Terasa sengal, sakit di seluruh sendi badan dan lenguh lenguh di kaki dan tulang punggungnya. Azrul terpinga-pinga. Apa yang terjadi tadi? Bagai disambar halilintar, ditiup taufan dan disedut oleh puting beliung. Dia tercampak dari kerusi dengan tiba-tiba. Namun yang menjadi tanda tanya, orang sekeliling bagai tidak menyedari dan langsung tidak terkesan dengan keadaan ketika itu. Azrul bingkas berdiri dan memandang ke kanan dan kiri sambil memeriksa hujung lengan bajunya yang kelihatan sedikit tercarik. Dia mengusap perlahan belakang tengkuknya kerana terasa seperti kesan dipukul oleh benda keras dari belakang.
"Ayra... Ayra... " panggilnya perlahan. Azrul mencari di sekelilingnya. Baru sebentar tadi dia bersama gadis kecil molek itu. Bersama-sama memerhatikan langit malam itu sambil memerhatikan bintang-bintang di sekitar Galaksi Astraea yang menjadi perhatian dan kajian Ayra sejak dua tahun kebelakangan. Tunangnya itu merupakan pengkaji bintang dan astronomi dan sedang dalam pengajian di University of Cosmology di tahun ke-5. Azrul masih terpinga-pinga. Manusia di sekelilingnya bagai tidak menyedari kejadian yang baru sahaja dia alami. Azrul kembali duduk di kerusinya. Laptop dan handphone masih terletak elok di atas coffee table di hadapannya. Dia masih cuba mengingati kejadian yang baru terjadi itu. Azrul menarik nafas dalam-dalam.
"Damn..." dia menyumpah dalam hati, cuba menahan perasaan malu. Handphone dicapai untuk mendail nombor Ayra. "Mana perginya contact number Ayra...hilang??" Azrul mendail nombor Ayra. "The number you are calling is not in service..." tot..tot..tot... Talian terputus. "Not in service?"
Dia bersandar di kerusi. Cuba untuk hadam segala kejadian yang pelik ini. Handphonenya bergetar. Tertera nama yang asing baginya.
'Dayantri... Siapa Dayantri...??' bisiknya dalam hati. Pantas tangannya menekan butang hijau. "Hello..." dia kembali diam.
"Babe...where are you? I'm here now..." suara itu berbunyi riang. Azrul terdiam seribu bahasa. "Hello.. babe.. are you there?" suara itu bertanya lagi.
"Who .. who .. who are you?" Azrul memecah kesunyiannya. Mulutnya tiba-tiba terasa berat. Fikirannya makin bercelaru. Dia memandang sekelilingnya sekali lagi. Terasa berat sungguh fikirannya saat itu. 'What's going on...?' Dia memicit kepalanya yang tidak sakit. Jantungnya berdegup kencang. Entah kenapa dia terasa seperti berada di kawasan yang sungguh asing baginya. Dia memandang sekeliling untuk sekian kalinya. Dia memandang keluar. "What am I doing here...?"
Handphonenya diletakkan di atas meja tanpa memutuskan talian. Peluh halus membasahi tubuhnya sungguhpun dia berada di dalam kawasan yang berhawa dingin.
Tiba-tiba dia terasa seseorang memegang bahunya. Azrul menoleh. Sepasang mata galak dengan senyuman yang sungguh manis menyapa. "Babe...hey...it's me... What happen?" tuan punya suara itu kelihatan cemas. Azrul terasa seperti sekelilingnya berputar laju dan membuatkan dia terasa mual. Tiba-tiba pandangannya terasa gelap dan suara tadi perlahan-lahan hilang dari pendengarannya. "Babeeeeee!!!!!"
p/s : Maaf kalau ada ayat yang memeningkan atau x kena.. thanx for your support and jom sambung baca...
YOU ARE READING
Always Be Mine (BM AU FF)
FanficEver felt a love that seemed bigger than anything you could possibly find on Earth? Wait till you see how nebulas and constellations show their softer sides..