Kediaman Lewis Abraham di kawasan perumahan orang kaya itu sibuk dengan suara orang melakukan itu dan ini. Maid dan butler ke hulu dan hilir sibuk set up ruang luas rumah agam itu untuk mengadakan parti welcoming sempena kepulangan anak bongsu perempuan keluarga bahagia itu. Suara kanak-kanak kecil ketawa menyerikan lagi suasana di situ. Saudara mara dari kedua belah keluarga turut memenuhi ruangan rumah itu kerana mahu menyambut kepulangan puteri kesayangan mereka selepas 6 tahun merantau.
"Oh my god!!!Babe!"
Suara teriakan dari jauh itu buatkan orang yang sedang sibuk tunduk meletakkan kotak berisi sampah lama di depan pintu itu terkejut.
Uii!
Nyaring betul suara!
Kalau rumah ni boleh bergegar, agak-agaknya dah menyembah bumi dibuat suara lantang ni.
"Oh my god...oh my god!Arghhh.... kau dah balik!"teriak Jane semasa melompat- lompat girang tidak cukup tanah semasa mendekati Edira di situ. Segala beg dan barang di pegang terus di jatuhkan ke bawah apabila dia melompat dari situ untuk menerkam Edira.
Terkebil-kebil mata Edira masa kawan baik a.k.a jiran sebelah rumah dia sejak kecil lagi berada dalam pelukan dia. Nak tak nak dia secara refleks sambut badan genit itu dalam dukungan dia.
"Kenapa tak call aku?Kau ni balik senyap-senyap tak beritahu aku pun. Kalau abang kau tak beritahu...rasanya sampai ke sudah aku tak tahu kau dah balik!"Jane tekap kedua-dua belah pipi itu lalu di gomol geram untuk seketika.
Sambil buat muka menyampahnya, Edira membiarkan sahaja tindakan Jane itu. Tidak menghalang atau menolak. Ya!Sebab ini la kenapa dia tak call Jane awal. Cuba bayangkan la kalau dia call Jane dan beritahu kawan baiknya ini dia akan pulang, mahunya Jane tunggu dengan sepanduk seluas alam dengan nama dia tertera padanya. Mahu tak malu sekurun dia nanti dibuat Jane.
"Aku rancang nak surprise kan kau..."jawabnya semasa mulutnya termuncung kedepan kerana tindakan Jane menggomol pipi dia seperti uli tepung pau!
"Surprise?"kening Jane terangkat tinggi. "Oh please...jangan susahkan diri kau untuk surprise kan aku!"
Edira mencekak pinggang semasa lirik akan penampilan Jane dari atas ke bawah. "Kau ni dari mana aje?"gaya macam mak lari dari rumah sebab anak hilang pun ada. Dengan bagasi baju dekat tepi kaki bagai.
"Ohh...aku?Dari rumah la...mama aku gaduh dengan aku hari ni?Kebetulan masa aku nak lari dari rumah aku call Abang ketiga kau...Si Eddy tu. Nak mintak tumpang la kononnya tidur rumah kau. Sekali tu mamat tu cerita yang kau balik hari ni...hah.Elok sangat la tu!"bersemangat Jane sebut nama abang ketiga Edira.
Tipikal relationship, you know...kalau bestie tu ada abang ke adik lelaki, kawan tu mesti ada crush or something like that pada mereka kan?
Well...itu yang berlaku pada Jane Winter ni. Kawan baik dia ni suka pada abang ketiga dia. Beza umur tidak la jauh beza. Hanya selang tiga tahun sahaja. Lagipula abang Eddy dia ni duda. Baru sahaja cerai tiga tahun lepas atas isu tidak persefahaman dengan bekas isteri. Tiada anak!Yang buatkan Jane semakin angau pada duda seorang ni.
"Kau...gaduh apa lagi dengan mommy kau tu?Dari dulu sampai sekarang perangai tu tak boleh berubah langsung."geleng Edira sebelum tunduk mengutip beg Jane yang dibuang ke lantai tadi lalu rangkul lengan kurus itu.
"Alahhh..benda biasa. Mommy aku bising sebab aku tak nak terima jodoh yang dia carikan untuk aku tu. Yalah...anak kawan- kawan dia semua dah beranak pinak...tang aku aje ni yang single solo ni tak kahwin-kahwin lagi...."
Edira ketawa kecil. Dia tak boleh nak cakap apa lah. Nama pun best friend kan. Bab kahwin mereka berdua memang susah sikit nak bawak bincang. Sekalipun dunia nak kiamat, berkahwin adalah pilihan terakhir yang akan mereka lakukan!
"Baby boy Eric dah ada dekat sini belum?"borak Jane apabila mereka mula masuk ke dalam kediaman itu.
"Dah...tengah tidur dekat tingkat atas dengan mommy budak tu. Kau jangan nak memekak pulak. Tolong aku kemas bilik aku...kalau tidak tidur stor kau malam ni"
Jane mengangguk kepala."Aunt Aleeya pun ada?Aku nak bagi dia rantai Mutiara yang dia order hari tu."beritahu Jane semasa tepuk beg tangannya dengan kening di narikan.
"Apa aje la yang kau hasut mama aku beli kali ni Jane..."hanya gelengan kepala sahaja Edira mampu beri. sudah 16 tahun bersama dengan Jane, kawan baik dia ni sekalipun tak pernah tak buat dia hairan. Ada saja la tingkah bukan-bukan dibuatnya.
"What?Mama kau yang mintak okay...bukan aku hasut dia.."
"Ada tu dekat dapur...sibuk adjust hidangan untuk party aku malam ni."
"Oh..okay la. Aku bagi dia kemudian aje."
Dua orang itu kemudiannya naik ke tingkat atas saling bergandingan.
✨✨✨✨✨✨
YOU ARE READING
44. Ex Boyfriend Itu Suamiku
Romansa🐬PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Sejak 15 tahun lagi mereka telah bersama. Seperti belangkas. Sukar berpisah dan sentiasa ada di samping antara satu sama lain tidak kira susah dan senang. Walaupun mereka tahu mereka tidak boleh bercinta di...