Prolog

3.5K 148 18
                                    

Tahun 2017

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun 2017

"Kita putus!"

Kata-kata Kian itu membuatkan Edira terkejut. Bulat matanya merenung wajah kacak kekasihnya yang tampaksangat selamba. Sepasang mata yang berwarna perang hazel itu tanpa sedikit emosi atau perasaan memandang tepat ke anak matanya. Buatkan Kian seakan nekad dengan niat lelaki itu.

"Err...saya salah dengar ke ni?Boleh ulang balik tak?"soal Edira semasa mendekatkan telinganya semula. Dia berasa ragu dengan telinganya. Eh salah... pendengaran. Ya....mungkin dia sudah pekak!Sebab itu salah dengar. Tak mungkin la kekasih sejak 15 tahun sehingga la 21 tahun ni minta putus?Buang tebiat ke apa ni?

Kian memasang muka serius dingin tanpa perasaan. Dia betulkan kaca mata di wajah itu dengan mata masih terarah pada Edira yang kelihatan kebingungan.

Gulp!Edira menelan air liur dengan susah payah apabila Kian mendekat lantas memegang lengan kirinya. Terkalih pandangan dia pada jari jemari yang kini sudah berada dalam cengkaman Kian.

"Kau tak salah dengar. Memang betul apa yang kau dengar tadi. Aku minta putus. Aku tak dapat teruskan hubungan kita ni lagi..."

Makin bulat mata Edira dibuatnya. Spontan Mulutnya ternganga kerana begitu tercengang. Eh....apasal selamba badak mamat ni bercakap?Tak ada perasaan sedih ke bersalah Langsung ke?

"Hah?"suara Edira bergema kuat, mengisi segenap ruang perpustakan fakulti mereka itu. Cepat-cepat dia menekap mulut dengan sebelah tangan yang terasa dingin namun sedang berpeluh cemas.

Fuh!Mujur la tak ramai pelajar!

Edira berdehem kuat. Dia buat muka tenang lalu terus di rentap kasar lengannya itu dari cengkaman Kian. "Tapi kenapa?Tiba-tiba mintak putus. Kita okay kan. Tak pernah gaduh. Saya setia pada awak. Patuh pada permintaan awak. Sentiasa temani awak bila awak stress..malah bantu awak dalam study.... apa kurangnya lagi?"

"Sebab aku dah bosan. Lagipun aku bercinta dengan kau sebab kau orang yang pandai. Kalau aku bercinta dengan perempuan lain belum tentu lagi aku dapat capai ke tahap niberitahu Kian. Kau hanyalah batu loncatan buat aku untuk berjaya dalam pembelajaran. Sebab kau, aku berjaya diterima masuk ke univesiti keinginan aku dan mendapat tawaran kerja serta merta kerana bantuan kau tu..."

Edira Semakin tercengang. Like seriously!Dah habis exam ini yang dia dapat bukan ucapan happy anniversary ke apa?Mamat ni dah hilang akal agaknya! "Look Mr. Kian Ambrose-"

"No....look Edira..."belum sempat Edira hendak bersuara, Kian memintas kata-kata dia dulu. "Kita break okay. Aku dah tak boleh nak teruskan relay kita lagi. Kalau kita teruskan jugakperasaan aku terhadap kau dah tak ada lagi..."

Edira kebil mata. Speechless teruk!

"Sebab lepas ni aku nak focus pada kerjaya aku...dan belajar di luar negara. Hubungan jarak jauh bukan kegemaran aku. Dan aku tahu kau sendiri tengah struggle untuk kejar impian kau. So apa kata kita ikut saja jalan masing-masing dan move on...."

Senangnya cakap!

"Apa kau cakap ni?Gila ke apa?Senang aje kau cakap kan?Macam aku ni tak ada hati tak ada perasaan. Kau ada otak ke tak ada?Otak letak dekat mana?"soal Edira menahan marah yang hampir hendak meledak dek kata-kata gila yang dilemparkan Kian kepadanya. Dan pada masa yang sama dia rasa pelik sangat. Kenapa Kian nak putuskan relay mereka ini dengan mengejut?Bukan ke relay mereka baik-baik saja?

"Aku tak gila Edira. Aku betul-betul maksudkannya. Jadi tolong lepaskan aku..."

Gulp!Edira menelan air liur lagi. Masuk kali ni, kalau tak salah kira rasanya dah tiga kali dia dengar Kian melafazkan kata putus kepadanya tanpa setitik pun rasa serba salah. Selamba sangat sampai dia sendiri tak boleh nak percaya apa yang dia dengar.

"Boleh aku tahu apa yang buatkan kau ambil keputusan untuk putuskan relay kita ni? Nak kata aku ni tak ada rupa....cantik lagi aku dari crush sebelah rumah kau....nak kata aku bodoh....pandai lagi aku dari kau.....nak kata aku tak pandai bergaya.... fashionable lagi aku dari adik sepupu kau yang duduk dekat NYC tu....nak kata kaya.....bapak aku owner lima buah company....apalagi yang kurangnya?"

Perkenalan mereka selama 6 tahun ini untuk apa?Dia sanggup kerja sambilan untuk bantu kumpulkan duit bagi membelikan hadiah ulang tahun untuk Kian. Buatkan sendiri nota setiap kali peperiksaan bakal berlangsung. Sanggup tak tidur malam demi menyediakan makanan yang sihat untuk persediaan Kian sebelum peperiksaan. Banyak lagi!

Dan lelaki so called kekasihnya memutuskan relay mereka?

Macam tu aje?

Serius la!

"Macam aku beritahu kau tadi. Aku gunakan kau sebagai batu loncatan untuk senang belajar dekat kolej ni."

Dasar lelaki tak guna!Manusia tak cukup hati perut dan otak! "Fine. Kita putus!Jangan sampai kau tunjuk muka kau depan aku lagi Kian Ambrose!Sampai bila-bila aku bencikan kau!Dasar manusia tak ada hati perasaan. Sampai hati kau pergunakan aku lepas apa yang aku dah buat untuk kau!Aku ikhlas cintakan kau!Dan kau apa?Gunakan aku untuk kesenangan kau!Bagus!Memang bagus!" tergesa-gesa Edira kemas barang yang bersepah dekat atas meja kerjanya itu.

Kian di situ hanya diam memerhati.

Linangan air mata membanjiri ditubir mata akhirnya tumpah ke pipi. Langsung tidak di pedulikan untuk di seka.

✨✨✨✨✨✨

Siapa berminat untuk baca boleh tengok.

Check akaun kedua TintaHitamTanpaArah di aplikasi NovelPlus.

ID akaun : Tinta Acc 2

44. Ex Boyfriend Itu Suamiku Where stories live. Discover now