Bab 2

66 5 1
                                    

"Kelas, berdiri." arah Anita kepada rakan-rakan kelasnya. Setelah nampak Cikgu Natalie ingin masuk ke kelas.
Cikgu Natalie masuk ke kelas di ikuti dengan Anuar. "Murid-murid, hari ini kita akan ada murid baru, nama dia ialah Anuar. Anuar, sila kamu kenalkan diri kamu kepada rakan sekelas kamu. Cikgu akan keluar ke kelas sekarang. Jika ada sebarang masalah, sila berjumpa dengan ketua kelas kamu." kata Cikgu Natalie kepada murid-murid di kelasnya. Dia segera keluar selepas itu.
"Nama saya ialah Anuar. Boleh panggil Nuar jer. Sebelum ini saya bersekolah di MRSM. Saya berpindah ke sini kerana ayah saya ada hal pejabat." Anuar memperkenalkan dirinya kepada kelas 4 Dedikasi. Lalu pergi ke tempat duduknya sebelah Novia.
"Handsome juga mamat ni" Novia berkata dalam hati sambil tersenyum kepada Anuar. Anuar berasa pelik namun senyuman Novia di balas juga. Mata Anuar terpandang kepada Anita. Dia kagum melihat kecantikkan Anita dan ingin mengenali Anita lebih lanjut. Novia pelik dengan Anuar kerana Anuar asyik pandang ke sebelah kumpulan. Apabila dia dapat tangkap anak mata Anuar melihat ke sana, dia dapat mengagak yang Anuar sedang memerhati Anita. Novia hanya tersenyum kepada Anuar. Anuar yang sedar tentang senyuman Novia itu segera melarikan pandangan anak matanya kepada Anita.
"Errr, Novia..kenapa kau senyum jer dari tadi yer? Ada perkara lucu ke kat muka aku ni?" tanya Anuar kepada Novia yang asyik tersenyum apabila melihatnya.
"Tak ada apa-apa, saja jer, sebab kau asyik pandang kawan aku tu, Anita.. kenapa? Cantik ker? Nak kenal?" ketawa Novia dengan jawapan yang di berikan Anuar tadi. Entah kenapa mulut dia berkata begitu. Terlepas kot..
Hampir terbeliak mata Anuar melihat Novia mengelakkannya kerana kedapatan memerhati Anita. Dia juga turut tersenyum sedikit. Mukanya merah kerana malu di perkatakan oleh Novia begitu. Dia juga kagum dgn Novia kerana dia seorng yang agak peramah. Mereka sudah mula bergurau senda seperti sudah kenal lama.
Anita asyik memandang Novia kerana pelik sebab sudah mula bergaul rapat dengan Anuar yang baru masuk. Dah macam 5 tahun dah kenal tau-tau baru her sebentar tadi kenal. "Eh, budak ni...laju betul dia berkawan dgn org, dah macam 10 tahun dah kenal" Anita berkata dalam hati. Tersengih kerana dia juga ingin berkenalan dgn lelaki itu sebab berkemungkinan dia tertarik dgnnya. Tak sangka kan? Dalam hati ada taman?
"Nuar, kau ada girlfriend ke?" entah kenapa mulut Novia tertanya kepada Anuar begitu. Terlepas kot, atau di sengajakan.
"Girlfriend kau kata? Banyak juga girlfriend aku. Cuma yang special punya belum masuk di hati." jawab Anuar kepada Novia yang masih kedengaran sisa ketawa mereka.
"Eh, ingatkan playboy tadi kata banyak girlfriend. Em, kalau macam tu, mesti dah jatuh cinta kan skrg? Sebab dari tadi aku tengok kau, asyik-asyik pandang tuu, hah..Anita tu" kata Novia kepada Anuar smbil menunding jarinya kepada Anita.
"Shhh, apa lah awak ni..kalau orang dengar nanti macam mana? kan susah? tak pasal-pasal ada gossip yang bertajuk "Pelajar Baru suka kat Ketua Kelas 4 Dedikasi" kan dapat famous aku nanti. Di soal jawab segala. Susah tau nak jadi famous ni?" Anuar berkata sambil meletakkan jari ke mulutnya. Tidak sangka juga dia terlepas cakap begitu dengan Novia. Opps, terlepas.
Ketawa Novia mendengar jawapan dari mulut Anuar tadi. "Ehh, kau betul ke suka kat Nita ni? Awal juga yerr, bagus juga famous nanti, dapat aku masuk sekali" kata Novia selamba kepada Anuar.
Terbeliak juga mata Anuar ketika mendengar jawapan Novia itu. Tidak sangka, perempuan ni tak seperti yang di jangkakan tadi, yang sombong, tak kuasa nak layan lelaki. Tapi cukup ok juga gayanya. Hanya gelak ketawa yang mampu mereka buat kerana setiap jawapan dari pertanyaan msti di kaitkan dgn perkataan yang lucu. Anita hanya memandang mereka dari jauh.....

* * * * * *

"Nuar tak makan ke?" tanya Novia kepada Anuar yang kelihatan termenung melihat padang sekolah. Novia ke kelas kerana tertinggal botol air dan kebetulan ternampak Anuar yang kelihatan murung. Walaupun sudah hampir 2 minggu di sekolah tersebut. Anuar sudah mempunyai ramai kawan. Kebanyakkannya sekarang ialah kawan lelaki.
"Saja lepak kat kelas. Malaslah nak turun ke kantin. Lagipun Nuar sudah mintakan Fizi belikan Nuar nasi. Nanti kejap lagi sampailah tu." jawab Anuar kepada Novia.
"Ohh, okay..aku pergi bawah dulu. Nanti takut pula Nita sedang tertunggu-tunggu. Eh, kejap..nak aku sampaikan salam kat dia tak?"gurau Novia kepada Anuar. Geram pula kalau lihat Anuar ketawa. Tambah cute di matanya. Namun hanya sebagai seorang kawan. Takkan lah melebih kot..
"Eh, pandai-pandai jer awak nak kirim salam segala bagai ni. Tak payah lah, Via. Buang masa jer. Kau takkan lah tak tahu? Dah dekat 2 minggu aku kat sini, masih belum pernah aku bercerita dengan dia apa lagi bertegur sapa." Anuar menggelengkan kepalanya.
Novia pun perasan juga. Sejak Anuar masuk ke kelas, Anita jarang bercakap. Mungkin malu kot? Takkan lah? Anita ni kan friendly orangnya? Mungkin.....eh jangan cakap lah.
"Hoii, termenung pula kau ni. Pergilah kat bawah tu oii. Tertunggu-tunggu pula nanti si Nita kau tu. Tak pasal-pasal kena marah." tegur Anuar kepada Novia.
"Eh, terkejut aku. Nasib tak jatuh jantung ni hah. Kalau jatuh mana nak beli? heih, yelah yelah, aku turun dulu. Bye Nuar." Novia berkata kepada Anuar. Lalu Novia turun ke bawah. Tinggal lah Anuar sorang-sorang kat kelas.

Sejak Menjadi Ketua Kelas..Where stories live. Discover now