Duduk terlentang, mata pandang siling. Terkerdip-kedip kelopak mata. Fikiran bercelaru. Jiwa dan hati semakin keliru. Tarik nafas dalam-dalam, dia hembus panjang. Mengeluh lagi.
"Panjang keluhan tu. Ada masalah ke?" Dan-dan muncul wajah Asya depan mata. Dengan rambut mengurai ke bawah. Nasib baik tak gugur jantung dia.
"Terkejut tahu tak!" Automatik dia bingkas duduk dengan muka terkejut. Tangan naik menampar bahu si teman.
"Itulah.. siapa suruh kau mengelamun jauh sangat." Ketawa kecil. Dia ambil tempat duduk di sebelah Dealova sambil hirup Nescafe.
"Kau fikir pasal siapa? Ingat dekat ex ke?" Mengusik.
Dealova ketap bibir. Mata menjeling manja si teman. Teman rapat dari kampung. Hinggalah ke alam pekerjaan. Tak pernah berpisah.
"Sya..."
"Hmm?"
"Aku dah jumpa Tuan Ehsan."
"Siapa?" Acuh tak acuh Asya membalas. Sebab ralit tengok cerita dekat kaca tv.
"Boyfriend fake aku."
"Oh." Sepatah.
"Kau dengar tak apa yang aku cerita?" Dealova geram. Dia tampar bahu si teman. Dia tengah syok bercerita, Asya layan tak layan. Mahu tak sakit hati.
Mengaduh si teman. Muka berkerut, tahan sakit. Gosok lengan sendiri. "Dengarlah. Aku tak pekak lagi."
"Dah tu kenapa reaction kau macam tu je? Biasa je.."
"Dah tu? Kau nak suruh aku buat macam ni ke? Eh? Tuan Ehsan? Really? Siapa dia?" Ejek Asya sambil buat gaya muka terkejut.
Bertambah sakit hati dia. Mendengus. Tarik muncung. Dealova bingkas bangun. Hilang mood nak bercerita. Namun, awal-awal Asya tarik lengan dia, suruh duduk kembali.
"Tuan Ehsan tu siapa? Cuba kau cerita bagi habis. Kenapa dia jadi boyfriend fake kau?"
Diam. Saling merenung. Baru je nak bukak mulut, tiba-tiba ada orang call. Berkerut dahi dia tengok nama si pemanggil.
"Kenapa tak angkat?"
"Malas." Sepatah. Dia buat tak tahu. Aedam yang call. Malas nak layan. Seminit kemudian, dapat pulak pesanan whatsapp.
'Esok kita jumpa. This is an order.'
Arahan daripada Aedam. Serentak bibir mencebik.
"Dia masih cari kau."
"Aku dengan dia dah putus. We are over." Menjawab. Kemudian, terus bingkas bangun lalu melangkah ke bilik. Takde mood nak bercerita dah.
KEESOKAN HARINYA... ada kereta hitam depan pintu pagar. Berdiri tegak, dia pandang lama insan sebelah kereta.
"Tuan Aedam suruh saya jemput Cik Dealova." Ujar si lelaki. Tak lain tak bukan, pengawal peribadi Aedam.
"Bagitahu dia, I sibuk. Ada kerja." Acuh tak acuh.
"Tak boleh, cik. Dia suruh saya jemput jugak. Saya akan tunggu depan ni sampai cik habis kerja." Si lelaki berkeras.
Spontan Dealova mendengus. Perangai Aedam yang satu ni tak pernah berubah. Suka sangat paksa dia. Dan yang menjadi mangsa adalah bodyguard dia!
Lelaki tu pun dia tak faham sungguh! Ikut sangat arahan si bos. Kalau dia kata nak tunggu, dia akan tunggu sampai petang. Itu yang Dealova sakit hati sangat!
"Sekejap. 5 minutes." Laung. Dealova bergegas masuk ke dalam rumah. Bersiap-siap. Kalau tak kasihankan si lelaki tu, memang taklah dia nak jumpa dengan Aedam setelah apa yang berlaku semalam.
YOU ARE READING
TUAN EHSAN (ebook)
Non-Fiction"You curang dengan I, Aedam! You jangan sampai I balas dengan mengorat bapak you!" - Dealova "Tak ada istilah curang selagi kita tak bergelar suami isteri. Dan kalau you rasa you hebat sangat, pergilah mengorat bapak I." - Aedam Pernah dengar? Berci...