Terima Kasih Pada NYA

0 0 0
                                    

Jika diberi bekalan hayat hingga beribu tahun,
Tiada guna jika tidak mengenali antara satu sama lain,
Jika diberi pilihan hidup atau mati,
Maka tidak perlulah pilihan kedua itu,
Kerana yang buta sentiasa memilih yang indah semata - mata,
Lain pula bagi mereka yang memegang cahaya kesucian,
Yang sentiasa disuluh pada mereka,
Tika malam yang gelap agar menerangi jalan yang pekat hitamnya,
Agar mereka dapat melihat yang mana kaca dan yang mana berlian.

Adakah kita binatang yang dicipta oleh tuhan?
Sehingga tidak menggunakan akal ketika membuat keputusan.
Adakah kita tidak sempurna?
Bukankah telah dinyatakan bahawa kita adalah ciptaan yang paling sempurna?
Maka apa alasan bagi kita untuk mempertikaikan segala hak dan batil di sempadan hidup?

Jawapannya tidak jauh dari kita yang melihat akan kesempurnaan diri kita,
Untuk mengenali diri hakiki,
Perlu mengenal pencipta yang tiada awal dan akhir,
Setelah itu perlu dicuci bersih hati dan jiwa dengan ilmu dan pengetahuan yang benar,
Maka dengan itu terserlah pancaran yang Satu,
Menuju jalan Yang Satu
Dan pulang kepada Yang Satu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terima Kasih pada-NyaWhere stories live. Discover now