Bab 1

8 1 0
                                        

2018,umur aku 17 tahun (form5) and aku stay asrama masa tu.Aku ingat lagi kejadian tu masa bulan puasa,waktu sahur.Aku tengah tidur dengan lena atas katil.Tiba-tiba ada orang kejutkan aku suruh bangun.Kau tau tak siapa yang kejutkan aku time tu ?makcik guard.Memang blur otak aku time tu.Then,aku bangun laaa kan.Lepastu dia suruh aku pergi pondok guard depan asrama.Kau bayangkan aku dengan mamai nya masa tu tiba-tiba orang kejutkan aku suruh pergi pondok guard asrama pagi-pagi buta.Memang blur kejap kepala otak aku time tu.

Lepas dia bagitau tu,dia terus keluar.Aku pon bangun turun dari katil aku.Oh lupa katil asrama kan dua tingkat,jadi aku tidur katil yang atas time tu.Masa aku turun tu,aku termenung tau sebab yela aku blur nak mampos time tu.Otak aku macam loading.Tak boleh nk proses apa pun.Pelik tiba-tiba kena pergi pondok guard pagi-pagi buta.Aku pon cuba keluar bilik nak tengok la kut² makcik guard yang kejutkan aku tadi ada lagi.Memang ada lagi weh.Aku pon terus pergi kejar dia.Aku nak tanya dia kenapa aku tiba-tiba je kena pergi pondok guard pagi-pagi buta ni.

Sampai dekat dia tu aku tanya "makcik,kenapa kena pergi pondok guard ?".Dia pon cakap "takpa awak pergi je dulu,sampai sana nanti baru awak tau".Aku pon ckp "oh okay² ".Aku masuk bilik tu terus siap-siap pakai tudung apa semua.Memang tak pikir apa pon time tu.Aku terus pergi pondok guard.

Masa dalam perjalanan nak sampai pondok guard tu.Aku nampak seorang lelaki tau tengah tunggu dekat situ.Sampai sana baru aku tau yang lelaki tu adalah adik lelaki aku.Aku pon siap senyum arr dekat dia.Lepastu pakcik guard yang tengah bertugas dekat pondok tu suruh aku isi tau buku kebenaran untuk pulang.Aku tak expect pon yang aku kena balik masa tu.Masa aku nak isi buku kebenaran pulang tu,aku ternampak satu ayat tau dia tulis macamni "sebab pulang : ayah meninggal dunia".Kau bayangkan perasaan aku yang baca masa tu :)

Perasaan aku masa tu bercampur baur.Rasa sedih ?rasa macam tak percaya ?rasa macam mimpi.Aku terkedu tak mampu nak cakap apa-apa.Lepastu aku balik semula ke bilik asrama aku untuk kemas barang-barang aku.Masa dalam perjalanan nak balik ke bilik tu,menitik air mata aku,aku menangis.Menangis macam tak percaya yang ayah aku dah tak ada.Aku rasa macam mimpi.Ya Allah time aku rasa macam mimpi.

Sampai bilik tu,aku tengok semua kawan-kawan aku,adik-adik junior yang sebilik dengan aku semua dah bangun untuk sahur.Aku masuk bilik tu semua orang pandang aku.Aku kesat air mata dan diam seribu bahasa.Semua orang tak berani untuk tanya kenapa dan aku pon merasakan yang diorang dah tahu jawapannya.Aku kemas barang-barang aku sambil air mata aku menitik tak berhenti dari tadi.Mengalir terus mengalir.Rasa sebak tu semakin mencengkam dada aku.

Lepas siap kemas tu,aku pon terus pergi pondok guard tu semula.Semasa dalam perjalanan menuju pondok guard tu,aku terserempak dengan manusia-manusia yang time tu tengah turun untuk bersahur di dewan makan.Yes,ramai yang pandang aku time tu.Mungkin pelik sebab muka aku sembap menangis.Time tu aku buat tak tahu je.

Sampai pondok guard tu,aku pon serahkan kad kebenaran pulang aku tu kepada pakcik guard yg bertugas.Lepastu aku terus pergi ke kereta.Rupanya kereta ayah saudara aku yang ambil aku balik time tu.Masuk dalam kereta tu,aku diam dan aku termenung sambil pandang ke luar tingkap kereta tu.Aku tak tau nak respon apa masa tu.Semuanya berlaku dengan cepat,dalam keadaan yang kita tidak pernah jangka akan berlaku.




Aipp belum habis lagi.Tunggu next bab okay 👋

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adakah Ini Mimpi ?Where stories live. Discover now