Bab 1

3.1K 71 3
                                    

Betul apa yang Asya cakap. Kalau sebelum ni, bolehlah dia sabar dan terus bersabar. Tapi, bila setiap saat asyik kantoi dan Aedam tak reti nak jaga hubungan mereka. Orang sabar pun boleh meletup.

Dan dia sendiri tak sangka yang dia akan berubah seperti ini. Kalau dulu, dia jenis pendiam. Sekarang ni, dia lebih lantang.

Eh, tak! Memang diri dia jenis lantang. Cuma dia pilih diam dan sabar sebab cintakan Aedam. Ya. Dia butakan mata kerana cinta. Dan bila perasaan itu makin pudar dek sakit hati serta kecewa, dia mula berani melawan.

Macam sekarang.. selamba je dia rempuh bilik pengurus. Dia ulang ya.. bilik pengurus. Yang mana, Aedam memang berpangkat dalam syarikat ni. Yang mana, bila dia buat drama, bakal jadi buah mulut orang. Tapi, ada dia kisah? Sakit hati dia siapa nak tanggung?

"Oh! Kat sini rupanya you." Tangan naik memeluk tubuh. Dealova senyum sinis.

"Tengah berasmara dengan perempuan lain. Dan I macam orang bodoh tunggu you dekat restoran. Great, Aedam!!" Jerit Dealova geram.

"You buat apa dekat ofis I? Dah berapa kali I larang jangan datang ofis I kalau takde kerja penting. Tak faham ke?"

Eh?! Dia yang kena marah? Dan Aedam langsung takde rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat. Begitu juga dengan perempuan murahan di sebelah Aedam! Senyum sinis sambil pandang dia.

"Eh? Sepatutnya I yang berhak marah dengan apa yang you dah buat, Aedam! You berjanji dengan I, tapi you tengah berasmaradana dengan perempuan murahan ni!!!" Jerit Dealova lagi. Jemari tepat ke wajah si lelaki.

Aedam bersahaja. Senyum sinis. Duduk bersilang kaki. Dia pandang Dealova lama.

"Takde istilah curang, bila kita belum suami isteri. Perempuan ni kawan I, dan you teman istimewa I. Takde apa yang berubah. You je yang terlalu overthinking. Tak pernah nak positif. Rimas tahu tak perangai macam ni. Cubalah you ubah sikit."

"Kepala hotak you! I macam orang bodoh tunggu you dekat restoran. Sepatah pun you takde mesej!"

"I tengah busy kerja. Tu pun tak faham ke? Tengok phone pun tak sempat. Inikan pulak nak mesej you."

"Busy kerja ke, busy meraba?" Menjerit.

Mencerlung mata Aedam pandang dia. Rahang si lelaki bergerak-gerak menahan amarah.

"You jangan nak menuduh, Dealova. Dia ni client I. Jangan buat perangai tak matang dekat sini."

"Oh! Sekarang dah tukar jadi client. Belakang I, jadi peneman tidur? Macam tu?"

"Oh, shut-up, Dealova! Pergi balik. Nanti kita bincang."

"Aedam!"

"Get out!"

Mereka sama-sama menjerit. Dealova tergamam. Diam membisu. Bibir dia ketap geram. Tangan mengepal penumbuk.

"Kau keluar perempuan! Now!" Dia bukan mengalah. Malah, dia halau skandal Aedam keluar bilik. Bulat mata Aedam.

"Now! Keluar sebelum aku hempuk beg ni atas muka kau!"

"You tak ada hak nak halau kawan I. Ni ofis I, rule I. So, please get out."

"Seriously, Aedam?"

"Yes. Keluar." Tangan tepat ke muka pintu.

"You jangan sampai I buat jugak apa yang you buat. Jangan sampai I tinggalkan you dan mengorat bapak you. You jangan cabar I, Aedam. Jangan menyesal." Sinis.

Aedam turut senyum sinis.

"Pergilah mengorat. Do I care? And now, keluar." Tegas. Tangan tunjuk ke muka pintu. Arah Dealova keluar bilik.

Bibir diketap. Tangan mengepal penumbuk. Pandangan masih tak beralih dari wajah Aedam. Raut muka yang sinis dan bengis.

Mendengus. Kaki dihentak. Dealova keluar. Buka pintu, batang tubuh lelaki berdiri depan mata. Nasib baik dia tak terlanggar dada bidang si lelaki. Mendongak.

"Apa pandang-pandang? Aku colek biji mata tu baru tau! Ke tepilah!" Selamba badak je dia tolak lelaki tu dan terus melangkah keluar. Marah orang lain. Dia lepaskan dekat orang lain.

Kedua-dua belah tangan santai dalam kocek seluar sambil bibir senyum segaris. Bebola mata, melirik pada si gadis yang sedang berlalu.

Kemudian, dia masuk bilik si anak. Dua imej terpapar depan mata.

"Daddy? What are you doing here?" Aedam terkejut. Spontan dia tolak tubuh si perempuan. Tengah sakan berpeluk, kantoi dengan daddy pulak!

"Who is that girl?"

"Huh?"

"Siapa perempuan yang baru keluar tu?" Menyoal.

"Oh? Perempuan gila. Just a random girl."

Oh, okay. Perempuan gila yang bakal mengorat bapak Aedam. Iaitu, dia sendiri.

Hati berbisik. Senyum segaris. Kepala tergeleng halus. Dia tak sengaja dengar perbualan mereka tadi. Bising sangat. Sampai dekat luar pun boleh dengar.

TUAN EHSAN (ebook)Where stories live. Discover now