Bab 1

183 17 3
                                    

"Zaara!!! Ya Allah, rindu gila dekat kau", jeritan itu membuatkan Zaara yang sedang mengunyah makanan, tersedak. Siapa pulak yang tak tahu malu menjerit dekat public ni?

Jus tembikai yang berada di depannya cepat-cepat disedut. Perit mat. Tersedak kuah tomyam pulak tu.

Terbeliak matanya melihat susuk tubuh yang sedang berlari ke arahnya. Baru sahaja dia ingin membuka langkah untuk menghilangkan diri, dia dipeluk erat secara tiba-tiba. Terlambat sudah.

"Kau sihat ke Zaara? Lamanya kita tak jumpa", tanya Erina sebaik sahaja pelukan dilepaskan. Teruja dia bertemu dengan kawan zaman belajarnya ini. Sampai dihayun-hayunkan tangan member tu. Memang dari dulu tak pernah berubah minah ni.

Hampir 4 tahun mereka terputus hubungan. Maklumlah masing-masing dah ada life baru selepas tamat belajar.

"Lah kau ke Erina? Aku ingat orang gila mana tadi terlepas. Lain kali, bagilah salam dulu. Alhamdulillah. Aku sihat je. Kau?", tangannya ditarik daripada pegangan Erina. Malu orang ramai tengah tengok. Erina boleh pulak buat muka slumber je dengan perangai terlebih gula dia tu.

"Alaaa bukan sengaja hehehe. Aku tadi excited nampak kau. Risau kau menghilang, itu yang tak cukup tanah aku berlari ke sini tadi", tercungap-cungap dia mencari nafas. Dah macam baru lepas tamat lumba lari je gayanya.

"Aku sihat je. Macam yang kau tengah tengok ni lah. Mengembang dengan jayanya", sambung Erina sambil mengusap perutnya.

Zaara hanya mampu menggelengkan kepala. Tak padan dengan mengandung langsung perangai kawan dia ni. Aktif lain macam.

"Maju dah sekarang. Berapa bulan ni?", tanya Zaara sambil menyentuh perlahan perut Erina. Dapat dia rasakan tendangan dari dalam sana. Senyuman tidak dapat ditahan. Seronoknya ada baby.

Tipulah kalau dia tak teringin nak merasa semua tu. Setiap wanita mengimpikan benda yang sama. Dapat mengandung dan melahirkan zuriat sendiri. Pengalaman berharga untuk seorang manusia yang bergelar isteri. Namun, belum rezeki dia lagi untuk merasainya. Jodoh pun tak nampak bayang lagi huhuhu.

"8 bulan. Aku berjalan pun dah macam penguin hah. Ni terlanjur kita cakap pasal baby, aku nak jemput kau datang kenduri doa selamat hujung minggu depan dekat rumah aku. Mak mentua aku buat sempena aku nak meletup ni. Ajak aunty dengan uncle sekali. Nanti aku send location. Meh bagi nombor telefon kau", punggung dilabuhkan di kerusi sebelum dia mencapai telefon Zaara yang berada di atas meja. Ceh baru ingat nak duduk. Dah sakit kaki lah tu.

"Kau wajib tau datang. Aku tak terima sebarang alasan", amaran diberi sambil tangannya lincah menekan keypad telefon Zaara selepas diberikan password. Dah faham sangat dengan perangai Zaara yang anti ke majlis tu. Tak suka orang ramai katanya. Rimas.

"Kau jemput siapa je?", ikutkan hati memang dia nak tolak tapi tak sampai hati pulak. Kesian dekat mak buyung sorang ni.

"Kawan-kawan rapat aku je dengan family. Jangan risaulah. Tak ramai pun", Erina menyakinkan Zaara. Telefon dihulurkan kembali kepada tuannya.

Zaara hanya mendiamkan diri sambil memikirkan keputusan yang sewajarnya dia buat. Nampak macam benda remeh tapi tulah orang introvert macam dia je yang akan faham. Nak pergi tempat yang ramai orang dia tak kenal, bukan senang. Awkward semestinya.

"Mama dengan papa aku kerja. Takde orang nak teman aku nanti. Aku datang melawat kau hari lain boleh tak?", soalan Zaara mengundang pandangan maut daripada Erina.

Dia cakap benda betul. Memang takde orang yang free haritu. Beginilah nasib anak tunggal. Semuanya sendiri.

"Jangan nak mengada ya. Aku ada jemput Farah sekali. Kau taknak jumpa dia ke? Kau ajaklah sesiapa teman nanti. Pakwe ke? Scandal ke? Abang jual karpet pun boleh. Asalkan kau datang", cadang Erina yang meminta cubitan daripada Zaara. Lengannya digosok. Nasib baik tak kuat mana.

SHAHRUL: Unrequited Love?Where stories live. Discover now