Chapter 2🌹

3 3 0
                                    

Matahari sudah berada tegak di atas kepalaku ketika aku masih lagi dilamun mimpi. Rasa malas menguasai diri pada saat itu yang membuatkan aku tidak bangun dari kedudukanku yang sekarang. Argh bentak hatiku. Kenapalah aku ni pemalas sangat. Bangun Arissa bangun. This is your first day without thinking about study. You have to be cheerful and start a new day with a new spirit and determination. Wake up Arissa you can do it. Bisik hatiku. Sebelum sempat aku membuka mataku yang sedang terkatup itu aku merasakan seperti ada air yang mengalir di wajahku yang cantik ini. Seraya aku membuka mata aku tiba-tiba...

SPLASH!!!

Mukaku disimbah air yang sejuk. Aku mengelap mukaku dengan selimut tebalku itu, setelah itu aku melihat susuk tubuh yang amat aku kenali, 'Along'. Aku dah agak memang dia je suka kejut aku dengan cara macam ni.

"ALONG!!! Along buat apa ni? Basah muka adik!" Marahku terhadap alongku kerana menyimbah air kepadaku. Bukannya reti nak berhenti. Dia boleh simbah lagi sampai aku bangun dan masuk bilik air. Kenal sangat dia ni.

"Bangun Arissa. Jangan asyik nak tidur je. Kamu tu anak dara, tak elok tidur sampai petang." Bebel alongku sambil tangannya mencurahkan air ke atas mukaku ini.

"Air apa ni along macam busuk je?" Soalku setelah menghidu bau yang tidak menyenangkan.

Wait!! Ni bau...

"MOHD SHAHRUL ARMAN BIN MOHD SYAFIQ!!! SINI KAU!!" Laungku dengan sangat kuat sehinggakan kak long yang sedang memasak itu terkejut mendengar suaraku dari tingkat tiga. Lantak situlah dia nak terkejut. Aku tengah geram ni dengan laki dia. Adakah dicurahkan adiknya dengan air longkang luar tu. Eee geramnya rasa dapat abang macam ni.

Selepas puas mengejarnya dari tingkat tiga ke tingkat satu aku berhenti seketika untuk menarik nafas dengan betul. Aku ini hanyalah seorang gadis, tak mampu nak kalahkan lelaki yang bersukan seperti abangku itu. Staminanya masih kuat. Aku mengambil keputusan untuk mengabaikannya sahaja. Malas layan.

"Goodmorning kak long!" Aku menegurnya yang sedang memasak nasi goreng kampung kegemaranku.
" Along mana umi ngan abi?" Soalku kerana tidak melihat kelibat mereka di mana-mana. Pelik juga selalunya mesti ada je pagi-pagi macam ni.
"Diorang ada kerja dekat Cameron Highland katanya. Selama 3 hari 2 malam. Lusa diorang baliklah tu. Jangan nak sedih." Jawab alongku itu bersama keyakinan yang kuat. Yakinnya dia jawab. Mana dia beli confident tu? Kat shopee agaknya hahaha. Gelakku didalam hati.

Setelah selesai mencuci piring yang digunakan ketika makan tadi, aku menuju ketangga untuk naik ke bilikku dan menyiapkan diri untuk keluar bersama sahabatku. Aku berasa sangat gembira hari ini, jangan tanya kenapa eh? Sebab aku pun tak tahu kenapa. Hahahhaa. Ok lah aku nak mandi dulu.

Selepas hampir satu jam aku bersiap aku mendengar bunyi hon bertalu-talu dihadapan rumahku itu. Eh rumah ibu bapaku. Alah silap sikit saja kan. Selepas itu aku menggapai jam tanganku yang berjenama swarovski kegemarankudan menggapai beg tanganku yang bertulis Carlo Rino di hadapannya. Setelah itu aku menuki ke pintu keluar.

Aku dapat mendengar suara Adriana memanggilku. Setelah keluar dari pintu rumahku aku meggapai kasut ku pula yang bertumit tinggi itu. Aku menyarungnya lalu menuju ke kereta Adriana. Aku dapat melibat sebuah kereta berjenama Honda Civic yang berwarna putih berada dihadapanku. Iya itu kereta Adriana. Tanpa melengahkan masa aku terus berlari anak menuju me arah tempat duduk penumpang.

"Let's go bestie!!" Laung Adriana yang membuatkan telingaku menjadi pekak seketika kerana suaranya yang kuat itu.

Setelah tiba di Aeon Mall, Shah Alam, kami menuju ke pintu gerbang yang automatik itu. Kami bermain-main dengan pintu itu sehingga mendengar orang berkata kami seperti kanak-kanak. Do i care. This is Arissa lah. Arissa dikenali sebagai seorang yang tidak ambik peduli tentang perkataan orang selagi tidak melebihi batas.

" Can you move a little bit, this road is not your father road that you can do anything!" Tegas seorang lelaki dibelakang kami yang membuatkan pergerakan kami terhenti dan kami berganjak ke tepi sedikit. Sabar Arissa sabar, apa dia cakap betul. Jalan ni bukan bapak kau punya.

Setelah beberapa minit berjalan, terdapat satu kedai yang menarik perhatianku kesana. Aku mengajak Adriana untuk menuju ke kedai itu. Kedai tersebut bernama Baskin-Robbins, iaitu ais krim yang terkenal disitu. Aku sejujurnya tidak menyukai manis tetapi aku meminati ais krim tersebut. Terdapat pelbagai perisa yang enak-enak disitu sehinggakan rambang mataku kerana tidak tahu mahu memilih yang mana satu.

Akhirnya aku memutuskan untuk membeli air krim berperisa strawberi kerana tidak terlalu manis tetapi masam manakala Adriana memilih ais krim berperisa coklat. Yes aku sukakan makanan yang masam. Terutamanya strawberi dengan asam. Aku berasa gembira kerana dapat membeli ais krim itu. Aku memberikan uang kepada Adriana untuk membayar manakala aku pula tunggu diluar sahaja.

Ketika sedang enak menikmati ais krim sambil berjalan... PANG! Malang sungguh nasib. Aku terlanggar seorang lelaki dihadapanku yang berbadan tegap seperti mafia. Aku berasa sedih bukan kerana terlanggarnya, tetapi kerana aku janya mampu melihat ais krimku yang jatuh ke lantai itu dengab keadaan slowmotion. Aku berasa seperti bukan ais krim yang jatuh tetapi hatiku terjatuh sekali. Uhuu!

Aku mengangkat sedikit kepalaku untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang sudah membuatkan ais krim ku jatuh. Setelah melihat wajah lelaki itu, aku seperti terkena serangan jantung. Wush hensem betul! Bisikku didalam hati. Eh sekejap, jangan terpedaya Arissa itu hanya wajahnya bukan perangainya. Tetepi lelaki itu nampak singguh segak apatah lagi ketika mengenakan baju kot berserta jam dan tidak lupa rambutnya yang kemas dan rapi itu. Jatuh iman aku beb..

Tapi boleh tahan seram jugaklah kalau tentang mata dengan dia. Ianya membuatkan aku tidak mahu menatapnya langsung kerana ketajaman matanya yang sedang melihatku itu amat mengerikan. Aku hanya mampu tawakkal supaya dia baik dan dapat memaafkan aku. 'What have you done, Arissa'. Amarah terhadap diriku sendiri kerana berjalan tidak melihat depan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR.RAYYAN ESHALWhere stories live. Discover now