Suasana yang amat meriah di Universiti Teknologi Mara (UITM). Jangan tanya kenapa meriah! Hahaha mestilah sebab mereka dah habis belajar dan telah berjaya mendapat ijazah. Mereka juga telah berjaya menamatkan masa pembelajaran mereka. Biarlah mereka bergembira atas kejayaan mereka.
Tetapi gembira-gembira juga, jangan lupa kisah ini bukan menceritakan tentang mereka semua tetapi tentang seorang gadis yang sedang meloncat-loncat tidak ingat dunia itu. Tetapi takkanlah dia gila nak lompat seorang kan mestilah bersama sahabatnya yang bernama Nur Adriana Qistina itu yang dua kali lime sahaja dengan gadis itu patutlah sahabat.
Nak tahu ke siapa dia gadis itu? Aku lah tu hehehe. Nama aku Nur Syafia Arissa Binti Mohamad Syafiq. Umurku telah mencecah 23 tahun pada tahun ini. Nak tahu lagi ke tentang aku? Ye lah aku cerita. Aku merupakan anak bongsu didalam keluargaku. Dan aku mempunyai seorang abang yang bernama Mohamad Shahrul Arman a.k.a Along kepadaku yang wajahnya boleh tahan kacak. Tetapi jangan terpedaya dengan rupanya itu. Beliau sering menyakitkan hatiku. Tetapi dia merupakan seorang abang yang baik dan menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Umur? Oh umurnya dah mencecah 30 tahun. Tu je kan. Okay marilah kita sambung semula.
"Yeay!! " Laung Arissa dengan sekuat hatinya yang membuatkan dirinya menjadi tumpuan orang disekelilingnya itu.
"Woii! Senyaplah sikit bukan kau sorang je kat sini." Amarah Adriana terhadap sahabatnya itu yang menjerit sehingga mahu pecah anak tekaknya.
"Opss, malu tujuh keturunan aku." Bisikku dengan perlahan.
"Akhirnya aku dah habis belajar. Cukuplah aku mendapatkan ijazah sahaja, aku terlalu penat untuk menyambung sehingga phd. Mati woo kalau aku sambung sampai phd!" Luahku dengan sangat gembira.
"Betul weii. Aku pun tak sanggup nak sambung belajar lagi. Aku nak cari kerja lepastu kahwin dengan anak orang kaya. Hahahahah."
"Halah lek lah dulu. Tapi apa-apa pun aku doakan kau jumpalah jodoh kau tu yeee. Hahahah." Arissa menyindir sahabatnya yang sudah gatal nak mendirikan rumah tangga itu.
" Halah kau, silap hari bulan kau yang naik pelamin dulu dari aku baru tahu."
" Masin mulut kau tu nanti."Ketika sedang rancak berborak, tiba-tiba tekakku kering lalu membuatkan aku batuk dengan sangat kuat. Tu lah sembang tak ingat dunia lagi. Kan dah batuk. Tekak aku merupakan sejenis tekak yang mudah kering. Aku juga sering membawa air ke kelas tetapi harini aku terlupa untuk membawanya. Sahabatku yang berada disisiku itu gelabah dan mencari air untukku. Tetapi malang sungguh nasibku, tiada air disekitarku.
Adriana sudah hilang dari pandangan kerana mencari air untukku yang sudah separuh nak masuk batu dua akibat tekakku yang gatal. Tiba-tiba satu kejadian berlaku. Seorang budak kecil datang menghampiriku lalu memberikan sebotol air mineral yang belum dibuka kepadaku. Aku berasa seperti ingin memeluk budak itu seeratnya. Eh jangan fikir lain, budak tu perempuan tau!
"Nah akak. Akak minumlah nanti akak sakit." Ucap budak itu seraya memberikan sebotol air kepadaku. Setelah mahu habis setengah air tersebut aku minum lalu aku melihat budak dihadapanku itu tersenyum melihatku. Aku hanya mampu tersenyum semula kepadanya. Ya Allah manis sungguh senyuman budak ini. Sebelum aku terlupa sesuatu baik aku cakap dulu.
"Terima kasih adik. Nama adik apa ye? Boleh akak tahu. Dan apa yang adik buat disini?" Bertalu- talu soalan ku kepada budak itu. Aku dapat melihat budak itu sedang mengeluarkan sehelai kertas yang tertulis...' RANEEA ELIANA BINTI DATO' RAHIM'
Mataku terbuka luas seraya membaca tulisan yang tertera di kertas itu. ' wah bukan calang-calang bapa budak ni'. Bisikku didalam hati. Siapakah budak ini sebenarnya?
![](https://img.wattpad.com/cover/322216207-288-k686489.jpg)
YOU ARE READING
MR.RAYYAN ESHAL
RandomKisah percintaan sebuah pasangan yang amat merumitkan. Mereka merupakan pasangan bahagia disuatu masa dahulu tetapi terdapat sesuatu peristiwa yang mendatangkan salah faham diantara mereka. Watak: ~Muhamad Rayyan Eshal- Rayyan ~Nur Syafia Arissa- Ar...