Aisyah melangkah perlahan keluar dari bilik tidurnya. Langkahnya terhenti apabila melihat Lisa yang sedang mengurut kepala Luthfi manakala Luthfi pula baring diatas peha Lisa.
" Ehem " Aisyah berdehem. Pantas Lisa mengalihkan kepala Luthfi dari baring diatas pehanya.
" Kak Aisyah " sapa Lisa. Aisyah hanya senyum.
" Nak makan apa? Saya masakkan " kata Aisyah kepada Lisa dan Luthfi.
" T-takpelah kak. Lisa boleh masak sendiri " ujar Lisa. Baru sahaja dia hendak melangkah ke ruangan dapur, tangannya sudah direntap oleh Luthfi.
" Tak payah. Biar Aisyah yang masak. Dia bibik kat rumah ni. Biar segala tanggungjawab dia yang buat. You duduk sini. Teman I tengok movie " ujar Luthfi. Aisyah tersenyum kelat. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Lisa memandang pemergian Aisyah dengan sayu.
" Tunggu apa lagi? Duduk sini dan teman I. Biar Aisyah buat kerja dia, " ujar Luthfi lalu memeluk bahu Lisa. Lisa akur.
Aisyah memerhati dari jauh. Terketar-ketar tangannya mengambil bahan-bahan masakkan.
" Ya Allah, kuatkan aku. Hidup bermadu ini tak mudah "
" Ibu! Tengok ni Ibu! Ariena lukis apa " ujar Ariena bersungguh-sungguh. Aisyah memandang lukisan tersebut." Cantiknya! Ni siapa? " soal Aisyah. Jarinya menunjuk kearah seorang lelaki kecil.
" Ni Abang Zahir! "
" Oo. Ni? " Aisyah menunjuk kearah seorang gadis kecil.
" Ni Ariena laa! "
" Ni siapa? "
" Ni.. Ibu! " ujar Ariena.
" Kenapa ada sayap? " soal Aisyah hairan..
" Oh tu Abang Zahir letak tadi. Dia kata Ibu ni bidadari. Sebab tu kena letak sayap " ujar Ariena lagi.
Aisyah ketawa. Haih bidadari tang mana comot macam ni?
" Siapa sebelah Ibu ni? Kenapa dia pegang tangan Ibu? " soal Aisyah.
" Oh ini Ayah baru! Ariena tak suka Ayah sekarang! Ayah garang! Ariena nak Ayah baru! " ujar Ariena. Aisyah menggeleng. Ada-ada je la.
YOU ARE READING
Luthfi's : Her Cruel Husband
RomanceSTAND ALONE BOOK ♡ Muhammad Luthfi Zayden X Nur Jannah Aisyah SEJAK kecil, wanita yang bernama JANNAH AISYAH ini sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang hidupnya. Tetapi dia tetap kuat untuk meneruskan kehidupannya. Dia sentiasa menginga...