Tamat waktu kerja Dara tak sabar mahu pulang ke rumah. Tengah tunggu Grab tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya. Berkerut dahi Dara melihat kereta Audi berwarna hitam yang dia tak tahu kepunyaan siapa.
Selama dua minggu dia bekerja di sini memang dia tak pernah nampak lagi. Nak kata mahu menjemput pelanggan, semua sudah pulang ketika ini. Staf yang lain pun sudah pulang dengan kenderaan sendiri. Cuma dia saja yang tak ada kenderaan dan mengharapkan bantuan dari Erica datang menjemputnya pulang.
Bulat mata Dara apabila melihat Zhidan yang keluar dari perut kereta. Tersenyum sinis Zhidan melihat wajah berkerut Dara. Atas bawah dirinya diperhatikan Zhidan. Dara jeling Zhidan dengan rasa meluat.
Baru saja beberapa hari yang lepas Zhidan buat hal di dalam kelab. Takkan sekarang nak datang buat hal lagi. Mata meliar melihat keadaan sekeliling mencari seseorang yang boleh dia minta pertolongan. Tiada sesiapa yang Dara lihat di situ. Mungkin Jason dan kuncu-kuncunya masih berada di dalam kelab lagi.
“Jom aku hantarkan kau balik.” Zhidan bersuara selepas diam seketika.
“Terima kasih sebab sudi nak hantar saya. Tapi maaf, saya tak berminat sebab saya dah tempah Grab.” Dara jeling Zhidan sekilas sambil mata meliar memerhatikan kenderaan yang lalu di depan kelab. Jam di pergelangan tangan dilihat lagi. Waktu ketika itu sudah pun pukul 2.15 minit pagi.
“Apasal kau ni sombong sangat dengan aku hah? Kalau perempuan lain tak payah nak cerita banyak terus naik kalau aku ajak tahu tak!”
Tegang muka Zhidan, Dara lihat apabila pelawaannya dia tolak mentah-mentah tadi.
“Jangan nak samakan saya dengan perempuan yang pernah tuan jumpa.” Laju saja mulut Dara membidas kata-kata Zhidan tanpa berfikir lama. Agaknya sebab itulah Zhidan boleh buat perangai miangnya pertama kali jumpa dengan dia kalau Zhidan selalu samakan dia macam orang lain.
“Mestilah aku samakan kalau dah kau kerja tempat macam ni.” Sindir Zhidan sambil gelak sinis.
Bagai ditampar pipi Dara berulang-kali dengan Zhidan. Pijar rasa seluruh muka. Dara pejamkan mata menahan sabar mendengar kata-kata Zhidan. Sebab tak tahu nak cari kerja di mana selepas dihalau Pak Cik Abdullah lah dia boleh ada di sini. Ingat dia suka ke?
Setiap malam mata dia disajikan perbuatan maksiat manusia. Dengan perangai miang lelaki yang sentiasa mengambil peluang. Ingat dia nak ke? Apa pilihan yang dia ada sekarang? Kehidupan perlu juga diteruskan walaupun se perit mana. Bekerja di tempat maksiat kalau tak buat pun masih juga orang akan fikir melakukan maksiat.
“Tak tahu jangan nak menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tak sekeji seperti yang tuan fikirkan.” Turun naik dada Dara menahan rasa marah yang membuak-buak.
“Kalau kau tak sekeji macam yang aku fikirkan bukti pada aku sekarang! Aku nak lihat sejauh mana sisi baik macam yang kau cakapkan.” Provoke Zhidan sambil menjongketkan kening berkali-kali. Wajah Dara dilihatnya lama menagih jawapan.
Dara ketap bibir menahan rasa geram. Ada saja akal Zhidan nak menaikkan darah dia. Meluat betul dia melihatnya. Tak bolehlah nak bagi hidup dia aman sekejap. Dara tolehkan wajah ke arah lain dari melihatnya. Malas Dara nak melayan soal jawab Zhidan yang entah apa-apa itu.
“Apasal kau senyap? Orang kalau buat jahat dia takkan mengaku buat jahat. Jadi memang dah teranglah yang kau ni sama macam perempuan yang selalu aku usung ke kelab. Biar jadi macam mereka tak ada hipokrit. Bukannya macam kau acah-acah baik tapi lagi teruk dari perempuan tu semua.”
Semakin berapi kata-kata Zhidan hinggakan rasa marah Dara padanya semakin berganda-ganda. Setiap ayat yang keluar dari dua ulas bibir Zhidan semuanya menyakitkan hati.
“Jangan nak pusing cerita boleh tak! Saya tak berminat nak dengar semua tu.” Suara Dara naik setakuk bila Zhidan sengaja mencabar dia dengan kata-katanya itu.
“Ikut aku balik sekarang. Aku ada hal penting nak bincang dengan kau.” Kalau kau tak nak ikut aku memang sampai bila-bila aku akan terus ganggu kau.” Kening dijongketkan Zhidan berkali-kali untuk melihat reaksi Dara.
“Baik malam ni saya ikut tuan balik. Lepas ni tuan jangan ganggu hidup saya lagi.” Tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan laju saja Dara menapak ke arah kereta Zhidan.
Pintu kereta bahagian penumpang Dara buka dan jatuhkan duduk. Malam ini Dara mahu buktikan pada Zhidan yang dia bukan seperti apa yang Zhidan fikirkan. Apa yang Zhidan mahu buat padanya, Dara tak nak fikirkan lagi. Dara tahu manusia seperti Zhidan takkan pernah berhenti menganggu selagi dia tak dapat apa yang dia mahukan.
Pedal kereta ditekan Zhidan perlahan menuju ke arah jalan besar. Zhidan hanya fokus pada pemanduan tanpa menoleh ke arah Dara. Dara hanya melihat sekitar jalan raya yang sudah sunyi ketika itu. Sesekali ada kenderaan lain yang memintas kereta yang dipandu Zhidan.
Beberapa minit memandu, Zhidan mula menukar haluan ke arah lain. Berkerut muka Dara melihat laluan jalan raya yang dilalui Zhidan. Laluan tersebut bukannya menuju ke arah rumah dia. Badan sudah mula menggigil melihat perlakuannya.
“Tuan, rasanya tuan dah salah jalan ni. Ini bukan jalan nak pergi rumah saya.” Turun naik dada Dara dihempas debaran, takut dirinya diapa-apakan oleh Zhidan.
“Memang pun.” Selamba saja Zhidan menjawab kata-kata Dara tanpa perasaan bersalah.
Sakit hati Dara mendengar bicara selamba Zhidan. Rasa nak hantuk kepalanya pada cermin kereta biar boleh berfikir sekejap.
“Tuan jangan nak main-main boleh tak! Saya penat nak balik rumah. Nak berehat.” Tajam mata Dara melihat wajah Zhidan. Rasa nak cekik pun ada dirinya sekarang.
“Sekejap lagi aku hantarlah. Aku belum puas bawak kau jalan-jalan naik kereta aku.”
Ternganga mulut Dara mendengar kata-kata Zhidan. Ingat dia ada masa agaknya nak layan permintaan mengarut Zhidan sekarang. Turun naik dada Dara menahan rasa bengang.
Dara senyap semula. Pandangan mata dilontarkan pada sisi cermin. Tiba-tiba Dara terasa ada sentuhan pada tangannya. Segera Dara menoleh ke sisi. Tangannya diraih Zhidan lalu dibawa ke bibir dan dikucup perlahan. Terbeliak mata Dara melihat aksi selamba badak Zhidan.
“What are you trying to do with me sir?” Dara bersuara dicelah gigi tanda geram teramat sangat. Tangan yang dipegang Zhidan, dia rentap dengan kasar.
“Takkan kau tak biasa kut buat semua ni. Jangan nak naif sangat dengan aku boleh tak!” Zhidan tergelak-gelak sambil kenyitkan mata.
Semakin berganda rasa marah Dara dengan kata-kata berapi Zhidan. Langsung tak fikir perasaan dia sesuka hati Zhidan saja nak cakap apa.
Kata-kata Zhidan hanya Dara biarkan. Kalau dia jawab nanti, dia yang sakit hati. Manusia seperti Zhidan memang takkan pernah mengalah dengan orang lain. Baru 2 kali bertemu dengannya dia sudah boleh tahu perangainya macam mana.
Tak lama kemudian, kereta yang dipandu Zhidan masuk ke kawasan kondominum mewah. Meliar mata Dara melihat keadaan sekeliling. Dada mula dihempas ganas tiba-tiba. Bila Dara toleh ke sisi Zhidan sudah melebarkan senyuman.
“Apasal tak puas hati dengan aku?” Zhidan gelak sinis sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Suka pula dia melihat wajah berkerut Dara ketika ini.
“Kenapa tuan bawak saya ke sini? Tadi tuan kata nak hantar saya balik kan?” Menderu-deru nafas Dara menahan rasa geram. Suka sangat mamat ni buat dia marah.
“Kau dah lupa? Tadi kau juga yang cakap nak buktikan pada aku kononnya kau perempuan suci. Sekarang inilah tempatnya kalau kau nak buktikan.” Penuh yakin Zhidan berkata tanpa perasaan bersalah.
Dara cebikkan bibir tanda meluat dengan kata-kata Zhidan. Apa ke halnya nak bukti dia suci lagi kalau dia pun rela ikut Zhidan sampai ke sini. Tadi Dara fikir bila ikut dia naik kereta mestilah Zhidan akan berubah fikiran. Langsung tak terfikir yang Zhidan nak bawa dia ke rumahnya. Kalau dah dasar miang memang itulah yang ada dalam fikiran Zhidan sampai bila-bila. Memang hangat hati bila fikirkan perangai Zhidan.
“Hantar saya balik sekarang. Saya belum teringin nak tidur dengan tuan lagi!” Tegas Dara tanpa perlu berfikir lama.
“Dah sampai sini pun kau masih lagi nak berlagak suci? Tak guna pun kalau kau nak keras kepala dengan aku. Layan aku malam ni nanti aku boleh bagi kau lebih. Lebih dari gaji yang kau dapat. Get out now jangan buang masa aku lagi.” Enjin kereta dimatikan Zhidan serta merta. Pintu kereta dibukanya untuk beredar dari situ.
Ternganga mulut Dara mendengar arahan Zhidan. Sekarang ni siapa yang buang masa? Dia atau Zhidan? Perlukah agaknya dia ikut Zhidan sekarang? Tapi selagi dia tak ikut memang Zhidan takkan berhenti menganggu dia. Mungkin dia kena bincang dari hati ke hati dengan Zhidan nanti.
Itu saja yang dia mampu fikirkan ketika ini. Nak melawan dia tiada daya. Dengan duit langsunglah tak boleh. Jadi dengan cara bercakap baik-baik saja yang Dara nampak boleh menyelesaikan masalah yang dialami. Dalam terpaksa dia melangkah keluar dari perut kereta. Langkah Zhidan, dia ikuti dari belakang.
Sampai depan rumahnya, Zhidan masukkan kata laluan pada papan LED di tepi pintu. Tak lama kemudian pintu utama terbuka sepenuhnya. Zhidan aturkan langkahnya masuk ke dalam. Kasut yang tersarung pada kakinya ditanggalkan.
Pintu rumah yang sudah terbuka di depan mata Dara lihat lama. Jantung mula berdegup laju bagaikan dipalu. Badan sudah menggigil menahan rasa gelisah. Hanya tinggal beberapa langkah saja dia bakal memusnahkan masa depan dia sendiri.
Sedang Dara memikirkan hala tuju hidupnya, tangan dia tiba-tiba ditarik Zhidan. Terkejut Dara dengan aksinya. Langsung tak menyabar mamat ni!
“Tak payah nak fikir banyak kali kalau kau dah sampai depan rumah aku. Aku tahu kau pun suka.”
Entah kenapa Dara langsung tak melawan dan hanya mengikut langkah Zhidan. Sampai ke arah sofa tubuhnya ditolak Zhidan perlahan. Badan dia sandarkan pada sofa dengan mata merenung Zhidan.
Bila Zhidan jatuhkan duduk di sisinya perasaan mula dihempas debaran yang maha hebat. Tak lama kemudian Zhidan buka pula beberapa butang kemejanya dengan mata masih dihalakan pada Dara tak berkedip.
Kemeja yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan hingga menyerlah tubuh dia yang tegap.
Belum lagi Dara bersuara Zhidan dah mulakan aksi miangnya. Nampak sangat Zhidan seorang yang lapar dengan perempuan.
Berbual dengan Zhidan hanya tubuh saja yang membuatkan dia berminat rasanya. Kalau bercakap menggunakan kata-kata memang dia takkan faham. Beberapa keping not ungu Zhidan keluarkan dari beg dompet lalu diletak atas pahanya. Pahanya itu ditepuk beberapa kali.
“Sini.” Tangan dihulurkan Zhidan pada Dara agar datang padanya.
Tangan yang dihulurkan Zhidan tak bersambut. Mata Dara hanya terpaku pada kepingan not ungu di atas pahanya saja. Perasaan mula dihambat resah gelisah. Air liur ditelan berkali-kali. Melihat Dara hanya terdiam kaku terus Zhidan tarik tangannya dengan kuat.
Serta merta tubuh Dara terus beralih di atas pahanya. Tubuh Dara dipeluk Zhidan dari belakang. Selepas itu Zhidan sangkutkan dagunya pada bahu Dara. Leher Dara yang terdedah itu dikucup Zhidan berkali-kali. Bau haruman yang dipakai Dara membangkitkan satu rasa di hati Zhidan ketika ini.
Menggigil tubuh Dara bila diperlakukan Zhidan seperti itu. Tangan yang membelit pinggangnya cuba dileraikan. Cengkaman tangan Zhidan yang kuat tidak mampu Dara leraikan. Dara senyap semula dan membiarkan Zhidan meneruskan aksinya lagi.
Kini tangan Zhidan beralih pula pada skirt yang dia pakai. Tangannya mula meliar di situ. Diusap-usapnya paha putih Dara hingga dia rasa tak keruan. Ketika itu Dara tak tunggu lama dan terus berdiri tegak.
Tubuh Zhidan, dia tolak kasar hingga terjatuh ke atas sofa. Capai beg tangan terus Dara atur langkah. Baru saja nak menapak, tangannya ditarik Zhidan dan membuatkan dia terduduk semula.
“Hei! Nak pergi mana? Aku belum mulakan lagi. Itu hanya separuh duit bayaran aku tunjukkan. Kalau services kau bagus aku bagi extra lagi.” Zhidan masih lagi cuba berkompromi dengan Dara. Rugilah dia kalau menyerah dari awal. Dahlah Dara gadis yang sukar ditakluki sejak dari dia kenal.
Tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan Dara tayang senyum manis pada Zhidan untuk beberapa saat. Genggam tangan dengan erat terus dia hayunkan pada muka Zhidan sekuat hati.
Bukk!! Tiga kali Dara tumbuk Zhidan di bahagian muka dan dada sebelum berlari ke arah pintu utama.
“Tak guna kau betina!” Pekik Zhidan sebelum Dara menghilang di sebalik pintu.
Puas hati Dara dapat kenakan Zhidan. Mesti lepas ni Zhidan tak berani ganggu dia lagi.berminat: www.wasap
my/60132243553
YOU ARE READING
Tidak aku pinta begini
RomanceNama aku Dara Nurissa binti Abdullah. Nama dia pula Hanan Khaleeda binti Abdullah. Walaupun nama ayah kami sama tapi ada bezanya. Aku hanya anak angkat yang dilahirkan sebagai seorang anak yang tidak sah taraf. Ditinggalkan ibu sendiri ketika kecil...