[Na Jaemin malay fanfic]
_____________________
"awak tak nak jadi mama Xiao Xiao?"
"Xiao Xiao nak nampak mama dengan papa naik pelamin."
_____________________
"puas hati awak sekarang?"
"semoga kita tidak berjumpa lagi."
"Xiao Xiao tak salahkan mama...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ฅʕ•̫͡•ʔฅ
"Encik Na,kenapa datang sini?"tanya Jina yang masih clueless.
"Haechan,tolong bawak Xiao Xiao keluar."
"Xiao Xiao,jom kita beli ais krim kat luar.."
"tak nak..nak dengan noona."
"Xiao Xiao,noona nak berbual dengan papa dengan uncle aunty..kamu tak boleh ikut."Xiao Xiao terus memasang wajah cemberutnya.
"Xiao Xiao,ikut cakap papa kamu..lepas ni kita main pulak ye."ujar Jina.
"oke noona.."Haechan,Hana dan Xiao Xiao pun keluar dari rumah sewa mereka berdua bagi memberi ruang pada Jina dan Jaemin.
"awak ingat tak apa yang jadi semalam?"
"apa dia?"
Jaemin terus menghulurkan dua buah fail perjanjian pada Jina.
"ape ni?"
"buka.."
Jina terkejut melihat tajuk fail itu.
"Perjanjian Kontrak Pernikahan?"
"awak tak ingat lagi apa jadi semalam?"
Jina diam..dia cuba engingat hal yang terjadi sejak dia start minum..
'aku minum..lepas tu aku keluar sebab ada lelaki nak kacau aku..lepas tu,haa..Jaemin nak hantar aku balik rumah.dalam kereta tu..fail ni a-'Jina terus terdiam..
"dah ingat?"
Jina terus menyelak helaian itu ke halaman paling belakang dan betul..ada tandatangan dia di situ..
"s..saya tandatangan sendiri?"
"ya.."
"Encik Na,kontrak ni tak sah..saya tandatangan masa saya tak sedar."
"sebab tu awak kena berhati hati bila dah mabuk.lagipun saya tak paksa awak untuk tandatangan fail perjanjian ni.awak sendiri yang sukarela nak tandatangan semalam."
"macam yang saya cakap,saya tak sedar semalam."
"sedar atau tak,awak dah pun tandatangan kontrak ni.dan mengikut syarat perlanggaran perjanjian di halaman 7,sekiranya awak melanggar perjanjian ini..awak kena bayar ganti rugi."
"ganti rugi?"
"ya.awak boleh baca sendiri."
Jina pun membuka halaman 7.matanya terbeliak saat melihat nilai ganti rugi yang perlu dia bayar.
"6 104 342 won?!Encik Na,mana saya nak dapat duit sebanyak ni?awak nak ambik kesempatan atas saya ke?"
"kesempatan?saya tak pernah ambik kesempatan pada sesiapa pun.saya adalah seorang businessman dan ini adalah cara saya melakukan suatu persetujuan antara dua pihak.kalau awak tak nak patuh,bermaksud awak bersedia nak bayar ganti rugi."