Bab 5

10 2 0
                                    


Bunyi doktor membuka pintu wad membuatkan Hun tersedar dari buaian mimpi. Cahaya lampu terus menerobos masuk ke dalam kelopak matanya di saat matanya terbuka luas. Hun segera bangun dari terbaring seraya mencari sosok seseorang.

Matanya melilau ke sekeliling bilik, mengharapkan sosok wanita itu ada di sampingnya. Namun hampa, bulu hidung Nasuha pun tak nampak. Inikan pula kelibat wanita itu.

Yang ada hanyalah doktor lelaki muda yang memeriksa sesuatu pada kertas putih.

Nafas ditarik dalam.

Hun tidak mampu menyembunyikan perasaan kecewanya. Kerana semalam, Nasuha pulang dan berjanji akan pamir semula. Maka dia menunggu kehadiran wanita itu. Lama. Sehinggalah dirinya terlelap kerana menunggu terlalu lama.

Dia tidak mengetahui, kenapa dia perlu rasa kecewa seperti ini.

Padahal dia dan wanita itu baru sahaja berjumpa 2 hari.

"Cari kawan semalam ke?" Tegur doktor itu.

Mungkin perasan yang Hun tengah berkerut keningnya merenung doktor itu.

Yelah, dia expect Nasuha tu datang, tapi yang datang lain orangnya.

"Nope." Hun membalas senada.

Dia menyandarkan badannya pada kepala katil sambil memeluk tubuh.

Doktor itu tersenyum.

Muka Hun berubah ketat melihat doktor itu tersenyum-senyum macam kera busuk.

Senyum ada makna.

"Dia ada datang semula kira-kira pukul 11 lebih. Tapi Encik dah tidur." Ujar doktor itu tiba-tiba.

Air muka Hun berubah. Raut wajah yang ketat mula mengendur.

Hujung bibirnya pula ingin membentuk senyuman lebar tetapi dia segera mematikan niatnya. Dia tidak boleh mempamerkan reaksi gembiranya di depan doktor itu.

"Oh ya? Okay." Balas Hun biasa-biasa.

"She's still here by the way." Doktor itu menyambung.

"Ohh.."

"Halllooo!"

Seseorang menerjah masuk.

Hun dan doktor itu terus mengalihkan muka mereka ke arah orang tersebut.

Nasuha.

"Er.." Nasuha dalam posisi meninggikan plastik putih yang berisi buah-buahan ke langit mengelipkan matanya.

Wajah Nasuha berona merah.

"Maaf. Saya tak tahu pulak ada doktor." Ujar Nasuha seraua menundukkan kepala, memberi hormat.

Plus malu.

"Pfft.." Hun di atas katil menahan tawa.

Doktor itu pula tersenyum. "It's okay."

Nasuha senyum awkward. "Ermm, macam mana dengan kondisi Hun sekarang? Okay ke, doc?"

"Well better. So you don't have to worry about him." Doktor itu mengepit kertas kerjanya dengan lengan.

"Suha." Seru Hun.

Fokus Nasuha beralih pada doktor beralih pula pada Hun.

"Hmm?" Nasuha mendekat.

Mata bulatnya berkelip-kelip menunggu Hun mengatakan apa yang dimahukan.

"Kau kenapa tak datang semalam hah!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ButterflyWhere stories live. Discover now