Stay Up

12 0 0
                                    

Hai.. nama saya Izzah, Alkisahnya bermula ketika minggu peperiksaan berlangsung. Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan SPM, demi keluarga maka saya perlu belajar dengan tekun. Maklumlah, apabila menjadi anak sulong sudah menjadi tanggungjawab untuk diberi contoh kepada adik-adik. Baiklah, pada waktu itu saya dan kawan saya A'lia, berancang untuk berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran atau erti kata lain "stay up". Saya sedang mengulang kaji mata pelajaran Sains manakala A'lia pula sedang membuat latih tubi di dalam buku kerja yang dibelinya pada tempoh hari. Tepat pada pukul 12:00 a.m. A'lia bertanya kepada saya.
__ "wei Izzah, aku mengantuklah, aku nak tidur sekejap. Nanti pukul 12:30 a.m tolong kejutkan aku."

__ "Oh boleh, nanti aku kejut kau pukul 12:30 a.m." balas diriku kepada kawan ku.

Saya pun sambung mengulang kaji. Apabila waktu yang diminta tadi sampai jadi saya pun menggerakkan A'lia, akan tetapi dia tidak menunjukkan apa-apa tidak balas.
__"wei bangun, tadi kau suruh aku kejut."

Puas saya mengerakkannya. "Mungkin dia sangat letih." Fikir ku.

Saya pun membiarkan dia untuk seketika. Kedengaran bunyi jam menandakan pukul 2:00 a.m. Saya mengemas buku-buku serta alat tulis, sebelum saya merebahkan diri ke atas katil. Saya meminta A'lia untuk menemani saya ke tandas. Saya mengejutnya.
__ "A'lia teman aku pergi tandas sekejap."

__"Haa okok. Kau keluarlah dulu, nanti aku keluar." Balasnya dalam keadaan separa sedar.
Saya tidak ingin membuka lampu bilik akibat risau akan ahli bilik lain yang akan terjaga kerana cahaya lampu tersebut. Saya pun tunggu A'lia di luar bilik. Tiba-tiba ada satu sapaan daripada belakang saya.
__"Haa jom lah.." sapa A'lia.

Saya agak terkejut dengan keberadaan dia di belakang saya. Mungkin sebab saya termenung seketika memikirkan tetang peperiksaan itu. Sewaktu saya melihat A'lia, tudungnya ditarik agak ke depan. "Mungkin sebab dia mengantuk." Fikir ku.
Kami pun berjalan bersama-sama ke tandas. Jarak tandas dan bilik kami agak jauh. Sepanjang perjalanan kami tidak mengeluarkan sebarang perkataan daripada mulut kami. Saya pun bertanyalah tentang mengapa dia tidak bangun sewaktu saya kejutnya untuk memecahkan kesunyian tersebut. Diam. A'lia tidak membalas pertanyaan saya. "Mungkin sebab dia baru bangun jadi tidak ada mood untuk bercakap" Fikir ku. Selesai sudah, kami pun kembali ke bilik kami. Saya melangkah ke dalam bilik sebelum A'lia. Akibat kegelapan bilik itu amat menyelubungi maka saya pun membuka satu suis lampu. Saya terkedu seketika. Kelihatan susuk tubuh A'lia masih terbaring di atas lantai. "Kalau A'lia di situ jadi siapa yang teman aku pergi tandas..?" bisik diriku dalam hati. Seketika suasana bilik itu menjadi suram.

__"hihihi.. baru sedar ke yang saya ni bukannya kawan awak..?"
Saya terdiam.
Saya hanya mampu berdiri tanpa melangkahkan kaki ku. Saya memejam erat mata saya. Bau busuk dihidu. Baunya amat kuat sehinggakan saya boleh termuntah. Tiba-tiba bau tersebut hilang. Saya pun membuka mata saya perlahan-lahan. Di tatapnya raut wajahku oleh suatu mahluk yang mempunyai wajah yang sungguh menyeramkan. Seingat saya, saya rebah ke tanah. Apabila saya sedar, saya sudah berada di hospital. Saya tidak dibenarkan pulang ke asrama ku sehingga sembuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

5 kisah seram di asrama part 1 (stay up) Where stories live. Discover now