Random Scene | BTD

563 96 10
                                    

Disember 2022

Permulaan Disember itu, bumi Malaysia dibasahi hujan lebat dek musim tengkujuh. Dapat dilihat manusia berbaju hujan bersama payung pelbagai warna sedang menuju ke destinasi masing-masing.

Di dalam sebuah kereta skyline hitam, Si Dia juga mempunyai tujuan sama seperti manusia lain. Ingin ke destinasi pilihannya.

Tok! Tok! Tok!

Tingkap kereta di bahagian penumpang diketuk dari luar. Kelihatan seorang lelaki berhoodie blue black menunggu di luar kereta bersama payung hitam di tangan.

Dia menoleh, dan tersenyum nipis. Dia tahu bahawa tingkap kereta ini gelap, lelaki di luar tidak bisa nampak dia di dalam. Sekeping mask hitam kosong dipilih untuk dipakai manakala mask yang terlakar simbol awan itu dibiarkan. Cermin mata hitam dipakai.

Cermin mata hitam? Bukankah di luar sana hujan? Tiada terik mentari yang menjadi punca silaunya mata Si Gadis. Mereka yang lain mungkin akan tertanya-tanya, tapi hanya gadis itu sahaja yang tahu jawapannya.

"Hati-hati, Sky." Driver lelaki itu berpesan. Gadis yang disebut Sky itu hanya buat pekak, pintu kereta ditolak dan terus lelaki di luar datang mendekat. Tidak mahu gadis itu terkena setitis pun rintik hujan.

"Thank you." Ujar Sky, lembut nadanya.

"Awan hitam hari ini, kan?" Lelaki itu bersuara, tidak ambil endah dengan ucapan terima kasih gadis itu.

Namun sempat dia memerhati, Sky mengenakan baju berwarna putih dipadankan dengan skirt putih separas buku lali.

Sky mendongak, yang dia nampak hanyalah payung hitam menjadi bumbungnya. Dia senyum.

"Ya, awan hitam."

Dan mereka mula sama-sama melangkah pergi. Pada mulanya sunyi di antara mereka, hanya kedengaran rintik hujan yang bersilih ganti dengan dentuman guruh.

"Alex." Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sky mengangguk kecil. Walaupun rupa lelaki itu tampak melayu, dia tahu Alex sebenarnya berbangsa cina.

"Maaf Sky, tayar kereta aku tiba-tiba meletup tadi. Aku dah call orang lain untuk sambut kita nanti, tapi kena jalan sampai stesen bas sana, kau okey ke?" Alex menyoal.

Sky hanya mengangguk, bermakna tidak apa-apa. Lagipun, driver lelaki tadi tidak boleh muncul di khalayak ramai, dan dia tak kisah ingin berjalan sedikit jauh pun.

Dan... Kalau dia kata tak okey, apa Alex boleh buat? Dukung dia? Cari penyakit namanya tu.

Langkah demi langkah, sehinggalah mereka sampai di sebuah bangunan. Mereka menapak ke kaki lima dan Alex terus menutup payung hitamnya.

Alex mengetuk payung tersebut ke atas lantai, sehinggakan air hujan yang menari di permukaan payung itu melompat ke arah seorang lelaki.

Lelaki berseluar pendek itu menyapu wajahnya dan menjeling Alex. Namun tidak pula dia memberontak, hanya terus duduk menyandar di dinding bangunan bersama sebuah jarum di tangan.

Oh... Penagih dadah.

Sky menoleh ke arah Alex. Dia buat tidak endah dengan jelingan maut penagih dadah tadi. Ah, apa nak takut kalau penagih tu serang dia? Kau tengok sajalah saiz badan Alex. Berotot. Sekali tampar, terus rebah tak bangun-bangun.

"Lama betul kau menghilang ya, Sky. Orang lain semua dah rindu kau."

Tiada respon, malah dilontarnya soalan lain.

"Kau orang baru ke?"

"Oh ya, baru. Kenapa?"

Sky senyum dan kemudian menggeleng. Mata terarah di tepi kaki lima, ada seorang dua pengemis tua. Yang itu sedang tidur berselimutkan kotak, yang itu merayu inginkan wang.

The Invisible LoveWhere stories live. Discover now