Chapter 2

14 1 0
                                    

⋆★⋆ ════════ ⋆★⋆

Kepalanya disandar lembut. Nafasnya termegah-megah akibat berlari jauh tadi. Mengenangkan kakinya sudah tidak larat, tubuhnya dibawa ke arah stesen bas kini. Sesuai waktu, hujan turun dengan lebatnya. Tubuhnya pula terasa sejuk. Kot yang dibawa tadi lantas dipakai.

Satu nafas dihela. Rina hanya mampu melihat jalan tar sudah lencur kebasahan dijatuhi hujan.

Rina tersenyum nipis. Matanya cuba dipejam sambil memeluk kuat tubuhnya yang kesejukan.

Baru sahaja mahu terlelap bunyi guruh yang berdentum kuat mengejutkannya. Rina tersedar dengan gelabah lalu bangkit berdiri dari duduknya. Raut wajahnya sudah pucat. Pandangannya meliar sekeliling arah mencari susuk manusia sekitar area ini. Namun hampa, tiada salah seorang pun di area ini.

Rina mendengus. Ketika dia tidak lalu sini, ada sahaja manusia yang muncul. Bila dia ada disini pula, tiada yang datang muncul. Mungkin ini takdirnya kut.

Bulir matanya mula berair. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh jatuh. Hujan semakin lebat dan dia masih lagi terperangkap disini.

Kalaulah dia tidak lambat tadi mungkin sudah sampai destinasinya.

Dumm!

Kilat berdentum lagi. Tetapi dalam fikirannya sudah dihiasi kejadian tadi. Kejadian dimana dia bertemu dengan lelaki tadi beberapa minit yang lalu.

Tak semena-mena tubuhnya membahang kerana memikirkan kejadian tadi. Baginya, ia amat memalukan apabila bagaimana lelaki itu membuatnya merona disitu.

Rasa malu kian hinggap dalam dirinya. Keadaan dirinya sudah tidak tenteram. Dia bergerak kehulur-kehilir sekarang ini.

Arghh.

Dia tidak boleh berfikir dengan baik. Rambutnya yang rapi itu sudah tiada rupa. Kedua-dua belah pipinya diusap lembut sambil mengingat kembali. Kenapa mudah sangat pipinya memberi respon saat itu.

Takkan penangan lelaki tu buat dia macam ni.

Bagaimana dia mahu ke sekolah esok kalau macam ni. Patut tak dia ambil cuti esok.

Rina mula memikir, tapi apa yang dia takut ialah alasan apa yang mahu diberikan. Mana logik kalau sebegitu. Lagi satu, orang di rumahnya mesti memandangnya pelik kenapa anaknya tidak pergi sedangkan sihat sahaja.

Pening memikirkan tentang itu, dia mendongak melihat langit sudah sedikit cerah berbanding tadi menandakan hujan sudah mahu berhenti.

Tanpa masa, beg galasnya diambil seraya kakinya melangkah laju menuju ke rumahnya.

●・○・●・○・●●・○・●・○・●

Pintu ditutup. Bunyi bising dari arah ruang tamu dibawa langkahnya kesana. Kelihatan wanita berumur 50an sedang duduk di sofa itu. Dari raut wajahnya, nampak khusyuk melayan bingkai paparan bergerak berukuran besar itu.

Sudut bibirnya terangkat. Dia perlahan-lahan menghampiri susuk itu.
Baru sahaja mahu memeluk susuk itu, suara dari belakangnya mengejutkan pergerakannya.

"Rina, bila kamu balik?" suara tua itu menyoalnya.

Dia pantas berpaling menghadap ke arahnya. Tidak menunggu lama, tubuh tua itu dipeluk erat.

"Tadi baru je ayah." jawabnya sambil membetulkan kotnya.

Tuan Lynn hanya tersenyum nipis. Tubuhnya anaknya diusap lembut. Pelukan itu seraya dilepaskan.

Wanita yang berada di hadapan tv berpaling ke belakang sebaik sahaja matanya menangkap susuk anaknya.
Kini, dia pula menerpa anaknya lalu memeluk tubuh itu.

Rina ketawa kecil.

Tuan Lynn mengangguk kecil. 

Setelah itu ,dia meminta izin lalu menghala ke biliknya.

Daun pintu dia katup. Beg galasnya diletakkan di tepi katil itu. Rina menghamparkan tubuhnya di atas katil itu. Kipas berputar pada siling itu dipandangnya sambil mindanya memutarkan kejadian tadi. Rina menghembus nafas berat. Pantas dia menyambar tuala dan masuk ke dalam tandas. 

●・○・●・○・●●・○・●・○・●

Sunyi.

Matanya tidak terlepas pun dari skrin segi empat itu. Headphone di telinga dibetulkan sambil tangannya yang sebelah itu sibuk dengan makanan. Rina tak berkutik malah fokusnya kepada paparan pada komputer riba.

Genre aksi menjadi pilihannya. Setiap pergerakan dari artis yang dia kenal itu, diberi sorakan gemuruh. Dadanya memberi reaksi teruja setiap kali aksi-aksi incredible diperlihatkan dalam setiap filem yang dia lihat.

Awesome. Itu yang boleh Rina katakan. Dia sangat sukakan filem-filem bergenre aksi. Baginya, genre sebegitu boleh membuat jantungnya memainkan perasaan teruja.

Dalam masa itu juga, aktivitinya terganggu. Rina memutar bola matanya malas. Dia kenal dengan gerangan manusia yang selalu sahaja menganggunya pada waktu malam. Ketukan di pintu itu diiringi suara yang memanggil namanya.

Ini yang dia benci. Rina mempause lalu menanggalkan headphone seraya bergerak ke pintu biliknya. Pintu itu dia buka dengan kasar. Wajah adiknya dipandang jengkel.

"Nak apa lagi?" rina mengujarkan soalan. Kakinya dihentak-hentak menandakan dia tidak suka.

Gerangan itu hanya menayangkan giginya yang rapi itu lalu mendekat ke arahnya.

"Orderkan pizza boleh?" Pinta adiknya.

Ini yang Rina tidak suka. Ada-ada sahaja permintaannya. Rina malah mendengus.

"Oh gosh. You came to my room only for that? " Tanyanya sambil menghela nafas. Pandangannya menikam tajam ke arah adiknya.

"Come on Rin, just a little minute. My tummy feels like my throat's been cut and you just standing there and not doing anything. Did you not pity your brother," Dia menjawab sambil tangannya menggosok perutnya dengan anak mata meminta belas kasihan. 

Sekarang Rina boleh kategorikan adiknya dalam lelaki terdramatik. Melihat wajah adiknya buat dia kasihan. Sebagai seorang kakak terpaksa juga dia mengalah. Telefon di birai katil itu, Rina ambil dan membuat pesanan sepertimana yang dikatakan.

Apabila melihat kakaknya siap memesan, tubuh kurus itu dipeluk kuat.

"Thank you Rin, you're the best sister in the world. If you wanna share, just take it," Cuba tawar menawar bagi membalas budi.

Sambil menahan marah "Hell yes! That is my money idiot. And you can step back, Jay from my room,"

"Get out, Idiot."

Pintu dihempas kuat. Rina terdengar di sebalik pintu itu Jay sedang menahan ketawa. Urghh, biarlah pesanan itu adiknya yang ambil. Lagipula dia sudah memesan jadi Jay perlu ambil pesanan itu, barulah adil.

Sudah beberapa minit dia melayan karenah adiknya. Rina pantas melompat ke atas katilnya menyambung semula filem tadi. Baru sahaja mahu menikmati, komputer ribanya keluar paparan peratus bateri hanya tinggal 20 peratus sahaja.

Damn it! Umpatnya dalam hati.

Seketika tadi baterinya masih lagi boleh menampung filem dia mahu tengok. Sekarang tersisa sikit sahaja. Kalau tak dilayangkan karenah adiknya itu, mungkin dia boleh menonton filem itu. Terpaksa juga dia bangun mengambil charger dan menyambungkannya.

Headphone dipakai dan filem yang dipause tadi ditekannya. Volume dikuatkan sengaja tidak mahu sang adik memanggil. Kali ini, dia mahu menghiraukan panggilan adiknya. Dia mahu menikmati sekarang dan juga mahu melupakan kejadian siang tadi.















Sorry kalau tak best. I will improve my writing and i hope you will love it.

Thanks reader.

©️ MAIERAAA's original story.

( ͡❛ ‿ ͡❛)

After YouWhere stories live. Discover now