Selepas mandi dan qada' solat terus Amelia turun ke tingkat bawah
"Besar betul rumah ni" kata Amelia dengan mata melilau sekeliling
"Ehhh...Cik Amelia dah turun, mari sini duduk makan" kata mak Senah yang menghidangkan makanan di atas meja makan
"Mak Senah tuan rumah ke" Tanya Amelia
"Eh bukan....mak Senah cuma pembantu rumah je nanti lepas makan cik Amelia pergi bilik bacaan tuan Rayyan ye"
"Tuan Rayyan?"
"Ye tuan Rayyan lah tuan rumah ni"
"Oh..dialah orang yang beli aku semalam" kata Amelia dalam hati
Sedih Amelia mengingatkan hal yang berlaku semalam.
"Nanti mak Senah tunjukkan jalan ke bilik bacaan ye"
"Baik mak Senah dan terima kasih masakkan makanan ni"ujar Amelia dengan senyum tawar
........
Selepas habis bersarapan Amelia pun ikut mak Senah ke bilik bacaan
Maklumlah Amelia kan tak tahu selok-belok rumah ni
Tok tok tok
"Masuk" kata orang dalam
Pintu dibuka dan terpampar dekorasi bilik bacaan itu
Di satu sudut terdapat dua sofa single dan tengahnya meja bulat, sebelah sofa ada rak yang penuh dengan buku, di suatu sudut pula ada set meja kerusi offices dan dua orang jejaka hensem yang sedang melihat kami
(Sorry sis tak tahu nak explain macam mana dekat korang😂)Amelia yang berada di belakang mak Senah terlopong melihat dekorasi bilik termasuk dua orang lelaki yang tengah melihat kami
"Nice view right" kata Adam sambil melihat Amelia yang berada dibelakang mak Senah
"Kau dah kenapa tengok bilik orang macam tu kan dah kena tegur, malunya ya Allah...." Kata Amelia dalam hati sambil tertunduk
"Mak Senah datang ni nak bagitahu yang cik Amelia dah sedar" kata mak Senah
"Ok terima kasih mak Senah boleh sambung kerja" kata Rayyan
"Yelah mak Senah pergi dulu, cik Amelia tunggu sini ye" kata mak Senah sambil pandang Amelia sebelum beredar
"Ehh..." Tanpa sempat Amelia cakap apa2 mak Senah keluar tinggalkan Amelia bersama dua orang lelaki tadi
"Come and sit. Ada benda aku nak tanya" kata Rayyan
Amelia pon berjalan ke arah meja yang dua orang lelaki itu duduk
Sampai saja dekat meja Amelia hanya berdiri tegak di hadapan kerusi kosong sebelah lelaki yang tegur Amelia tadi sambil menunduk
"Sit" arah Rayyan sepatah
Dengar sahaja arahan tersebut terus Amelia tarik kerusi dan duduk berhadapan Rayyan
"Nama i Adam" kata Adam yang duduk sebelah Amelia sambil menghulurkan tangan
"Err...saya Amelia" kata Amelia sambil tunduk sikit
"Ouh...yang depan you ni Rayyan orang yang tolong you semalam" kata Adam dengan tangan ditarik. Senyuman diberikan ke Amelia
"Aw.."
"Enough" kata Rayyan dengan mendatar
Semua diam.
"Cerita dekat aku macam mana kau boleh ada dekat sana" ujar Rayyan datar
YOU ARE READING
MRS.RAYYAN [OG]
Romance"be mine,babygirl"Rayyan "I'm yours,abang"Amelia Semua jalan cerita dalam ni dari otak saya. Tolong jangan plagiat🙂 ~NOTED~ Kalau suka teruskan baca, kalau tak suka jangan baca😉