“Robot merah lagi.” Ujar encik Hill di tempat kejadian di mana kereta Myvi hijau terbaring mengiring ke kiri dan juga bumbng kereta tersebut dikoyak dan juga dicabut.
Dua orang anggota bomba sedang menggergaji besi bumbung kereta Myvi berwarna hijau yang telah digunakan oleh robot merah bagi mengikat tiga orang perompak. Bumbung Myvi hijau telah dipotong. Serta-merta semua anggota polis di tempat kejadian menggari tiga orang perompak.
Dua orang perompak dibawa masuk ke dalam ambulan dengan tangan bergari sambil ditemani oleh dua orang anggota polis bergerak ke hospital. Seorang lagi perompak, kepalanya berbalutkan kain kasa setelah dirawat dan dibawa masuk ke dalam kereta polis dengan dua tangannya yang bergari.
“Ada rakaman kejadian yang telah berlaku di sini?” Soal encik Hill kepada salah seorang anggota polis.
“Ada, rakaman CCTV dan juga rakaman dashboard kenderaan yang lain menjadi saksi.” Jelas seorang anggota polis lelaki kepada encik Hill.
“Baik. Saya mahu rompakan ini disiasat segera. Setiap bukti dan apa-apa penemuan, sila laporkan segera kepada saya.” Arah encik Hill kepada seluruh anggota polis yang sedang membuat siasatan di tempat kejadian tersebut.
“Bangsat. Ramai mati menjadi mangsa rompakan! Tak guna!” Getus encik Hill.
__________________________________________________________________
“3 orang perompak ditangkap oleh robot merah.” Aizat membaca tajuk akhbar berita di meja kerjanya pada waktu rehat dalam bilik kerjanya, bangunan ibu pejabat syarikat Terminal Vector.
“Orang di media sosial mula persoalkan polis. Polis hanya mengharapkan robot merah yang tidak tahu pemiliknya. Hanya wira melakukan kerja-kerja polis.” Haziq memberitahu Aizat daripada meja kerjanya.
“Netizen hanya tahu mengulas dan merungut.” Kata Fared sambil membina tangan robotik baharu di meja kerjanya.
“Aku kagum dengan kemunculan robot merah. Dia telah memusnahkan robot bomba yang dikawal oleh penggodam dalam keganasan dua robot telah digodam. Robot merah ini juga telah menyelamatkan mangsa kebakaran serta menangkap tiga orang perompak.” Jelas Haikal sambil membaca berita surat khabar melalui internet.
“Encik Hill, ketua jabatan polis hendak menggunakan robot-robot peronda yang berbaki dalam Cyber City. Robot-robot peronda kita akan upgrade supaya robot-robot peronda ini juga dapat menjadi pembantu dalam merakam situasi kejadian serta melindungi para anggota polis daripada serangan jenayah.” Kata Fared kepada rakan-rakan.
“Upgrade? Upgrade bagaimana?” Soal Aizat kepada Fared.
“Hendak tahu? Aku sudah ada blueprint. Kita boleh mula lakukan upgrade ke atas robot-robot peronda yang berbaki pada hari esok atau pada hari ini pun boleh.” Kata Fared kepada rakan-rakan.
__________________________________________________________________
“Tiga orang perompak tersebut merupakan tiga orang rakan yang bekerja di tempat yang sama. Lima perompak yang lain merupakan ahli kongsi gelap namun tidak diketahui nama kongsi gelap mereka. Lima perompak lain bukan kontak rapat tiga perompak yang telah diberkas.” Lapor encik Kweng kepada encik Hill di dalam bilik pejabat encik Hill sambil duduk di kerusi hadapan meja encik Hill.