SEGMEN ILMU & RUJUKAN

1.8K 62 0
                                    

Kod Morse

Sistem komunikasi yang digunakan untuk menghantar mesej melalui telegraf. Ia dibangunkan oleh Alfred Vail dan Samuel Morse pada tahun 1830 ketika kedua-duanya bekerja pada penciptaan telegraf elektrik. Sistem ini membenarkan mesej dihantar dalam bentuk titik dan garis. Ia juga boleh digunakan tanpa bantuan telegraf. Hentakan kaki dan kerdipan mata adalah salah satu cara yang boleh digunakan berdasarkan kod Morse bagi menyampaikan isyarat.

Sumber: Cara Belajar Kod Morse. https://ms.rgbsf.com/Learn-Morse-Code-8107

Tramadol

Sejenis ubat dalam kumpulan Opioids. Ia diambil untuk menahan kesakitan yang betul-betul kuat. Jika ubat jenis Paracetamol dan NSAID tidak berkesan, maka ubat jenis Opioids adalah pilihan terakhir.

Sumber: Laman web rasmi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
https: //www.h.usm.my/ubat-tahan-sakit.PDF/tramadol

Kontraktor Tentera Upahan (PMC-Private Military Company/Contractor) dan Tentera upahan (Mercenary)

PMC merupakan organisasi tentera upahan yang berdaftar dan biasanya membantu kerajaan dalam menumpaskan musuh negara. Manakala, Mercenary pula ialah tentera upahan yang tidak berdaftar, bergerak secara haram dan biasanya tidak meninggalkan jejak. Mercenary diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Sumber: Apakah perbezaan antara Kontraktor Tentera Upahan (PMC) dan Tentera Upahan (Mercenary)? https://www.trtworld.com/americas/are-private-military-contractors-any-different-from-mercenaries-20680

Flakka

Nama saintifik: Alpha-pyrrolidinopentiophenone (alpha-PDP). Ia membuatkan penagihnya bertindak agresif yang luar biasa, ganas dan hilang kawalan diri. Penggunaannya sangat memudaratkan tubuh badan. Ia meningkatkan suhu badan dan degupan jantung secar ekstrem. Sebatian yang terdapat dalam dadah ini merangsang otak untuk berhalusinasi dan kesannya menyamai penggunaan methamphetamine dan kokain.

Sumber: Kenyataan Media | Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia: Penularan Klip Video Kesan Dadah FLAKKA. https://twitter.com/aadkmalaysia/status/871634252919578625

Krokodil

Nama saintifik: Dihydrodesoxymorphine. Ia menjadikan daging, tulang, serta kulit penagih seperti dihakis dan membunuh sel-sel saraf dengan pantas. Ia juga menyebabkan kerosakan tisu yang kritikal, radang urat darah, kanser, dan pemotongan anggota badan jika diguna dalam jangka masa panjang.

Sumber: Bahaya dihydrodesoxymorphine atau dadah krokodil. http://aadkselangor.blogspot.com/2013/06/bahaya-dihydrodesoxymorphine-atau-dadah.html

Gangguan Tekanan Pasca Trauma/ Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Keadaan kesihatan mental yang dipicu oleh peristiwa yang menakutkan - sama ada mengalaminya atau menyaksikannya. Gejala mungkin termasuk ingatan semula, mimpi buruk dan kegelisahan yang teruk, serta pemikiran yang tidak terkawal mengenai kejadian itu.

Sumber: Pengenalan Gangguan Tekanan Pasca Trauma. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/post-traumatic-stress-disorder-ptsd

Pusat Penyelidikan Kriminologi (CrimRc), Universiti Ryukoku, Kyoto, Jepun

Ditubuhkan untuk membina "Ryukoku Criminology", penanda aras untuk kriminologi berdasarkan pencegahan jenayah dan sokongan manusia yang akan menarik minat mereka bukan sahaja di Jepun tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sumber: Pengenalan Pusat Penyelidikan Kriminologi (CrimRc) Universiti Ryukoku, Kyoto, Jepun. https://crimrc.ryukoku.ac.jp/en/outline/

Sarjana Undang-undang, Universiti Ryukoku, Kyoto, Jepun

Salah satu program daripada empat pilihan iaitu Undang-undang, Sains Politik, NPO & Pengajian Kerajaan Serantau dan Pengajian Asia dan Afrika (GPAAS). Ia direka bentuk untuk membangunkan kebolehan penyelidikan yang diperlukan untuk profesional lanjutan dalam bidang tumpuan dan kepakaran pelajar.

Sumber: Pusat Pengajian Undang-undang (Graduate School of Law) Universiti Ryukoku, Kyoto, Jepun. https://www.ryukoku.ac.jp/english2/prog/graduate/law.html

INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)Where stories live. Discover now