Tiba-tiba ada seorang lelaki tua datang ke arah Bella dan memeluk pinggang Bella . Amelia yang melihat keadaan itu terus terbeliak mata terkejut."Sayang, you free tak hari ni" kata lelaki tua
"Yes, of course kejap tau i nak jumpa boss kejap"
"You tunggu dekat bilik biasa nanti i sampai" kata bella dengan senyuman sambil mengusap pipi lelaki tua itu
"Cepat tau" kata lelaki tua itu sambil mencium pipi Bella
Terkejut Amelia melihat agenda itu di depan matanya
Selepas lelaki tua itu pergi terus Bella sambung berjalan sambil menarik Amelia ke arah satu bilik yang tersorok
Amelia hanya ikut kerana masih terkejut dengan agenda yang dilihatnya tadi
Bilik yang bertulis 'office' di masuk oleh mereka
Amelia lihat ada tiga orang lelaki berbadan besar dan bertatu di bilik itu.
Salah seorang dari lelaki itu duduk di atas kerusi
"Boss, i ada bawa perempuan baru" kata bella sambil menolak badanku menghadap lelaki yang duduk di atas kerusi itu
Lelaki itu melihat Amelia atas bawah selepas itu menjilat bibirnya sambil tersenyum
"Hahahah....bagus bagus wa suka" kata lelaki yang duduk tadi sambil buka laci meja kerjanya dan keluarkan satu sampul dan diberikan ke Bella
Bella yang melihat huluran itu terus ambil dengan senyuman lebar
"Thanks boss" kata bella dengan teruja
"Dahlah boss i pergi dulu ada cust nak servis i" kata bella
Amelia yang lihat Bella nak tinggalkan dia sorang-sorang di bilik itu terus memegang tangan kawannya
"Bella kau nak pergi mana" kata Amelia takut
"Kau tunggu sini nanti dia bagi kau job" kata bella sambil menunjuk ke arah lelaki yang duduk itu
"Bella kau....kau jual aku kan?" tanya Amelia teragak-agak
"Aku percaya kau mesti suka punya kerja dekat sini" kata bella sambil melepaskan tangan Amelia
"Sampai hati kau buat aku macam ni Bella kita dah lama kawan tau apa salah aku dekat kau sampai buat aku macam ni ha?" Ujar Amelia dengan air mata menitis
"Salah kau sebab ambil Asraf dari aku, kau bukannya tak tahu yang aku dah lama suka dekat Asraf tu" kata bella geram
"Bella aku tak tahu pon kau suka dekat Asraf. Kenapa baru sekarang kau nak bagitahu ha?" Kata Amelia teresak
"Dah terlambat pon" kata bella jengkel
Selepas itu terus Bella pusing untuk melangkah keluar. Amelia menjerit nama bella ditahan oleh kedua lelaki berbadan besar tadi
Lelaki yang duduk itu terus bangun dan berjalan ke arah Amelia
Dia cuba memegang dagu Amelia tapi ditepis oleh Amelia
"Garang.....wa suka lama lama nanti lu jinak juga" kata lelaki itu
"Lu ingat ha kalau lu cuba lari wa bunuh lu faham!" Ugut lelaki itu menengking
Amelia terus ketakutan selepas mendengar perkataan 'bunuh' itu
"Lu orang bawa ini perempuan ke bilik madam biar madam uruskan perempuan ni" kata boss itu
"Cakap dekat madam harga ini perempuan mahal"
"Baik boss"kata kedua lelaki itu dan terus diangkat Amelia seperti guni dan dibawa ke bilik madam
YOU ARE READING
MRS.RAYYAN [OG]
Romance"be mine,babygirl"Rayyan "I'm yours,abang"Amelia Semua jalan cerita dalam ni dari otak saya. Tolong jangan plagiat🙂 ~NOTED~ Kalau suka teruskan baca, kalau tak suka jangan baca😉