan menengking rakannya walaupun mereka membuat kesalahan. Dia juga baik dan sering membantu rakan-rakannya jika mereka mengalami kesusahan. Anita sentiasa gembira dam ceria sepanjang hari.
"Eh, Nita! Dah makan ke? Dari tadi aku tengok termenung sja. Dah berlubang meja tu aku tengok. Kat sanaa saja kau renung." tegur Novia kepada Anita sambil ketawa melihat temannya yang masih lagi kelihatan blur sejak tadi.
"Tak ada apa-apa lah, Via. Saja termenung. Teringat waktu zaman sekolah rendah kita dulu. Lucu juga kalau ingat balik." jawab Anita selamba, malas hendak memperpanjangkan bicara.
"Yalah, asal orang tanya itu je yang d jawab. Oh ya,Nita..kau dah dengar ke yang akan ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni? Dengar-dengar pelajar lelaki." kata Novia untuk menukar topik lain, saja.
"Eh, mana lagi lah berita kau dengar ni? Cepat betul kau tahu. Ahh, daripada kita cakap pasal murid baru yang belum tentu nak masuk tu, lebih baik kau tolong aku angkat buku ni, hah, berat tau?" Anita bersahaja, malas hendak berfikir berita yang baru di sampaikan oleh teman baiknya itu, Novia.
Novia memang sudah masak dengan perangai kawan baiknya itu. Anita memang malas untuk melayan berita yang belum tentu akan terjadi. Sudah beberapa kali dia di tipu dengan berita yang di sebarkan oleh rakan-rakan lain kepadanya.
"Emm, yalah." Novia hanya akur kehendak sahabatnya itu. Maklumlah, orang bawahan katakan. Eh, apa yang aku merepek ni? aduhmak
"Ah, Nita..terima kasih kerana menolong cikgu." Cikgu Natalie berkata kepada Anita.
Cikgu Natalie merupakan guru kelas kepada kelas Anita. Dia seorang guru yang baik dan selalu menolong murid-muridnya.
"Sama-sama, cikgu." ucap Anita kepada cikgu Natalie.
"Ah..sebelum tu, kamu dah tahu ke yang akan ada murid baru masuk kat kelas kita minggu depan, Isnin? Dia seorang pelajar lelaki." ujar Cikgu Natalie kepada Anita sebelum Anita keluar dari bilik guru.
"Errr, sebenarnya sudah. Cuma saya kurang pasti. Jadi sekarang betul lah khabar angin yang saya dengar tu." jawab Anita sambil memandang kawan yang berada di sebelahnya itu.
"Ya, dah jadi betullah tu. Dan cikgu nak kamu bersihkan kelas kita hari ini. Ohya, hampir lupa. Sediakan meja dan kerusi untuk bagi dia duduk nanti. Kamu letak jer kat mana-mana tempat dia ya?" jawab Cikgu Natalie memberi arahan kepada Anita.
Anita hanya menganguk faham. Selepas itu dia keluar dari bilik guru di ikuti oleh Novia. Dia hanya tunduk melihat lantai yang cantik di hiasi tiles yang berwarna-warni.
"Kan aku dah cakap." Novia berkata kepada Anita. Dia tahu apa yang bermain di fikiran teman baiknya itu. "Eh..Nita, bagi dia duduk kat sebelah aku, boleh tak?" Novia bersuara lagi untuk memecahkan sunyi di antara mereka.
Tersenyum Anita mendengar permintaan kawanya itu. Dia tahu, Novia memang suka berkawan dengan pelajar yang baru datang untuk mengenali mereka dengan dekat. Yelah, sekurang-kurangnya tidak juga kekok apabila bercakap. Dia teringat waktu di sekolah rendah dahulu, dia merupakan pelajar baru yang masuk di Tahun Dua. Novia segera mendekati dirinya. Sejak di situ, mereka mula rapat dan sering bersama. Bagaikan isi dengan kuku.
"Nuar, betul ke kau nak pindah ni Nuar?" tanya Charley kepada Anuar. Entah kali ke berapa Charley bertanya kepada Anuar soalan yang sama. Apa tidaknya, Charley merupakan kawan baik kepada Anuar. Kawan baik mana yang nak berpisah? Betul tak? Sudah lama mereka berkawan. Sejak dari sekolah rendah hingga lah sekarang, Tingkatan 4.
"Emmm." jawab Anuar menganguk kepada Charley. Dia pun agak berat hati meninggalkan sekolah dan kawan baiknya yang telah lama bersama. Sekolah yang banyak kenangan manis dan pahit. Gurau senda yang di buat bersama rakan baiknya itu. Dia berpindah kerana ayahnya ada urusan pejabat. Dia dan ibunya terpaksa mengikut saja kerana apakan daya untuk membantah. Tiada apa-apa yang dapat di buat untuk menghalang mereka daripada berpindah. Hanya akur kepada ayahnya. Ibunya sendiri berat hati meninggalkan rumah yang banyak kenangan.
"Nuar, tak ada apa-apa yang dapat kau buat untuk supaya tak pindah ke?" tanya Charley sekali lagi untuk meminta kepastian.
"Tak ada apa-apa, Charl, aku hanya dapat mengikut ayah aku." jawab Anuar yang juga sedih untuk meninggalkan sahabat karibnya itu. "Tapi, kau janganlah risau, Charl, aku tinggal jauh-jauh pun, aku akan selalu juga melawat kau kat sini, ingat senang ke boleh lupa semua kat sini?" Anuar berkata sambil melemparkan senyuman palsu. Jauh di sudut hati dia ingin saja menyuruh ayahnya jangan berpindah tetapi ini bukan kehendak ayah juga. Ini kehendak boss ayah.
"Yelah, Nuar. Aku akan sentiasa tunggu kau." jawab Charley sambil menepuk bahu Anuar yang kelihatan sedih dan murung itu.