Bab 3

4 0 0
                                    

"Semangat Teja..kau boleh buat..".kata Kenanga

"Aku takut la..".

"Tak apa..Nek Embun pun ada dekat sini..".kata Nek Embun.

Setelah itu para penari pun memasuki dewan utama.Alunan muzik didendangkan dan mereka mula menari dengan lemah gemalai diketuai oleh Teja.

"Tuah..kau tengok tu..".tunjuk Arjuna kearah Teja.

Tuah tidak berkata apa-apa selain memandang kearah Teja.Teja tersenyum apabila melihat wajah Tuah.

Apabila masuk ke akhir tarian Teja melempar perlahan bunga-bunga melur dan mengenai Tuah yang sedang duduk memandang kearahnya.Tuah tersenyum sedikit.
Raja dan pembesar-pembesar yang lain memandang kearah Tuah dan memahami maksud di sebalik tarian itu.

"Nenek!!".panggil Kenanga.

"Akhirnya dia dah berjumpa dengan pilihan hatinya..".Nek Embun tersenyum.

Setelah itu tarian tersebut pun tamat dan para penari berundur.

"Wah!bukan main lagi kau..nak pikat dia tu ehh..".sakat kenanga.

"Mana ada..pandai je kau ni..".kata Teja.

"Kan aku dah cakap segak orangnya..siapa yang melihat pasti akan jatuh hati..".kata Kenanga.

"Sudah la..aku mahu tukar baju ni..".

"Mari aku teman kan kau..".kata Kenanga.

Setelah itu,Teja meninggalkan Kenanga yang asyik bersembang.Teja berjalan keluar menuju kearah taman istana dengan di temani cahaya bulan lalu duduk di tepi kolam ikan.Jarinya mula bermain dengan air kolam tersebut.

"Wahai ikan..adakah dia menyukai diriku juga..".tanya Teja lembut kepada ikan yang berenang berdekatannya.

"Jika suka mengapa tidak tanya pada tuan badan sendiri..".soal satu suara.

"Siapa tu??".soal Teja lalu berdiri.

Hanya berbekalkan cahaya bulan dia mencari gerangan tersebut.Kemudian orang tersebut keluar dari sebalik pokok.
Teja menjelaskan pandangannya.

"Sudah berapa lama..tuan berada di situ..".soal Teja setelah mengenal pasti sosok tersebut.

"Sudah lama..sebelum Teja datang ke sini..".katanya.

"Adakah kedatangan Teja mengganggu tuan??".

"Tidaklah..".dia mendekati Teja.

"Kenapa bercakap dengan ikan sudah tidak ada manusia kah yang mahu bercakap dengan mu..".soalnya sambil senyum.

"Bukan begitu-".Teja menahan malu.

"Hahaha..".ketawanya.

Teja memandangnya wajahnya yang ketawa girang.

"Boleh saya bertanya sesuatu??".soalnya.

"Mengapa kamu memakai kain di wajahmu..sedangkan wajahmu begitu manis sekali..".soalnya.

"Apakah tuan sudah melihat wajah saya??".soal Teja.

"Ya sudah aku melihatnya semasa aku menolong mu..tiada satu pun cacat celanya seperti yang orang kampung cakapkan..".katanya.

"Saya tidak tahu sebabnya..Nek Embun yang menyuruh saya memakainya..kata Nek Embun untuk keselamatan saya juga..".kata Teja.

"Tapi-".

"Jika tuan ingin mengetahuinya silakan bertanya kepada nenek saya..".kata Teja.

"Baiklah..nanti akan ku bertanya kepada Nek Embun..".katanya.

Teja & TuahWhere stories live. Discover now