PERMULAAN

1.1K 7 2
                                    

Suasana rumah riuh dengan gelak ketawa sanak saudara yang datang berkunjung ke majlis pernikahan abang sulung Khayrin iaitu Haqeem dengan perempuan pilihan hatinya.

Watak utama:

Khayrin Enroy,

22 tahun,

pelajar tahun ke-dua dalam bidang perguruan.

Watak sampingan:

Haqeem Imran

36 tahun,

Engineer kelas 1

Nak dijadikan cerita, suasana yang hingar bingar dengan gelak ketawa dan bunyi musik cukup untuk mengurangkan tekanan Khay yang sedang bergelut dengan tugasan yang sedang dijalankan.

"Weh, kenapa muka cemberut je?" Soal Iqbal.

Memperkenalkan,

Iqbal Rash

40 tahun,

Pengusaha cendawan, a.k.a abang sulung kepada Khayrin.

"Tak ada apa-apalah along." Jawab Khayrin.

"Kalau macam itu, boleh tolong along tak?"

"Tolong apa long?"

"Tolong along jemput tetamu along tu bawa dia pergi makan." Pinta Iqbal sambil menunjuk kearah seseorang.

"Kenapa tak along saja yang jemput, kan dia kawan along?" Soal Khay kembali.

"Along kena jaga baby sebab kak long kau tengah sibuk kat dapur." Terang Iqbal.

"Hmmm...baiklah." Balas Khayrin sambil melangkah menuju ke susuk tubuh yang dikatakan oleh abangnya.

Sambil menyandar dibonet keretanya, Luqman menjinjit bungkusan hadiah untuk mengantin baru yang sedang diraikan.

TINGGG!

Kedengaran deringan dari telefon pintar Iphone 11 yang dipegangnya, lantas diamati nama pengirim.

Iqbal: Bro, maaf aku tak dapat nak layan kau. Bini aku tengah sibuk didapur so aku kena jaga baby kita orang. Nanti adik aku yang akan jemput kau masuk.

Oh. Tak apa bro, take your time. : Luqman

"Encik Luqman?"

Matanya terus mencari siempunya suara yang menyeru namanya. Kelihatan comel dan kecil sedikit dari dirinya seorang insan sedang berdiri dihadapannya. Mengenakan baju melayu berwarna coklat cukup untuk menyerlahkan ketampanannya.

"Iya saya." Balas Luqman.

"Abang long suruh saya jempur encik masuk. Silakan." Perlawa Khayrin kepada Luqman.

"Alright, thank you." Ucap Luqman sambil berjalan membuntuti Khayrin.

"Encik nak bagi hadiah kat abang ngah dulu ke?" Soal Khayrin sebelum meneruskan langkahnya.

"Boleh juga." Jawab Luqman.

"Okay, ikut saya." Kata Khayrin sambil menuju kearas pelamin.

Usai memberi hadiah dan bergambar dengan pasangan mempelai, Khayrin membawa Luqman kemeja makanan untuk menjamu selera.

"Encik baik-baik saja kan?" Soal Khayrin.

"Saya baik-baik saja. Tak payah berencik-encik dengan saya, panggil saja Luqman. Saya ni sebaya dengan along awak." Terang Luqman panjang lebar.

"Baiklah, kalau macam itu saya panggil abang Luq jelah." Ujar Khayrin sambil menghulurkan piring dan dulu kedapa Luqman.

"Itu pun boleh. Awak Khayrin betul?" Soal Luqman.

"Iya." Jawab Khayrin.

Usai berkenalan, mereka duduk dimeja yang dikhaskan untuk keluarga pengantin. Memandangkan meja itu kosong, Khay mengambil keputusan untuk duduk disitu.


Bersambung...

BERUANG SAIZ KEGEMARAN KUWhere stories live. Discover now