Fahd & Bela Bhg. 1

23 1 0
                                    

HARIMAU tersenyum sinis.

"T... Tolong... Jang... Jangan... Makan aku..." Rayu Sang Biri-biri dengan cemas.

Harimau mendekati biri-biri dengan riak garang. Matanya yang tajam memerhati biri-biri yang ketakutan.

"Jangan makan kau?" soalnya dengan mengejek.

Sang Harimau pegang tepi kepala Sang Biri-biri lalu mengelus perlahan kepala itu. Sang Biri-biri mendekati pohon di belakangnya untuk menjauhkan diri daripada harimau.

Mata Sang Harimau tak lekang daripada wajah itu. Bibir naik mengukir senyuman sinis.

"Sayangnya... Rugi kalau kau tak jadi makanan aku." Harimau jatuhkan tangan yang memegang kepala biri-biri ke bawah.

"T... Tolong... Aku merayu..." Dua telapak tangan digosok di hadapan muka. Peluh dingin mula membasahi dahi.

"Kenapa aku perlu lepaskan kau, sedangkan aku boleh makan kau sekarang juga?" soalnya sarkastik.

Sang Biri-biri memejam mata rapat.

"Aku perlu pulang untuk sediakan makanan buat serigala. Aku merayu padamu, Sang Harimau. Lepaskan aku... Tinggal dengan serigala cukup buatkan aku ketakutan. Jika aku tidak sediakan makanan buatnya, dia akan makan aku." Jelas Sang Biri-biri dengan tergagap-gagap.

Kening Sang Harimau ternaik apabila mendengar bicara Sang Biri-biri. Tangan dia naik mengunci pergerakkan Sang Biri-biri daripada melarikan diri. Sang Biri-biri menyandar pada pohon apabila Sang Harimau semakin dekat dengannya.

"Bukankah sama saja? Jika kau pergi pada serigala, kau akan dimakan. Malahan jika kau di sini, kau tetap akan dimakan. Cuma yang bezanya, aku tak seburuk serigala. Aku tampan bahkan lebih gagah daripada binatang itu." Tuturnya dengan riak.

Wajah biri-biri tampak bingung. 'Kenapa Sang Harimau ni tak terus terkam aku? Bahkan lebih banyak membebel.'

"Maaf. Hmm, kau akan lepaskan aku, kan? Aku perlu pergi."

Baru saja Sang Biri-biri hendak melepaskan diri daripada lengan Sang Harimau yang mengurungnya di pohon, Sang Harimau menarik ekornya membuatkan Sang Biri-biri berada di hadapan Sang Harimau kembali. Sang Biri-biri kaget lalu menelan air liur.

"Kau nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi..."

Harimau mendekatkan wajahnya ke hadapan wajah biri-biri.

"Tch, kalau kau berdegil macam ni... Macam mana aku nak lepaskan kau, wahai biri-biri?" tanya harimau dengan sinis.

"Okey, okey... Maafkan aku. Emm, apa yang kau nak daripada aku?" soalnya dengan gementar.

"Soalan yang bagus! Aku mahu kau tinggal di sini selama dua hari. Tentang serigala, itu hanya hal kecil. Akan aku suruh geng aku 'bicara' dengannya." Kata Sang Harimau dengan senyuman angkuh.

"Apa?" tanya Sang Biri-biri dengan wajah bingung.

"Tinggal dengan aku." Ulangnya pendek.

Biri-biri masih berkelip tidak faham.

"Kenapa?" soal Sang Biri-biri lagi.

"Memang perlu ada alasan ke untuk aku suruh kau tinggal di sini?" soal harimau kembali.

"Ya." Jawabnya pendek.

"Hmm, mari kita tengok..." Fikir harimau sejenak sambil memandang ke dada langit. Biri-biri menunggu dengan sabar.

"Sebab aku suka kau." Tuturnya tatkala memandang biri-biri kembali. Kening biri-biri terangkat. Mata Sang Biri-biri membulat. Biri-biri terkaku.

Sang harimau tersenyum kacak.

Sang Harimau & Biri-biri: Fahd & BelaWhere stories live. Discover now