Setelah hampir dua jam duduk dan bercerita, Iqbal dan Luqman akhirnya menyudahi kata-kata dengan berjalan memasuki rumah. Hanya mereka saja yang masih berlegar didalam rumah. Kesemua tetamu dan tuan rumah sudah lena diulik mimpi.
"Ini bilik adik aku, kau masuklah. Adik aku sudah sediakan tuala dan tilam untuk kau." Terang Iqbal.
"Terima kasih banyak-banyak bro, menyusahkan kau dan adik kau saja." Ucap Luqman dengan penuh rasa bersalah.
"Eh tak apalah. Aku nak masuk tidur dulu." Ujar Iqbal.
"Baiklah bro." Balas Luqman.
Tombol pintu dipulas seraya menguakkan daun pintu yang terukir cantik itu sehingga bilik itu sebahagiannya diterangi oleh cahaya. Kelihatan tubuh gempal sedang tidur pulas melintang diatas tilam.
Perlahan-lahan pintu ditutup rapat agar tidak mengejutkan Khayrin yang sedang tidur. Terus melangkah menuju ke kamar mandi untuk membersihkan tubuhnya sebelum mengenakan pakaian yang dibawa kerana sudah sedia maklum bahawa dirinya akan menginap disana pada malan itu.
Berjalan mendekati tilam yang terbentang diatas lantai dan terdapat bantal dan selimut berlipat disediakan. Punggungnya dihenyakkan diatas tilam yang empuk walaupun sederhana tebal sambil kakinya disilangkan.
DUSH!
Mengaduh Luqman apabila belakangnya seakan disepak. Berpaling kebelakang lalu mendapati Khayrin kini sudah mendarat diatas tilam yang akan dia gunakan untuk tidur.
Dengan kudrat yang tersisa, Luqman menggendong tubuh Khayrin yang gempal lalu diletakkan semula diatas katilnya. Seketika dia mengamati wajah polos milik Khayrin.
'Nasib baik kamu ini comel, kalau tidak mungkin aku dah terajang kau tadi sebab sepak belakang aku.' Desis hati Luqman.
Kemudian melangkah menuju ke tilam yang disediakan untuk melepaskan lelahnya. Tangannya diderpakan sambil kakinya dikangkang untuk memberi keselesaan maksima kepada semua otot tubuhnya.
Sinaran cahaya dari tingkap memberi pencahayaan yang cukup agar bilik itu tidak terlalu gelap. Selimut yang tadi hanya menutupi separuh daripada tubuh Luqman, kini dinaikkan ke paras dada. Suhu penghawa dingin yang dipasang pada suhu sederhana cukup untuk menyejukkan tubuhnya.
Bersambung,
YOU ARE READING
BERUANG SAIZ KEGEMARAN KU
FantasyMengisahkan tentang seorang remaja yang baru sahaja mengorak langkah untuk menceburi dunia yang penuh dengan ketagihan. Berjumpa dan berpisah merupakan lumrah kehidupan yang setiap individu harus lalui. Khayrin turut melalui detik yang sama. Dari se...