Fahd & Bela Bhg. 3

4 0 0
                                    


SELEPAS subuh menjelang, Sang Harimau, Fahd keluar dari kawasannya dengan semangat yang lain daripada biasa.

Sang Harimau itu berlari pantas masuk ke dalam hutan. Melewati semak samun dan pokok dengan pantas sehingga daun gugur dari pohonnya.

"Tunggu aku, Bela!" laung harimau itu dengan lantang sehingga burung-burung berterbangan akibat terkejut.

🐯🐯🐯

BELA, Sang Biri-biri tersedar daripada pengsan. Mata biri-biri itu memerhati sekeliling lalu berkelip-kelip. Badan biri-biri itu masih terasa letih.

Kaki biri-biri itu tidak mampu digerakkan. Biri-biri kecil itu mengeluh perlahan.

Biri-biri itu berharap dirinya cepat sembuh agar ia dapat berjumpa dengan Sang Harimau, Fahd. Biri-biri itu mula merindui Sang Harimau yang bermulut manis itu.

Biri-biri itu hanya mampu tersenyum apabila teringat kenangan mereka walaupun hanya kenal dalam masa yang singkat.

"Eh, kau dah bangun!" tegur serigala yang sedang membawa bakul yang dipenuhi dengan epel yang dicuri daripada monyet.

"Boleh tak kau ajar aku cara nak buat pai epel? Aku teringin nak makan sebab aku terbau pai epel dari rumah manusia masa aku petik epel ni." Tanya serigala sambil memandang biri-biri yang masih terbaring.

"Kau tak boleh bangun ke?" soal serigala. Melihat biri-biri menggeleng, serigala membuat muka.

"Itulah padahnya kau tak dengar cakap aku." Katanya dengan nada sinis.

"Kenapa aku perlu dengar kata kau, sedangkan hidup aku, aku yang tentukan." Jawab biri-biri dengan berani walaupun suaranya perlahan.

Serigala berpaling memandang biri-biri selepas meletakkan bakul yang berisi buah epel di atas meja.

"Wah! Boleh bersuara dah."

"Apa kau cakap tadi? Hmm... Hidup kau, kau yang tentukan?" Serigala tersenyum sinis.

"Hmm..." Serigala menggeleng kepala sambil memandang biri-biri.

"Hidup kau selamanya ada dalam genggaman aku, wahai biri-biri malang!" jerkah serigala lalu menghentak meja.

Biri-biri tersentak.

Baru saja serigala hendak mengangkat tangan ke arah biri-biri, harimau datang menendang serigala sehingga jatuh tergolek.

"Bela, kau okey?" soal harimau risau.

"Tak. Badan aku rasa sakit." Adu biri-biri kepada harimau.

"Laa, dekat mana? Sini, aku tiup." Harimau menilik tempat luka biri-biri. Lalu harimau membantu biri-biri untuk bangun dari baring.

"Hello, hello! Aku masih di sini! Jauhkan diri kau daripada biri-biri aku!" jerkah serigala.

"Biri-biri akulah!" bidas harimau pula.

"Kau berambus sekarang! Jangan kau menyibuk dalam urusan harian aku. Aku baru saja menyuruh biri-biri ni ajarkan aku membuat pai epel. Jadi nyahkau dari sini." Halau serigala tetapi harimau tidak mendengar.

"Kau selesa tak tidur dekat sini? Aku lihat banyak kotoran, mesti binatang ni jenis tak jaga kebersihan. Kesian, biri-biri aku." Harimau mengusap kepala biri-biri ketika biri-biri duduk di atas papan kayu itu. Papan kayu yang boleh dikatakan seperti meja.

'Binatang itu suruh biri-biri aku tidur atas meja buruk ni? Haih, dasar miskin!' kutuk harimau dalam fikiran.

"Hmm, badan rasa sakit sikit sebab papan ni keras." Adu biri-biri lagi.

Serigala berkelip-kelip memandang dua ekor haiwan itu.

"Kau dua ekor jangan nak buat filem di sini. Sudahlah! Aku putus asa! Pergilah kau dua ekor. Baik aku pergi rumah mak aku. Boleh aku belajar buat pai epel di sana." Serigala meninggalkan mereka begitu sahaja setelah buat kecoh.

Harimau dan biri-biri itu hanya menghiraukan serigala. Dua ekor haiwan itu hanya bergelak ketawa sesama sendiri.

🐺🐺🐺

"MUN! Main hati-hati! Nanti jatuh." Laung Sang Harimau, Fahd kepada anaknya.

"Baik, ayah!" jawab Mun, sang kacukan harimau dan biri-biri, yang seronok bermain sendiri.

"Fahd sedih tengok anak kita bermain sendiri. Anak-anak haiwan lain tak mahu berkawan dengan dia." Sang Harimau mengeluh kepada Sang Biri-biri yang sedang tersenyum memandang anak mereka.

"Bela tahu Fahd sedih, Bela pun sedih juga. Tapi anak kita senang bermain sendiri daripada bermain bersama anak-anak haiwan lain. Mungkin satu hari nanti anak kita akan ada kawan seumuran untuk bermain." Pujuk biri-biri itu kepada harimau.

"Anak kita kan unik. Tentu banyak haiwan yang akan sukakan anak kita. Lagi-lagi anak kita tu bijak." Sambung biri-biri lagi.

Sang Harimau, Fahd tersenyum.

Kini harimau hidup bahagia bersama biri-biri. Walaupun mereka berbeza tetapi hati mereka yang mempunyai perasaan yang sama, menyatukan mereka.

Anak mereka unik. Tiada yang lebih menyanyangi anak mereka melainkan mereka berdua. Sang Harimau yang kini bergelar ayah lebih menjadi penyanyang manakala Sang Biri-biri sekarang dapat menerima ayat manis harimau yang dulunya dia tidak suka.

Hmm, tentang serigala... Bak kata Sang Harimau, Fahd, "Dunia akan menjadi gelap apabila bersama serigala manakala dunia awak akan cerah bila bersama saya sehingga pupus."

Senang cerita harimau sudah mencampakkan dia ke hutan lain yang jauh dari tempat tinggal mereka.

"Bela, malam ni kita dating sama-sama lagi tau. Fahd ba..." Sang Harimau, Fahd tersentak.

"Ayah! Jom main sama-sama!" panggil Mun yang gelak sakan apabila melihat wajah terkejut ayahnya.

Sang Harimau mengecilkan mata memandang anaknya. Nasib baik sayang!

"Ya, ayah datang!"

"Bela, tunggu sini tau!" Sang Harimau mengenyitkan mata lalu berlari ke arah anak mereka yang ketawa gembira.

Sang Biri-biri tersenyum melihat mereka berdua. Biri-biri membalas lambaian Sang Harimau yang sedang bermain ulat beluncas bersama anaknya yang sedang menangkap rama-rama dengan gelak ketawa.

Sang Harimau & Biri-biri: Fahd & BelaWhere stories live. Discover now