Nasuha memerhati doktor dan nurse yang melakukan pemeriksaan pada Hun di tepi. Wajahnya jelas risau dan tidak sabar menanti penerangan doktor. Melihat doktor selesai memeriksa jantung Hun, Nasuha terus berdiri dari duduk.
"Macam mana doktor? Dia okay?" Soal Nasuha.
"Boleh saya tahu awak ada hubungan apa dengan pesakit?"
Mata Nasuha berkelip mendengar soalan itu.
Apa hubungan dia dengan Hun?
Hubungan kontrak?
"Saya.. kawan baik dia." Nasuha menjawab ringkas.
Doktor mengangguk kecil.
"Pesakit telah alami panic attack. Jadi awak kena elakkan pesakit dari stres dan tertekan."
Benarlah apa yang dia teka. Hun ada panic attack. Tapi sebab apa? Tadi elok je Hun cari pasal dengan dia jadi kenapa?
Nasuha memerah otak. Berfikir keras.
Sebab pakcik tua itu tadi ke? Kening Nasuha langsung berkerunyut mengingatkan itu.
"Saya sarankan supaya jangan bagi sesiapa jumpa pesakit buat masa ni. Termasuk keluarga. Awak tahu kan?"
"Huh?" Otak Nasuha jammed.
Doktor melirik ke arah nurse seketika, mengarah supaya meninggalkan mereka berdua. Nurse itu patuh.
"Pesakit dah lama alami depression and bipolar disorders. This causes extreme mood swings that includes emotional high and low."
"Dan keluarga pesakit yang selalunya trigger him the most. So i think you have to avoid him dari jumpa his family."
Nasuha mengangguk faham.
"Itu saja."
"Kalau ada apa-apa yang berlaku, panggil saya ya." Pesan doktor itu.
"Baik doktor."
Doktor itu tersenyum sebelum beransur keluar.
Nasuha menghembus nafas payah. Pandangannya dilemparkan pada Hun yang terbaring di atas katil. Wajah lelaki itu yang sedang dibuai mimpi kini tampak tenang.
Nasuha melabuhkan duduk di sisi katil sambil merenung ke luar tingkap. Pagi sudah melabuhkan tirainya. Hatinya lega bila Hun tidak panik seperti tadi.
"Baiklah."
Nasuha sudah membuat keputusan muktamad.
Dia akan menepati janji yang dibuat mereka.
Mata coklatnya melirik ke arah Hun semula. Lama.
Jika diperhatikan, rupa paras Hun boleh tahan juga. Bulu mata Hun tidak terlalu lebat. Tapi bulu mata Hun yang lentik itu telah menaikkan seri wajah lelaki itu. Ditambah lagi dengan jawline yang tajam dan hidung yang mancung.
Makin bertambah kekacakannya.
Pap!
Pipinya ditampar sekuat hati tanpa sebarang isyarat atau amaran.
Dirinya yang hanyut dibuai perasaan terpesona, tersedar dengan kekhilafan diri. Nasuha menggeleng kepala tanda tidak percaya bahawa dia akan 'tergodahh'. Padahal dia sudah berpunya.
"Teruk la aku ni." Nasuha mengetuk kepala diri sendiri pula.
Biar dia terus insaf lepas ni.
"Tapi dia handsome.." gumam Nasuha dalam keadaan tidak sedar.
"Ish." Kepala digeleng.
Memanglah Hun tu handsome, tapi tolong jangan ambil kesempatan dalam kesempitan Nasuhaaaa..
Tali leher di leher dilonggarkan lantas dicabut. Vest yang dipakai juga disangkut di atas bahu. Senyuman nipis terukir. Nasuha mendekatkan mukanya pada telinga Hun.
"Saya balik dulu tau. Nanti saya singgah balik." Bisiknya halus.
Baik dia balik, bersihkan diri. Kalau tak kepala otak dia makin melalut tak tentu pasal.
Nasuha pun membuka langkah untuk keluar dari situ.
Namun niatnya terhalang.
Tangan kekar milik lelaki itu menyentuh lembut pergelangan tangannya. Kemudian bergerak turun menggenggam telapak tangannya. Jari-jemari mereka bersatu. Kemas. Seperti tiada tanda mahu melepaskan.
Nasuha terkedu.
Tindakan lelaki itu menyebabkan matanya membesar.
"Hun.." Suaranya bergetar.
Sentuhan tangan Hun bagaikan elektrik pada kulitnya.
'Dia dengar ke aku puji dia tadi?' Nasuha menelan air liurnya yang terasa kesat.
"Can you just stay here?" Pinta Hun, garau.
Dan itu cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang. Walhal kelopak mata jejaka itu masih tertutup rapat. Aura Hun tetap terasa.
"Saya busuklah." Nasuha memberi jawapan, laju.
"Kau tak busuk pun sebenarnya."
"You're the one who told me." Anak mata dikecilkan. Mendidih pula bila hatinya memutar kembali kata-kata pedas yang keluar dari mulut Hun.
"Aku tipu."
"Awak sembur saya separuh perfume tau."
"Aku sengaja kenakan kau." Mata lelaki itu pun terbuka.
Panahan penuh makna lelaki itu menembus masuk ke matanya.
"Seriously?" Nasuha mempamerkan riak jengkelnya.
Marah ni marah!
"Yes." Hun senyum.
Nasuha apa lagi, tangan kecilnya itu laju menumbuk abdomen Hun tanpa ada rasa simpati.
"Argh!" Mulut Hun ternganga.
Lalu lelaki itu terbatuk-batuk seraya memegang perutnya yang senak semacam.
"Nasuha!"
"Padan muka!"
Tangan yang digenggam kemas oleh jari jemari lelaki itu, dilarikan. Nasuha terus keluar dari wad tersebut bersama dengan jelingan maut pada Hun.
Dari luar, dia dapat mendengar hilaian tawa lelaki itu. Seolah-olah tumbukannya itu tidak memberi efek sampingan langsung terhadap Hun.
Cis!
Hun dari dalam pula tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Tangan Hun bergerak naik menutup separuh muka, menutupi senyuman yang terukir bagai ada seseorang yang memerhati.
Hun jadi tak keruan.
YOU ARE READING
Butterfly
RomanceKisah seorang pemuda yang mengalami kesulitan dalam kehidupan. Pemuda yang berputus asa dan menunggu kematian. Si dia yang memerlukan terapi. "Hei! Kalau awak mati, sape nak bersihkan jenazah awak yang hancur nanti? Seram tau!" - Nasuha. Dan Nasuha...