I repeat the same tittle again. Because I am afraid there are those who do not understand or misunderstand with part 1. So in this part, I'll tell all the part for
LGBT
Lesbian
Gay
Bisexual
Transgender
══════◄••❀••►══════
Pengenalan
Islam sememangnya berbeza dengan gaya hidup liar yang diterapkan oleh sistem sekularisme-liberalisme. Menurut mereka, perbuatan seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual dan transgender adalah dibolehkan kerana ia merupakan hak asasi manusia (HAM) dan sebahagian daripada kebebasan individu yang perlu dihormati dan dijaga oleh negara.
Islam sama sekali tidak membenarkan apatah lagi bersetuju dengan selera murahan yang lebih hina daripada binatang itu. Perilaku lesbianisme, gay, biseksual dan transgender hukumnya adalah haram dalam Islam. Bukan sekadar itu, segala perbuatan haram dianggap sebagai perbuatan jahat/jenayah (al-jarimah) dan ia wajib untuk dihukum. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 8-10).
Firman Allah:
“Kami menghantar Lut: Dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menkehendaki sesuatu dari bahaya itu (homoseksualliti). Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” – Al-Quran 7:80-81.
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).” – Al-Quran 26:165-166
Kesudahannya, setelah kaum Nabi Lut enggan meninggalkan homoseksualiti berupa kemusnahan seluruh bandar yang mereka diami.
“Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” – Al-Quran 11:82-83
Bagaimana Islam mengimbangi hakikat bahawa pondan itu dilahirkan berdasarkan fakta ilmu perubatan dan Al-Quran pula melarang perbuatan yang menjurus kearahnya.
Penulis:Prof. Madya Dr. Mohd Jamil Bin Yaacob
══════◄••❀••►══════
Lesbian is a homosexual woman. Kata lesbian juga digunakan untuk wanita sehubungan dengan identiti seksual atau tingkah laku seksual mereka, tanpa mengira orientasi seksual, atau sebagai kata sifat untuk mencirikan atau mengaitkan kata nama dengan homoseksual wanita atau tarikan sesama jenis.
Maklumat di atas diambil dari wikipedia lalu di ubah ke bahasa melayu.
Kenapa seseorang itu menjadi ‘lesbian’?
Wanita menyukai wanita, kerana wanita lebih sukakan seseorang yang cenderung menyuarakan cinta berahinya kepada pasangan beliau. Ini mengkin berbeza berbanding kaum lelaki, yang pada keseluruhannya dianggap kurang romantis.
Apabila wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di mana keseluruhan pelajarnya adalah wanita, mereka seolah-olah ‘terkepung’ untuk mencipta suasana romantis sesama sendiri, seperti dalam asrama pelajar wanita. Penyeliaan, perjumpaan sosial sesama wanita juga berkecenderungan membentuk keterbegantungan dan kecintaan antara wanita, untuk satu sama lain.
ANDA SEDANG MEMBACA
D A ' W A H | SHOW ME THE RIGHT PATH
Randomبِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ۞ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Hijrah itu mudah") Namun yang sulitnya istiqomah") ╔═══════❖•°ೋ•❖═══════╗ ❝Barang siapa yang menyampaikan 1(satu)ilmu saja dan ada orang mengamalkannya,maka...
