Bab 4| Aku dah gila!

17 1 0
                                    

GURU bahasa Melayu memerhati suasana kelas yang berubah 360 darjah daripada kebiasaannya. Dia menoleh ke arah Dahnia yang menungkat dagu dengan mata memandang kosong buku di hadapan gadis itu lalu ke arah Adiel yang menumpukan perhatian pada kerja yang diberinya.

"Kenapa kelas kita hari ni muram ditambah sepi, ye?" tanya guru bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya. Mereka semua memandang ke arah guru mereka.

Mereka hanya berikan senyum segaris kepada guru mereka.

Wanita itu memandang ke arah Dahnia yang hanya diam tidak seperti selalu.

"Dahnia, kamu okey tak?" soalnya prihatin. Dahnia angkat wajah memandang gurunya itu. Dengan wajah lesu dia tersenyum kecil.

"Sakit perut sikit, cikgu." Balasnya dengan wajah yang dikerutkan sedikit.

"Lah, iya ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Dah kamu pergi ke bilik guru. Cari guru bertugas. Beritahu dia yang kamu tak sihat. Nanti dia beri kamu rehat." Arah wanita itu lalu menggesa Dahnia untuk ke bilik guru kerana gadis itu menolak. Dia turut menyuruh Shahira untuk membantu gadis itu.

"Kamu okey, Adiel?" tanyanya kepada Adiel selepas Dahnia keluar dari kelas. Adiel memandang gurunya.

"Okey je." Jawabnya lalu berikan senyuman ceria.

"Dia orang bergaduh, cikgu. Perang dingin," beritahu Darwis. Irwan menganggukkan kepala menyokong perkataan kawannya itu.

"Patutlah." Wanita itu ketawa, geli hati. 'Patutlah si Dahnia sakit. Rupanya tak boleh kacau Adiel!' getus hatinya.

Adiel hanya menghiraukan mereka. Dia menyambung menulis karangan yang diberikan oleh gurunya itu.

TIGA hari berlalu. 'Perang dingin' mereka masih berlangsung seperti tiada penamatnya.

Rakan-rakan sekelas yang lain yang tidak mengetahui punca sebenar mereka tidak bertegur hanya menjadi janggal dalam suasana yang sejuk itu.

Sudah pelbagai cara mereka lakukan untuk mereka berdua berbaik semula tetapi semuanya tidak berhasil. Lebih-lebih lagi apabila Dahnia asyik melarikan diri daripada bertemu dengan Adiel.

Dan ini rancangan  terakhir yang mereka boleh fikirkan.

Irwan yang berada di muka pintu memberi isyarat mata kepada Humairah yang sedang berbual dengan Shahira. Humairah yang perasan itu mengangguk faham.

Irwan menarik nafas dalam.

"Weh! Weh! Weh! Aku jumpa mamat handsome dalam tandas tadi!" jeritnya teruja sewaktu berlari masuk ke dalam kelas. Aimin yang juga diberi peran oleh Irwan melakukan tugasnya.

Adiel terkejut. Hampir saja dia mencarut pada Irwan yang teruja itu.

Dahnia hanya memandang sekilas sebelum kembali termenung jauh. Tidak berminat.

"O.M.G! Seriuslah!" teriaknya teruja. Irwan terdiam seketika dengan lakonan Aimin yang nampak terlalu kaku itu. Dia kemudian ketawa kuat untuk menghilangkan rasa janggal.

"Iya! Kau orang tak percaya ke?" tanya Irwan dengan senyuman lebar.

"Ha'ah, dalam sekolah ni, siapa je yang handsome?" soal Sara yang turut menyokong rancangan mereka. Pendek kata seluruh kelas diajak untuk berlakon kecuali Adiel dan Dahnia yang tidak tahu apa-apa itu.

"Kau orang nak tahu siapa?" Dia masih menguatkan suaranya. Joey yang berada di hadapannya itu menutup kedua-dua belah telinga dengan tapak tangan. Bingit telinganya!

"Siapa?" tanya Darwis yang sudah bosan itu.

"Aku!" jerit Irwan dengan rasa bangga.

Humairah lantas berdiri lalu menghentam mejanya dengan kuat. Wajahnya mempamerkan riak menakutkan. Tangannya yang terasa pedih, dia sorokkan di belakang badan. Shahira yang perasan menggosok tapak tangan Humairah dalam diam.

Tiga Kata | COMPLETE Where stories live. Discover now