CHAPTER 31

2.6K 98 5
                                    

HARI ke empat Dhiya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Bila dah terbiasa bekerja selama ini dan tiba-tiba saja kena jadi suri rumah, terasa jugalah kebosanan hidup itu.

Dhiya tidak tahu nak buat apa di rumah besar ini. Nak mengemas? Setiap minggu Tengku Dhaiyan akan mengupah orang untuk datang mengemas di rumah mereka. Nak keluar? Dia tak ada kawan selain Nazhifa. Nazhifa pula tengah bekerja sekarang.

Nak kacau siapa sekarang ni?

Dhiya mencapai salah satu novel yang tersusun di atas rak. Bolehlah buat menghilangkan rasa bosan yang mula bersarang di dalam dirinya.

Belum sempat Dhiya mahu membuka novel untuk dibacanya, kedengaran loceng di luar rumahnya ditekan.

Ting tong... Ting tong...

Siapa pulak yang sengaja nak mengganggu ketenteraman hidup aku hari ni? Dhiya merengus kasar.

Dia bangun membuka pintu. Kelihatan seorang gadis yang memakai kaca mata hitam sedang berdiri di luar pintu pagar.

Dahi Dhiya berkerut seribu. Dia memakai selipar dan menuju ke arah pintu pagar kecil di sebelah pintu pagar elektronik tersebut.

Tengku Latisha?

"Kenapa datang sini?" Tanpa salam terus soalan dilontarkan kepada Tengku Latisha. Gadis itu mencebik.

"Panggil I masuk ke dalam rumah dulu, boleh tak? Panaslah dekat luar ni." Balas Tengku Latisha sambil mengibas tangan. Panas terik hari ni. Habis terbakar kulit dia.

Dhiya menjulingkan matanya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa kata.

"Hey!" Jerit Tengku Latisha. Dia mengekori langkah laju Dhiya.

"Nak apa you datang sini?" Dhiya bertanya malas.

Tengku Latisha mencebik.

"Abang Is ada?"

Dhiya memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Latisha. Apahal semua orang nak cari suami dia ni? Cubalah cari aku sama.

"Sekarang waktu bekerja, Cik Tisha. Mestilah suami I ada dekat pejabat sekarang ni." Balas Dhiya.

"You tak kerja ke?" Soal gadis itu lagi. Dhiya mengeluh.

"I dah resigned. You tu tak masuk office ke? Ke you mengular?" Dhiya mengerling Tengku Latisha. Dia berjalan menuju ke arah sofa. Punggung dilabuhkan ke atas sofa empuk hasil duit kerja keras Tengku Dhaiyan.

"What? Cepatnya you resigned? I ingat you nak bekerja lagi dua atau tiga tahun." Tengku Latisha memandang Dhiya dengan mata bundarnya. Takkan Dhiya sanggup duduk di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa? Euw bosan.

"Okay la I dah resigned daripada you yang asyik mengular je kerjanya." Bidas Dhiya selamba. Tengku Latisha memandang Dhiya dengan perasaan geram.

"You ni kan. Dari mula kita jumpa sampailah sekarang, tak habis-habis nak perli I." Marah Tengku Latisha.

"Straight to the point, Tisha. You nak apa datang sini?" Dhiya bertanya malas. Langsung tidak terasa nak buat air kepada tetamu tidak diundang ini. Membazir gula saja.

"Ehem..." Tengku Latisha berdehem.

"I belum sempat jumpa Abang Is sejak I balik Malaysia ni."

"So?"

"So I ingat I datang sini hari ni bolehlah nak jumpa dengan Abang Is." Ujar Tengku Latisha sambil buat-buat sedih.

Mio Marito, Tengku Dhaiyan (COMPLETED)Where stories live. Discover now