CHAPTER 7

3.6K 126 4
                                    

MALAM menjelma. Aku dan Nazhifa sudah terbaring lesu di atas katil selepas solat maghrib tadi. Masing-masing sudah letih badan. Cuba untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang petang tadi.

Esok merupakan hari penting di mana kami akan mengadakan aktiviti bersama staf-staf yang lain di pantai tersebut. Pelbagai jenis program sudah pun dirancang dengan teliti.

Aku bangun lalu telekung dibuka dan disangkut di dalam almari. Sekejap lagi kami akan turun untuk makan malam bersama mereka yang lain di cafe resort yang kami diami sekarang.

“Dhiya.” Panggil Nazhifa tiba-tiba. Aku hanya memandangnya dengam pandangan kosong. Mengatakan aku tidak berminat untuk menjawab soalannya.

“Kau kata Tengku Dhaiyan tak datang. Kenapa tiba-tiba dia terpacak dekat depan resort pagi tadi?” Soalnya kehairanan. Aku mengeluh perlahan. Jangan kata Nazhifa, aku sebagai pembantu peribadi dia pun hairan.

“Entah la, Ifa. Hari tu aku tanya, dia kata busy. Tak boleh nak join. Aku check schedule dia memang betul dia busy. Sepatutnya dia ada meeting pagi tadi. Esok pun sepatutnya dia kena turun site. Tapi kenapa dia datang, eh? Join kita sekali pulak tu.” Balasku sambil memikirkan sebabnya. Takkan saja-saja? Setahuku, Tengku Dhaiyan kurang berminat dengan aktiviti seperti ini. Bukan level dia la kan. Orang kaya macam dia dah tentulah akan pergi bercuti luar negara. Duit? No hal, boleh petik dekat pokok je.

“Sebab kau kot. Kau kan PA dia. Dia kan bos yang tak boleh nak handle company kalau PA dia yang sorang ni tak ada dekat sisi dia.” Usik sambil ketawa sakan. Aku mencebik. Bantal dicapai dan terus aku baling ke arahnya. No salam no hello, bantal selamat mendarat tepat di muka Nazhifa.

Well. Tak sia-sia masuk acara lontar peluru waktu sekolah menengah dulu.

“Banyak la kau. Memandai je kau kan petik nama aku.” Marahku. Nazhifa menahan ketawa.

Aku juling mata ke atas.

“Dah jom. Aku dah lapar ni.” Ujarku sambil terus melangkah ke arah pintu. Meninggalkan Nazhifa yang masih lagi dengan ketawanya. Gelaklah sampai esok. Biar berbelit usus besar dalam perut tu.

**********

Kami berborak kosong sambil menikmati juadah makan malam. Banyak makanam yang tersaji di atas meja. Buffet. Layan diri sdn bhd. Seperti biasa aku memandang pinggan Nazhifa yang sudah penuh dengan makanan. Aku menggeleng. Hantu makan betul dia ni.

Dari jauh aku melihat Tengku Dhaiyan sedang menikmati makanannya bersama Tengku Dhaniel. Kacaknya dia malam ni. Berpakaian santai Tshirt biru bersama jogger pant.

Aku terus melarikan pandangan apabila matanya turut memandang ke arah mejaku. Aku mengemam bibir.

Dah kantoi ke aku pandang bos sendiri? Baru nak cuci mata lama sikit. Lepas ni kalau nak pandang orang, sila pakai cermin mata hitam terlebih dahulu.

Setelah selesai makan, aku mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai sambil menikmati angin malam. Nazhifa terlebih dahulu masuk ke dalam bilik kerana kepenatan. Penat berenang macam dugong.

Sejujurnya Nazhifa seorang yang cantik. Sama cantik macam aku. Macam biasa, tetap kena puji diri sendiri. Tubuhnya juga boleh berkongsi saiz baju denganku. Cuma itulah, setiap kali dia berenang di dalam air, aku akan menggelarnya dengan gelaran dugong. Sebab dia punya excited tu tak boleh bawa berbincang.

Kerusi yang berada di situ menjadi pilihanku. Aku menikmati angin malam yang sepoi-sepoi reti bahasa. Deruan ombak yang menenangkan aku. Sungguh aku suka suasana ketika ini. Kalau boleh tidur sini, dah lama aku pacak khemah depan pantai. Bangun pagi esok, tengok-tengok dah ada atas air. Haha.

Mio Marito, Tengku Dhaiyan (COMPLETED)Where stories live. Discover now