Kepentingan Solat
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ
Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.
Surah al-Ankabut: 45
- Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah.
- Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
- Amalan pertama yang akan dihitung di Hari Kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna.
- Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melaksanakan ibadat ini dengan sempurna kerana ia bukan sahaja dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat membentuk peribadi yang mulia.
www.thenoor.co
ANDA SEDANG MEMBACA
D A ' W A H | SHOW ME THE RIGHT PATH
Randomبِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ۞ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Hijrah itu mudah") Namun yang sulitnya istiqomah") ╔═══════❖•°ೋ•❖═══════╗ ❝Barang siapa yang menyampaikan 1(satu)ilmu saja dan ada orang mengamalkannya,maka...
