3

17 1 0
                                    

"Macam mana Jarjit ada apa-apa perkembangan lagi tentang mereka?" Permaisuri Helen mengambil cawan yang berisi teh di atas meja lalu didekatkan dimulutnya.

Dengan cermat dia menghirup teh tersebut.

"Ya tuanku, Patik dah jumpa alamat di mana mereka tinggal dan patik juga sudah tahu siapa nama puteri itu." Jawab Jarjit penuh berhati-hati.

Terbit senyuman di bibir Permaisuri Helen. Cawan yang dipegangnya itu diletakkan di atas meja semula."Alhamdulillah....siapa nama dia?"

"Puteri Effa"

"Ya Allah syukur esok sediakan rombongan untuk pergi ke sana."senyuman tidak lekang di bibir manakala kata syukur berkali-kali meniti di bibir Permaisuri menandakan betapa senangnya perasaan yang dia rasakan waktu itu.

Kalau diikutkan hati ingin saja Permaisuri bertolak sekarang kalau tidak disebabkan ada kerja yang perlu dia buat sudah lama dia pergi waktu itu juga.

*******

"Eh tak payah lah susah-susah suruh Tengku belanja! kita boleh bayar sendiri lah." Ujar Effa dia mengambil sepotong ayam goreng lalu di gigit penuh berselera.

"Ye ye lah tu! kau dah oder banyak makanan macam ni tak nak kena belanja konon.....kau ingat aku tak tahu kau bawak duit 10 ringgit je kan? Cukup-cukup untuk beli nasi ayam penyet dengan air sirap!"

Effa yang mendengar kata-kata Siti itu hampir tercekik. Dia mengurut-urut dadanya perlahan cuba melegakan batuk.

"Mana ada! aku oder sikit je! nasi ayam penyet, ayam goreng tepung, Tom yam, sup tulang, bakso dan burger tu je..."

"Lain kali simpan sikit ngok tu! Bersyukur! kau ingat aku tak tahu kau berlakon! Padahal kau suka kan kena belanja...." Ujar Sally yang sudahpun mengubah posisi tempat duduknya di hadapan Effa senang sikit dia tengok wajah Tengku Hairi yang duduk selang dua meja dari mereka.

"Sekali sekala kena belanja bukan selalu lagipun bukan kita je kena belanja, satu warung ni! kalau kita je memang aku pun tak nak lah buat malu...." Balas Deka pula yang duduk bersebelahan Sally. Dia kemudian meminum air milo tabur yang paling mahal di odernya di situ. Tidak mahu lepaskan peluang katakan.

"Ye ye la tu malu"ejek Sally memandang Deka dari atas ke bawah " Hm....tengok lah Tengku tu.... makan hensem.....berdiri hensem..... muka serius pun hensem.... " sambungnya sambil tersenyum melihat ke arah Tengku Hairi semula.

"Tundukkan pandangan!"

"Aku ni perempuan ke?" Sally menjeling ke arah Deka.

"Memang kau bukan perempuan tapi macam..." Deka sengaja tidak menghabiskam kata-katanya takut kawannya itu berasa kecil hati pula nanti.

Tiada mood rasanya dia nak memujuk waktu sekarang.

"Betuw a tuw (betul lah tu) " sokong Effa bercakap dengan keadaan mulutnya yang penuh dengan makanan.

"Amboiii sedap muluuuuuut je korang bercakap kan?! jangan sampai aku tonyoh mulut satu-satu eh dengan sambal belacan ni!"

"Mm..."

"Mm..."

Effa dan Deka masing-masing memuncungkan bibir mendekatkan wajah ke arah Sally membuatkan lelaki itu naik rimas.

"Eeeeeeeeeeee!" Dia berdiri dengan gaya menghentakkan sebelah kakinya.

Semua mata tertumpu ke arah meja mereka. Apa yang lebih menarik perhatian apabila Sally menggunakan suara 'keemasannya itu' suara perempuan yang dibuat-buatnya.

Princess EffaWhere stories live. Discover now