Bab 1| Musuh sejati

50 0 0
                                    

SUASANA di dalam kelas itu agak hiruk-pikuk kerana waktu itu masa rehat bagi mereka. Waktu untuk menambah semula tenaga sebelum kembali belajar.

Dahnia yang ketika itu kembali ke tempat duduk setelah selesai melantak banyak makanan di kantin, mula membuka buku subjek seterusnya iaitu subjek Biologi.

Matanya dialihkan ke arah seorang lelaki yang duduk tidak jauh dari mejanya. Lelaki itu seperti biasa, perangainya kalah orang perempuan yang datang bulan. Bukan main berkerut wajah itu.

"Ish, peninglah!" gumamnya dengan geram tatkala masih keliru dengan struktur jantung yang baru dipelajarinya semalam. Dia mengusutkan rambut lalu memuncungkan bibirnya.

Dahnia ketawa geli hati. Bukan ketawa yang hanya dia yang dapat dengar tetapi ketawa yang didengari oleh hampir seluruh kelas di blok itu.

Adiel mengalihkan matanya daripada memandang buku rujukannya. Dia memandang ke arah Dahnia dengan jengkel. Adiel mengepal tangannya lalu mengetuk meja dengan kuat.

Mereka yang berada di dalam kelas itu hanya menghiraukan perkara yang berlaku kerana perkara itu selalu terjadi.

"Diamlah, perempuan!" jerit Adiel, jengkel dengan bunyi ketawa mengekek milik Dahnia. Dahnia terdiam.

"Tak nak!" jawabnya lalu ketawa lagi. Dahnia pegang perut yang terasa senak, penat ketawa dari tadi.

"Kau diamlah sebelum aku baling kasut saiz 39 aku ni!" ugut Adiel sambil mengangkat kakinya ke arah Dahnia untuk menunjukkan kasutnya.

Dahnia tidak rasa terancam malah dia hanya menjelirkan lidah.

Disebabkan sudah profesional dalam bidang itu, mereka bergaduh mulut tanpa berganjak sedikitpun daripada tempat duduk mereka.

Semua pelajar kelas itu berpusu-pusu masuk ke dalam kelas apabila melihat guru subjek seterusnya sedang mendaki tangga. Disebabkan kelas mereka berada paling dekat dengan tangga utama, mereka dapat lihat dengan mudah guru atau pelajar yang menggunakan tangga itu.

Adiel dan Dahnia masih berlawan mata. Adiel yang masih tidak puas hati itu memandang Dahnia atas bawah dengan mulut yang terkumat-kamit memaki Dahnia. Dahnia dengan wajah tidak bersalah itu hanya menyilangkan tangan di dada.

Dahnia berdiri, memberi salam setelah guru Biologi masuk ke dalam kelas. Pelajar lain ikut berdiri untuk memberi salam setelah Dahnia yang merupakan ketua kelas bersuara.

Disebabkan lelaki di dalam kelas itu semuanya memiliki jawatan dalam sekolah, Dahnialah yang diberikan tanggungjawab untuk menjadi ketua kelas.

"Okey! Hari ni kita ulang balik tajuk semalam. Mana tahu ada yang masih tak faham atau cikgu ajar terlalu cepat ke. Baik, sila buka buku teks kamu." Arah guru Biologi setelah menjawab salam.

Mereka mengeluarkan buku teks lalu membuka muka surat yang diarahkan oleh guru mereka. Struktur jantung.

"Yes!" sorak Adiel membuatkan guru mereka tersenyum. Mereka di dalam kelas itu sudah sedia maklum bahawa lelaki itu menyukai hampir kesemua subjek lebih-lebih lagi Biologi. Hanya dia yang mendapat markah paling tinggi.

"Palsunya..." sebut Dahnia tiba-tiba. Adiel memandang ke arah Dahnia tatkala mendengar perkataan itu.

"Kau apahal?" marah Adiel.

"Apahal kau? Aku cakap sorang-sorang. Ni gambar ni." Dahnia menunjukkan buku teks ke arah Adiel. Gambar jantung yang dilukis. Adiel merenung gadis itu dengan tajam.

"Hello? Sudahlah tu," tegur guru mereka dengan nada lembut. Dia tidak tahu hendak beri reaksi bagaimana.

Guru Biologi merekalah yang paling baik daripada yang baik. Perwatakan seperti ibu yang penyayang itu, membuatkan mereka sekelas menyukai guru mereka itu. Sementara guru lain berperwatakan seperti ibu yang tegas dan seumpamanya mengikut suasana hati mereka. Tetapi mereka tetap menyayangi semua guru mereka dengan cara tersendiri.

Tiga Kata | COMPLETE Where stories live. Discover now