Dia berjalan kearah depan kapal sambil melihat anak-anak buahnya berkerja.Dia menarik nafas panjang sudah beberapa hari kakinya tidak menjejak tanah.
"Arjuna!!".panggilnya.
"Ada apa Tuah??".Arjuna berdiri di belakang Tuah.
"Berapa lama kita akan sampai ke kerajaan Bulan Purnama??".soalnya.
"Tidak lama lagi..aku mengagakkan petang nanti..kita sampai".kata Arjuna.
"Humm..tak sabar aku nak pijak tanah semula..".kata Tuah sambil menyilangkan tangannya ke belakang badan.
Seperti yang dikatakan oleh Arjuna,mereka tiba ke kerajaan Bulan Purnama.Kehadiran mereka di sambut baik oleh orang kampung.Setelah kapal yang dinaikki berlabuh mereka pun turun dari kapal.
"Selamat datang ke kerajaan Bulan Purnama,Laksamana Tuah Andika..".sambut seorang lelaki yang berjanggut putih.
"Terima kasih,Bendahara sudah menyambut kedatangan kami semua..".balas Tuah.
"Ini kami ada sedikit buah tangan dari kerajaan Inderakayangan..".Tuah menunjukkan kearah kotak-kotak yang di bawa turun.
"Ouh..terima kasih..kami terima dengan hati yang terbuka..".katanya.
"Marilah kita ke istana..Tuanku sudah menunggu tuan-tuan semua..".pelawanya.
Semasa berjalan melintas beberapa orang wanita,Tuah terdengar sedikit perbualan mereka.
"Wah!!segaknya tuan ini..hehehe".
"Kalau aku masih anak dara sudah pasti aku akan memikatnya..".kata seorang wanita yang sudah lanjut usianya.
Tuah yang mendengar pun ketawa sedikit,lucu akan kata-kata mereka semua.Untung saja dia belum punya isteri kalau tidak mahu di kejarnya wanita-wanita ini.
Di hujung kampung,
Seorang wanita muda sedang berlari anak menuju kearah sebuah rumah yang sedikit usang.
"Teja!!".
"Teja!!".dia mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.
"Iya..aku datang ni..jangan diketuk pintu itu dengan kuat..nanti roboh dibuatnya..".kata Teja membuka pintu.
"Ada apa Kenanga?sampai macam tu sekali kau ketuk pintu rumah aku..".soal Teja.
"Sini la duduk dulu..".kata Kenanga yang duduk di tangga.
"Kenapa ni??".Teja turut duduk.
"Tadikan ada rombongan datang kesini..".katanya.
"Jadi??".soalnya.
"Jadi orang yang datang bawa rombongan tu segak-segak belaka..".kata Kenanga teruja.
"Jadi kau nak aku buat apa??".soal Teja.
"Esok kau ikut la Nek Embun ke istana..mereka ada di sana..".kata Kenanga.
"Tak mahu la..nanti Nek Embun marah..".kata Teja.
"Tak akan punya Nek Embun nak marah kau..nanti nenek mesti ajak kau kesana juga..".
"Sebab??".
"Sebabnya kau dengan nenek je yang masak sedap dekat sini..lagi pun nenek mesti perlukan pembantu untuk tolong dia kan..".kata Kenanga.
"Kalau nenek ajak kau esok..kau cuba la tengok orang-orang rombongan tu..mesti kau akan cair..".kata Kengan sambil senyum.
"Ehh!melebih pula kau ni..ingat sikit kau tu dah jadi tunang orang..".tegur Teja.
"Alah kau ni..potong la..".kata Kenanga.
"Hehehe.." ketawa Teja.
"Sudah la..aku mau pulang hari sudah nak senja ni..".kata Kenanga.
YOU ARE READING
Teja & Tuah
Fantasy"Kalau engkau berani sentuh walaupun sehelai rambut dia..aku akan pastikan ketanah juga engkau akan melutut"-Tuah Andika "Aku mesti pisahkan Teja dari Tuah walau terpaksa membunuh saudaraku sekali pun.."-Arjuna "walauapapun yang terjadi,Teja akan te...